Now Reading
Good Vibes Festival 2023 Sambut Ulang Tahun Ke-10, Tampilkan The 1975 & The Strokes!

Good Vibes Festival 2023 Sambut Ulang Tahun Ke-10, Tampilkan The 1975 & The Strokes!

Good Vibes Festival 2023 buat pertama kalinya dilakukan selama tiga hari bermula dari 21 sehingga 23 Julai ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Good Vibes Festival 2023 Sambut Ulang Tahun Ke-10. Siap 'Bawa' The 1975 & The Strokes! (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Good Vibes Festival (GVF) merupakan acara muzik tahunan di Malaysia yang mula dilakukan sejak tahun 2013 dan menjemput pelbagai artis dari dalam dan juga luar negara.

Ketika pertama kali festival ini dilakukan, ia bertempat di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang yang kebiasaannya digunakan untuk sukan permotoran.

Bagi penganjur Good Vibes Festival, Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang ini pastinya mempunyai sentimental mereka tersendiri kerana lokasi berkenaan merupakan tapak pertama mereka sebelum GVF mendapat sambutan yang sangat hangat di Malaysia pada hari ini.

Good Vibes Festival 2023 Kali-10 Di Litar Antarabangsa Sepang Pada 21 Hingga 23 Julai

Sempena menyambut ulang tahun ke-10, Good Vibes Festival sekali lagi akan mengadakan acara muzik tahunan mereka di Sepang iaitu di Litar Antarabangsa Sepang.

Good Vibes Festival 2023 ini lebih istimewa kerana ia buat pertama kalinya bakal berlangsung selama tiga hari pada 21 hingga 23 Julai dengan pelbagai artis jemputan antarabangsa dan juga tempatan.

Senarai artis jemputan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur Good Vibes Festival 2023 di laman Instagram mereka (@goodvibesfest) telah membuatkan ramai yang tidak keruan.

Kurang daripada satu jam poster itu dimuat naik, sudah lebih 10,000 likes diterima.

Mana tidaknya, artis jemputan kali ini bukan biasa-biasa ya iaitu The 1975 dan The Strokes!

Good Vibes Festival 2023 Sambut Ulang Tahun Ke-10. Siap 'Bawa' The 1975 & The Strokes! (1)
Kiri: The 1975, Kanan: The Strokes. (Sumber: Jordan Curtis Hughes /Coconuts)

Antara artis antarabangsa lain yang bakal membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023 adalah:

  • The Kid Laroi
  • Dermot Kennedy
  • Dhruv
  • DPR Live + DPR Ian
  • Giveone
  • Gryffin
  • NxWorries
  • Peach Tree Rascals
  • Porter Robinson
  • RINI
  • Sabrina Carpenter
Good-Vibes-Festival-2023-Sambut-Ulang-Tahun-Ke-10.-Siap-Bawa-The-1975-The-Strokes-2
Kiri: Sabrina Carpenter, Kanan: DPR Ian. (Sumber: PopSugar/ Instagram @dprian)

Pemuzik tempatan juga turut dijemput bagi membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023 seperti:

  • Alyph
  • Blink
  • Lunadira
  • Talitha
  • Forceparkbois
  • Airliftz
  • Jovynn
  • Emo Night KL
  • The Filters
  • Jaei

Selain senarai di atas, akan ada ramai lagi artis jemputan yang bakal membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023 dan senarai lanjut bakal dikongsikan oleh pihak penganjur tidak lama lagi.


Harga Tiket Good Vibes Festival 2023

Bila tengok senarai artis jemputan, mesti ramai yang tidak sabar untuk membeli tiket bagi membolehkan mereka menikmati festival ini selama tiga hari berturut-turut.

Pas General Admission

Untuk jualan tiket General Admission, terdapat tiga peringkat dengan harga yang berbeza seperti berikut:

  • Fasa 1 (22 Februari – 5 Mac) : RM788
  • Fasa 2 (6 Mac – 7 Mei) : RM888
  • Fasa 3 (8 Mei dan seterusnya) : RM988

Mungkin ada yang tertanya-tanya, ada perbezaan ke untuk setiap tiket fasa berbeza ini?

Pas masuk untuk General Admission ini hanya berbeza dari segi harga sahaja. Senang cerita, siapa beli awal dapatlah harga yang lebih murah.

Tetapi dari segi lokasi tempat untuk melihat persembahan, barisan artis dan juga proses keluar masuk, semuanya sama sahaja.

Pas VIP & ‘Squad Goals’

Tiket untuk pakej VIP pula dijual dengan harga RM1,388.

Bukan itu sahaja, kalau anda nak beli sekaligus dengan rakan anda pun boleh kerana pihak penganjur menawarkan pakej ‘Squad Goals’ dengan pembelian lima tiket berharga RM4,190. Kalau beli pakej ‘Squad Goals’, bolehlah dapat satu tiket dengan harga RM838.

Jualan pakej ‘Squad Goals’ akan mula dibuka pada 6 Mac 2023.

GVF2023

Pas Single Day General Admission

Malah, pihak penganjur juga menawarkan tiket untuk pas satu hari iaitu Single Day General Admission dalam kuantiti yang terhad.

Pengumuman mengenai pas satu hari itu bagaimanapun akan diumumkan kelak di laman media sosial Good Vibes Festival.

Jadi kalau ada di antara anda yang hanya ingin melihat persembahan beberapa artis pada hari tertentu, bolehlah beli pas untuk satu hari ini.

GVF2023

Kepada anda yang teruja untuk ke GVF2023 pada tahun ini, jualan tiket akan bermula esok (22 Februari) di laman web rasmi Good Vibes Festival.

BACA JUGA: CL, Jackson Wang & Pink Sweat$ ‘Gegar’ Good Vibes Weekender 2022 Di Sunway Lagoon


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd