Now Reading
Ini Sebab Kenapa Selasa 24 Januari Adalah Cuti Umum

Ini Sebab Kenapa Selasa 24 Januari Adalah Cuti Umum

Hari Selasa sepatutnya menjadi cuti umum untuk semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Selasa, 24 Januari Adalah Cuti Umum. Tapi Kenapa Ada Yang Tak Cuti?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mesti ramai di antara anda yang tertanya-tanya tentang cuti perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini kan?

Kenapa ada kawan anda yang cuti pada hari Selasa dan kenapa ada yang tidak? Betul ke hari Selasa cuti umum atau majikan memberi kebenaran untuk semua pekerjanya mengambil Cuti Tahunan?

Sama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina di Malaysia juga dikhaskan dengan dua hari cuti umum. Untuk tahun ini, hari pertama perayaan itu jatuh pada hari Ahad dan juga Isnin.

Mengikut pekeliling negeri Selangor, apabila cuti umum jatuh pada hari Ahad (Hari Rehat), maka keesokan harinya iaitu Isnin akan menjadi cuti umum.

Tetapi jika hari keesokannya juga adalah cuti umum (dalam kes ini Isnin juga adalah cuti umum bagi hari kedua Tahun Baru Cina), maka hari seterusnya juga menjadi cuti umum (Selasa).

Sumber: Pekeliling Negeri Selangor

Untuk Tahun Baru Cina pada tahun ini, ianya merupakan cuti umum pada hari Ahad (Hari Rehat) dan menjadikan hari Isnin juga sebagai cuti umum.

Tetapi memandangkan hari Isnin juga merupakan cuti umum perayaan tersebut untuk hari kedua, maka ia akan digantikan pada hari Selasa.

Walau bagaimanapun, penggantian cuti umum pada hari Selasa itu tidak terpakai bagi mereka yang bekerja di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Bagi mengesahkan sama ada hari Selasa adalah cuti umum atau tidak, TRP telah membuat beberapa panggilan telefon kepada pihak bank serta pejabat majlis tempatan di Selangor.

Kedua-dua pihak memaklumkan bahawa operasi mereka akan ditutup sehingga Selasa dan dibuka semula pada hari Rabu (25 Januari).

Hari Bertuah Untuk Mulakan Kerja Pada Hari Jumaat

Sempena Tahun Baru Cina, sesetengah syarikat akan menutup pejabat mereka dan menawarkan pilihan kepada pekerja untuk mengambil Cuti Tahunan.

Pada tahun ini, kaum Cina mempunyai kepercayaan bahawa hari Jumaat yang jatuh pada tarikh 27 Januari 2023 merupakan hari yang bertuah untuk membuka semula pejabat.

Jadi bermula dari hari Sabtu sehingga Khamis, operasi perniagaan syarikat mereka akan ditutup.

Untuk hari Rabu dan Khamis, majikan akan memberi pilihan kepada pekerja mereka untuk mengambil cuti Tahunan kerana pejabat akan ditutup.

Tetapi bagi mereka yang tidak bekerja di pejabat dan bekerja dari rumah, anda mungkin tak perlu mengambil Cuti Tahunan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd