Now Reading
Carlo Rino Tampil Dengan 2 Koleksi Baharu Untuk Gaya Ala ‘Boss Babe’!

Carlo Rino Tampil Dengan 2 Koleksi Baharu Untuk Gaya Ala ‘Boss Babe’!

Koleksi Carlo Rino terbaharu sempena Musim Cinta ini adalah Orion Puffer dan Geo Jacquard.

carlo rino

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Raikan musim cinta ini bersama dua koleksi baharu Carlo Rino iaitu Koleksi Orion Puffer dan Carlo GEO Jacquard.

Menerusi rekaan yang unik, versatil, serta mengikut perkembangan fesyen arus perdana, aksesori pelengkap ini sudah pastinya bakal tersenarai dalam item mesti miliki buat segenap wanita yang ingin menyuntik nada sofistikated.

BACA JUGA: Carlo Rino Perkenal Koleksi Orion & Logogram Sempena Tahun Baru Cina


Carlo Rino: Orion Puffer.

Dipaparkan dalam kemewahan nada ivory dan aksen lavender yang lembut, koleksi Orion Puffer turut menampilkan dua beg mesti-miliki serta dilengkapi dengan barisan aksesori sepadan yang bakal membuatkan anda selesa dalam apa jua keadaan.

Reka bentuknya yang gebu atau ‘puffy’ menambahkan sentuhan mewah lalu sesuai dipadankan apa jua persalinan, menjadikannya item mesti-miliki buat mana-mana ‘boss babe’ yang tak memandang ringan tentang penampilannya.

(Kiri) The Puffer Mini Crossbody.
(Kanan) The Puffer Short Wallet.

Raikan pesona cinta dengan gaya serta fungsi musim ini bersama Orion Puffer Crossbody dan Puffer Mini Crossbody. Himpunan Orion Crossbody tampil diimaginasikan semula memegang sisi rekaan lebih lembut dan empuk menerusi barisan beg tangan Orion Puffer Crossbody.

Hadir dengan saiz sempurna sambil mendakap rona lembut serta tag kecil dan gebu disulam dengan ‘I AM A LITTLE PUFFY’, ianya sesuai untuk digayakan buat musim indah ini.

Menerusi koleksi ini, ia memberikan ruang penyimpanan luas dan anda boleh membawa lebih banyak item daripada barang diperlukan. Secara tidak langsung, mengekalkan bentuk beg tangan tanpa kelihatan terlalu besar.

Ia bergaya, mewah, dan mempunyai tekstur lembut yang empuk bila disentuh mahupun digenggam.

Tambahan lagi, ia boleh memuatkan semua item penting seperti telefon, lipstik dan wangian miniatur melengkapi liburan romantis bersama pasangan atau sekadar bersosial bersama teman-teman wanita anda.


Card Holder Puffer.

Aksesori comel yang diserlahkan dengan simbol tanda soal dan tanda seru ini membantu untuk menyimpan kad dan sedikit wang tunai tanpa mengetepikan gaya.

Sarung atau pemegang kad (card holder) Puffer adalah hadiah sempurna buat insan kesayangan.

Tersedia dalam nada hitam elegan dan nada lembut lavender, sarung kad ini juga menampilkan butiran jahitan kemas bagi menambah sentuhan tekstur pada rekaannya.

Tampilan zip yang mudah menjamin keselamatan, sambil reka bentuk kompak memudahkan ia disimpan dalam poket atau di dalam dompet.


Carlo Rino: Geo Jacquard.

Carlo GEO Jacquard adalah siri barisan beg serta aksesori kreasi Carlo Rino ‘timeless’ dan paling digemari. Sekaligus, ia menjadi cara terbaik untuk menyemarakkan rasa cinta buat musim ini.

Lambang ikonik “CR” dan corak bergaris yang rumit, dijahit dengan teliti pada reka bentuk kanvas yang kukuh. Secara tidak langsung, ia menambah gaya yang sofistikated buat mana-mana persalinan.

Suntikan aksen rona hitam dan emas yang elegan melengkapkan karya klasik ini, menjadikannya aksesori yang sempurna untuk sebarang majlis romantis.

Kehadiran beg Carlo GEO Jacquard 2-Way yang versatil, beg bucket Carlo GEO Jacquard yang bergaya, beg Carlo GEO Jacquard Carry All-Bag L yang luas, beg silang Carlo GEO Jacquard yang kompak dan beg galas bahu Jacquard Carlo GEO yang elegan.

Kesemuanya tampil dalam warna mudah untuk dipadankan. Menjadikannya senang untuk disepadankan dengan pelbagai gaya persalinan, tidak lupa juga sempurna untuk diberikan hadiah buat insan tersayang.


Kasut Noblesse Pumps.

Melangkah ke musim cinta dengan bergaya bersama kasut pumps Noblesse. Disuntik dengan reka bentuk anggun, siri kasut ini menggabungkan keselesaan lalu diperincikan dengan nada sofistikated untuk sifat ‘boss babe’ dalam diri anda.

Sama ada anda keluar bersiar-siar di kota bersama sahabat wanita atau berlibur di malam temu janji romantis, kasut pumps ini bakal menyerlahkan penampilan lantas memancarkan versi terbaik diri anda dalam meraikan kuasa cinta dengan bergaya.

Nobleese Pumps adalah statement piece yang menjadi pendorong untuk membina keyakinan diri lebih tinggi.

Koleksi Carlo Rino Orion Puffer dan Carlo GEO Jacquard boleh didapati di www.carlorino.net atau di butik Carlo Rino seluruh negara.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd