Now Reading
Sunway Lancar Aplikasi ‘Super App’ Pertama Di Malaysia. Mudah Kerja!

Sunway Lancar Aplikasi ‘Super App’ Pertama Di Malaysia. Mudah Kerja!

Sunway Super App merupakan aplikasi ‘super’ gaya hidup serba baru yang menawarkan produk serta perkhidmatan kepada pengguna dari keseluruhan 13 bahagian perniagaan Sunway.

sunway super app

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!

Sunway hari ini (9 Februari) melancarkan aplikasi gaya hidup serba lengkap dan baharu iaitu Sunway Super App edisi kedua di Sunway Theme Parks Mega Roadshow di mana ia mengandungi pelbagai promosi dan pakej-pakej menarik dengan kerjasama rakan kongsi Sunway dan jenama tempatan.

Untuk pengetahuan anda, Sunway Super App merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan penguna dari keseluruhan 13 badan perniagaan Sunway termasuk:

  • Sunway Theme Parks.
  • Sunway Malls.
  • Sunway Property.
  • Sunway Hotels & Resort.
  • Sunway Healthcare.
Sumber: Siti Murni/TRP

Aplikasi tersebut juga memberikan akses kepada lebih dari 1,500 rakan niaga Sunway dan peniaga runcit seperti Foodpanda, Grabmaid, The Lorry dan banyak lagi.

Direka khas dengan ciri-ciri tumpuan pengguna, ia akan memberi pengalaman yang lancar di setiap titik sentuhan. Aplikasi ini juga merupakan dompet digital bagi kemudahan transaksi tanpa tunai dan pembayaran secara pantas untuk tempat letak kereta pintar di seluruh pusat beli-belah dan premis Sunway.

Di samping itu, ada juga tawaran eksklusif aplikasi serta program menarik dan ganjaran tanpa had. Tambahan pula, pengguna boleh menikmati manfaat program kesetiaan Sunway iaitu Sunway Pals untuk menebus mata ganjaran dalam aplikasi atau dengan peniaga yang mengambil bahagian.

Sunway Super App ialah Super App gaya hidup pertama seumpamanya di Malaysia. Ia menghubungkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ekosistem Sunway yang meluas – bahagian perniagaan Sunway kami serta lebih daripada 1,500 peruncit dan rakan kongsi perniagaan kami yang sedia ada. Ini merupakan peristiwa penting bagi Sunway dalam meneruskan perjalanan transformasi digital kami. Ia sentiasa menjadi salah satu matlamat kami untuk menyediakan platform yang menawarkan pengguna kepada akses mudah dan lancar dengan faedah ekosistem kami yang meluas.

Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan Sunway, Kevin Khoo.

Sunway Theme Parks Mega Roadshow, Sunway Pyramid.

Di Sunway Theme Parks Mega Roadshow, pengguna Sunway Super App dapat mengakses tawaran eksklusif daripada Sunway Theme Parks, Sunway eMall, Sunway Multicare Pharmacy dan banyak lagi yang hanya tersedia pada acara tersebut.

Pameran berkenaan akan diadakan di beberapa lokasi pada tarikh berbeza di seluruh Malaysia bermula dari 9 Februari sehingga 5 Mac 2023.

Pakej menarik bagi Night Park juga menanti anda, di mana anda bakal menyaksikan penampilan budaya barat dengan slogan, “The Good, The Bad and The Wild”.

Dengan kerjasama lebih daripada 50 jenama bagi memperkasakan perdagangan sosial melalui Super App milik Malaysia. Taman Tema Sunway sejak beberapa dekad lalu telah menawarkan hiburan bertaraf dunia dan menjadi mercu tanda utama untuk destinasi pelancongan di rantau ini. Sunway Theme Parks Mega Roadshow bertujuan melibatkan pasaran  pelancongan tempatan bersama dengan rakan kongsi ejen pelancongan kami bagi mencari pasaran pakej percutian berpatutan dan destinasi berkualiti tinggi. Taman tema kami akan terus menjadi hab pelancongan di punca tertinggi di dalam bandar bersepadu Sunway.

Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho.
Sumber: Siti Murni/TRP

Tarikh Sunway Theme Parks Mega Roadshow:

  • Sunway Pyramid Mall, Sunway City Kuala Lumpur 
    • 9 Februari 2023 hingga12 Februari 2023
  • AEON Mall Tebrau, Tebrau City Johor  
    • 14 Februari 2023 hingga 19 Februari 2023
  • Sunway Big Box Retail Park, Sunway City Iskandar Puteri, Johor
    • 23 Februari 2023 hingga 26 Februari 2023 
  • Sunway Carnival Mall, Penang
    • 2 Mac 2023 hingga 5 Mac 2023

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd