Now Reading
Cepat Mengantuk Lepas Makan? Doktor Ini Perjelas Punca Sebenar

Cepat Mengantuk Lepas Makan? Doktor Ini Perjelas Punca Sebenar

Rasa mengantuk selepas makan juga boleh menjadi petanda bahwa badan anda mempunyai beberapa penyakit.

enapa Selalu Mengantuk Lepas Makan_

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ada tak di antara anda yang kerap berasa mengantuk setiap kali selepas makan?

Kadangkala jam baru menunjukkan pukul 2:00 petang tetapi mata terasa layu sangat. Nak kata tak cukup tidur, macam tidak pula.

Bila mengantuk, nak buat kerja pun jadi kurang produktif dan agak tertangguh kerana badan rasa seperti bermalas-malasan.

Terfikir juga normal ke kalau setiap kali selepas makan rasa mengantuk macam ini?

Doktor Dedah Kenapa Ramai Yang Mengantuk Setiap Kali Selepas Makan

Persoalan anda bakal terjawab selepas seorang doktor kesihatan memberi penjelasan tentang perkara ini menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya (@DoktorSamhan).

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu menjadi mengantuk selepas makan. Antaranya kerana:

1. Mengantuk Lepas Makan: Tindak Balas Dalam Sistem Pencernaan

Kenapa-Selalu-Mengantuk-Lepas-Makan_-1
Sumber: DoktorSehat

Seperti yang diketahui umum, badan manusia akan melalui proses pencernaan selepas makan di mana setiap makanan akan dipecahkan kepada partikel yang lebih kecil dan diubah menjadi glukosa sebelum bertukar sebagai tenaga.

Dalam proses tersebut, tubuh badan akan melepaskan beberapa hormon seperti Amylin, Glukagon dan Cholecystokinin (CCK).

Hormon-hormon tersebut akan meningkatkan paras gula dalam darah dan menyebabkan rasa kenyang. Selain itu, insulin yang terhasil juga akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga.

Pada masa yang sama, otak juga mengeluarkan hormon Serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.

2. Mengantuk Lepas Makan: Jenis Makanan Yang Dimakan

Kenapa-Selalu-Mengantuk-Lepas-Makan_-1
Sumber: Kompas

Selain itu, jenis hidangan yang dimakan juga boleh menjadi punca seseorang mudah berasa mengantuk.

Makanan yang tinggi karbohidrat dan kaya dengan protein seperti nasi, daging, ayam, telur, bayam, keju, tofu dan kacang soya mengandungi Asid Amino Tryptophan.

Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan hormon Serotonin dalam badan yang akan menyebabkan kita berasa mengantuk.

3. Mengantuk Lepas Makan: Tabiat Tidur Seseorang

Sumber: MPR News

Corak tidur seseorang juga memainkan peranan jika seseorang ingin mengelakkan diri dari mudah berasa mengantuk selepas makan.

Ini kerana badan akan berasa kenyang dan relaks selepas makan dan menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat.

Keadaan tersebut akan mengakibatkan anda mudah mengantuk terutamanya jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.

4. Mengantuk Lepas Makan: Tahap Kesihatan

Kenapa-Selalu-Mengantuk-Lepas-Makan_-1
Sumber: Melaka Fertility

Namun rasa mengantuk ini juga boleh menjadi petanda bahawa badan anda mempunyai beberapa penyakit seperti berikut:

Sekiranya masalah ini berlaku secara berterusan, anda dinasihati untuk membuat pemeriksaan bersama doktor kesihatan bagi mengelakkan sebarang masalah yang lebih teruk terjadi.

Tips Nak Elak Dari Rasa Mengantuk Selepas Makan

Rasa cepat mengantuk akan menyebabkan kita hilang konsentrasi dan tidak bertenaga untuk melakukan sebarang tugasan yang diberikan.

Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mengelakkan anda mudah berasa mengantuk selepas makan. Antaranya:

  • Makan dalam kuantiti yang sederhana supaya tidak terlalu kenyang.
  • Mengambil protein dan sayur-sayuran dalam menu hidangan.
  • Menambah pengambilan lemak baik dalam diet seperti minyak zaitun, telur atau kacang walnut.
  • Perbanyakkan pergerakan selepas makan.
  • Jangan lupa mengambil sarapan pagi bagi mengelakkan anda terlalu lapar dan makan dalam kuantiti yang banyak ketika makan tengah hari.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd