Now Reading
Kenapa Nama Perabot Di IKEA Semuanya Unik Seperti ‘Brimnes’ & ‘Malm’? Ini Sebabnya!

Kenapa Nama Perabot Di IKEA Semuanya Unik Seperti ‘Brimnes’ & ‘Malm’? Ini Sebabnya!

Kesemua nama unik perabot dan peralatan di IKEA diberikan oleh pengasasnya iaitu Ingvar Kampard yang mempunyai masalah disleksia.

Kenapa Nama Perabot Di IKEA Semuanya Unik_ Ini Sebabnya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau nak cari barangan rumah seperti kerusi, meja, katil, bantal sehinggalah periuk dan kuali, ramai yang akan terfikir IKEA kerana barangannya sangat berkualiti.

Kadangkala ada yang datang ke IKEA hanya untuk ‘cuci mata’ sambil berangan di dalam ruangan rumah yang dibina untuk membolehkan pengunjung melihat reka bentuk rekaan yang ditawarkan.

Sambil-sambil cuci mata, mesti anda akan perasan bahawa nama setiap produk di IKEA mempunyai nama yang agak unik, betul tak?

Kenapa-Nama-Perabot-Di-IKEA-Semuanya-Unik_-Ini-Sebabnya-5
Sumber: Picasa

Sejarah Di Sebalik Nama Perabot Yang Unik Di IKEA

Nama bagi kelengkapan rumah yang dijual di IKEA datang daripada pengasasnya sendiri iaitu Ingvar Kampard.

Untuk pengetahuan anda, Ingvar Kampard mempunyai masalah disleksia yang merupakan gangguan pembelajaran yang menyebabkan seseorang sukar untuk membaca.

Ingvar Kampard
Ingvar Kampard. (Sumber: JobStreet)

Disebabkan oleh masalah yang dihadapinya itu, Ingvar telah menggunakan bahasanya yang tersendiri berdasarkan beberapa unsur di tanah airnya iaitu Sweden bagi menamakan perabot dan peralatan di IKEA.

Setiap kelengkapan rumah di IKEA mempunyai unsurnya yang tersendiri iaitu:

  • Sofa, rak buku atau tombol pintu diberi nama berdasarkan nama tempat dalam bahasa Sweden.
  • Nama katil dan almari pakaian pula diasaskan dari nama tempat di Norway.
  • Permaidani dinamakan sempena beberapa tempat di Denmark.
  • Kutleri, meja dan kerusi merupakan nama lokasi di Finland.
  • Nama bagi kelengkapan bilik air diambil dari tasik dan sungai di Sweden.
  • Terdapat beberapa jenis perabot yang dinamakan sempena nama pekerjaan seperti bercucuk tanam.

Dulu ingatkan nama-nama barangan IKEA ini memang sengaja dicipta dengan sebutan yang unik. Rupa-rupanya ada sejarah yang tersendiri di sebalik semua namanya.

Kenapa-Nama-Perabot-Di-IKEA-Semuanya-Unik_-Ini-Sebabnya-1
Sumber: Taste of Home

Sejarah Penubuhan IKEA

Perniagaan IKEA diasaskan oleh Ingvar Kampard pada tahun 1943 ketika beliau berusia 17 tahun di sebuah pekan kecil bernama Älmhult, Sweden.

Nama IKEA yang selalu kita sebut juga ada sejarahnya tersendiri. IKEA diinspirasikan dari huruf awal beberapa sejarah dari pengasasnya seperti:

  • I: Ingvar
  • K: Kampard
  • E: Elmtaryd (Nama ladang yang menjadi tempat tinggalnya)
  • A: Agunnaryd (Nama sebuah kampung yang berhampiran dengan tempat tinggalnya).

Malah sebelum adanya logo IKEA yang kita lihat sekarang, sebenarnya ada banyak lagi logo lain yang pernah dicipta.

Kenapa-Nama-Perabot-Di-IKEA-Semuanya-Unik_-Ini-Sebabnya-1
Sumber: IKEA

Antara tahun 2005 dan 2010, Ingvar Kampard pernah disenaraikan antara 10 individu terkaya di dunia mengikut senarai Forbes dengan nilai harta berjumlah $28 bilion (RM124,096,000,000).

Namun, beliau dilaporkan meninggal dunia pada Januari 2018 ketika berusia 91 tahun.

Sehingga kini, IKEA sering mendapat tempat di hati masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan barangan rumah dari bahagian dapur, bilik tidur, ruang tamu dan sebagainya.

Selain membeli barangan rumah, ada juga yang suka datang ke IKEA semata-mata untuk menjamu selera di restoran mereka. Antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai adalah Bebola Daging mereka.

BACA JUGA: IKEA Tawar Menu Bufet Selama 2 Hari. Boleh Makan Sepuasnya!

BACA JUGA: IKEA Kembali Dengan Bufet Ramadan Serendah RM19.90 Sehingga 29 April Ini. Jom Serbu!


Apa Itu Penyakit Disleksia?

Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran yang menyebabkan seseorang sukar untuk mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Masalah ini biasanya dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Malah, ada juga yang menggelarkan masalah ini sebagai ‘buta huruf’.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), diangggarkan empat hingga lapan peratus pelajar sekolah di Malaysia mempunyai masalah disleksia dengan kanak-kanak lelaki dilihat mempunyai bilangan yang lebih ramai berbanding perempuan.

Sumber: Tech Starter

Gejala Penyakit Disleksia

Antara gejala yang dihadapi oleh individu yang menghidap masalah disleksia adalah:

  • Membaca dan menulis dalam keadaan yang sangat perlahan.
  • Keliru dengan susunan huruf mengikut turutan yang betul.
  • Keliru dengan huruf yang kelihatan serupa dan menulis huruf dengan cara yang salah (seperti “b” dan “d”)
  • Lemah dalam mengeja.
  • Memahami maklumat apabila diberitahu secara lisan tetapi sukar untuk memahaminya jika maklumat itu berbentuk tulisan.
  • Mengalami kesukaran dalam susun atur perancangan dan organisasi.

Punca Berlaku Disleksia

Sehingga ini, pakar masih tidak menjumpai punca sebenar yang menyebabkan penyakit ini.

Namun pakar mempercayai antara punca adalah cara otak mereka bekerja yang agak berbeza dengan individu normal.

Perbezaan itu boleh berlaku disebabkan oleh kecacatan perkembangan otak semasa bayi berada dalam kandungan ibu atau disebabkan terlibat dalam kemalangan.

Cara Untuk Merawat Penyakit Disleksia

Masalah disleksia ini boleh dirawat dengan beberapa cara seperti berikut:

  • Merawat gangguan lain yang mungkin berkait rapat denagan masalah Disleksia seperti Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan.
  • Mempertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui deria sentuhan, pendengaran, pergerakan dan mennulis.
  • Menggunakan video atau audio untuk tujuan pembelajaran.

Sekiranya anak anda mengalami masalah ini dalam tempoh masa yang agak lama, kami cadangkan untuk anda berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd