5 Cara Persiapkan Diri Sebelum Bulan Ramadan Menjelang Tiba
Nabi Muhammad SAW memberi contoh dengan mengerjakan pelbagai solat sunat di samping solat lima waktu. Jika ini belum lagi menjadi amalan harian, ia adalah satu tabiat yang baik untuk dilaksanakan menjelang Ramadan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Muslim di seluruh dunia memahami akan kepentingan bulan Ramadan.
Tetapi tahukah anda bahawa bulan-bulan sebelum menjelangnya Ramadan iaitu Rejab dan Syaaban adalah masa yang genting untuk mempersiapkan diri menghadapi Ramadan dari segi fizikal, mental dan rohani?
BACA JUGA: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?
Rejab bermaksud ‘menghormati’ dan ia adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam dan dianggap sebagai salah satu daripada empat bulan suci.
Muslim digalakkan memperbanyakkan amal soleh dan mengelakkan diri daripada melakukan dosa.
Manakala Syaaban pula bermaksud ‘penyebaran’ atau ‘pemisahan’ dan merupakan bulan Islam yang kelapan.
Ini merupakan bulan di mana berpuasa sangat digalakkan kerana Nabi Muhammad SAW sendiri berpuasa lebih banyak pada bulan ini daripada bulan lain selain Ramadan.
Para sahabat Nabi Muhammad SAW juga membuat persiapan untuk Ramadan sehingga enam bulan lebih awal, berikut adalah beberapa cara yang juga boleh anda lakukan untuk persiapan bulan yang mulia ini:
1. Berpuasa Secara Sukarela.
Salah satu cara terbaik mempersiapkan diri untuk berpuasa selama sebulan adalah dengan memperbanyakkan puasa secara ansuran.
Pada bulan Ramadan, berpuasa diamalkan untuk kedua badan dan minda, dan dengan itu berpuasa secara kerap akan membantu anda membuat persediaan secara fizikal, sementara sentiasa berjaga dengan tingkah laku anda sangat digalakkan.
Jika anda tidak tahu di mana untuk bermula, anda digalakkan untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, seperti contoh Nabi Muhammad SAW.
Aplikasi gaya hidup Muslim seperti aplikasi Muslim Pro mempunyai penjejak puasa yang boleh membantu mengekalkan jumlah hari berpuasa anda.
Anda juga boleh menandakan nota dalam kalendar puasa jika anda ingin mencatat sebab anda berpuasa atau makanan yang anda rancang ketika berbuka puasa.
BACA JUGA: Ini 7 Aplikasi Penting Untuk Umat Islam Sambut Ramadan
2. Muhasabah Diri Serta Bertaubat.
Memulakan Ramadan dalam keadaan bersih dan sedar adalah cara terbaik untuk menyambut musim istimewa ini dalam kalendar Islam.
Setiap orang melakukan kesilapan, tetapi alhamdulillah kita sentiasa boleh bertaubat dan diampuni. Bulan-bulan menjelang Ramadan adalah masa yang baik untuk bermuhasabah dan berdoa memohon keampunan atas kesalahan kita kerana Allah SWT adalah maha pengasih lagi mengasihani.
Salah satu caranya ialah dengan melakukan istighfar iaitu doa memohon ampun kepada Allah SWT. Ia boleh semudah membaca zikir berikut (memperingat dan mengagungkan Allah SWT): sebutlah ‘Astaghfirullah’ sekurang-kurangnya 100 kali sehari.
3. Memperbanyakkan Solat.
Nabi Muhammad SAW memberi contoh dengan mengerjakan pelbagai solat sunat di samping solat lima waktu. Jika ini belum lagi menjadi amalan harian, ia adalah satu tabiat yang baik untuk dilaksanakan menjelang Ramadan.
Beberapa solat sunat yang mudah disertakan ke dalam kehidupan seharian termasuk dua rakaat sebelum solat Fajr, atau solat larut malam solat Tahajjud, yang dianggap sebagai salah satu solat sunat yang mempunyai banyak pahala.
4. Membaca Al-Quran Dan Berdoa.
Membaca Al-Quran dan merenungkan ajarannya adalah penting untuk memupuk pemahaman dan pegangan Islam yang lebih mendalam.
Memperbanyakkan bacaan Al-Quran anda dan menambah amalan ini dengan memperbanyakkan Doa adalah amalan yang baik untuk mendekatkan diri anda kepada Allah SWT menjelang Ramadan.
BACA JUGA: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan
BACA JUGA: Ada Niat Nak Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan? Cuba Ikuti Panduan Ini
Jika anda seorang yang lebih suka cara pembelajaran yang lebih visual dan interaktif untuk membaca doa dan surah (bab al-Quran), anda boleh menonton ‘Recite And Learn: The Word of Allah’ di Qalbox.
Qalbox ialah khidmat penstriman hiburan global, menganjurkan pelbagai kandungan yang meraikan identiti dan budaya Muslim.
BACA LANJUT: Muslim Pro Lancar Kandungan Fokus Islam Menerusi Qalbox
Membuka ‘Recite And Learn: The Word of Allah’ di televisyen adalah cara terbaik untuk anda dan keluarga belajar dan membaca surah bersama-sama, tepat pada masanya untuk Ramadan.
5. Bersedekah.
Menjaga dan membina masyarakat yang lebih baik merupakan sebahagian besar daripada Islam, dan harus menjadi tabiat yang kerap dilakukan oleh seorang Muslim.
Memperbanyakkan amal soleh dan melibatkan diri dengan lebih banyak bersedekah menjelang Ramadan boleh membantu dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam komuniti terdekat anda.
Nabi Muhammad SAW juga bersabda: “Bersedekahlah dengan segera, kerana sesungguhnya sedekah itu dapat menghindari bala.” (Al-Tirmidhi).
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.