Now Reading
Carlo Rino Perkenal Koleksi Orion & Logogram Sempena Tahun Baru Cina

Carlo Rino Perkenal Koleksi Orion & Logogram Sempena Tahun Baru Cina

Koleksi Carlo Rino Orion & Logogram boleh didapati menerusi laman web Carlo Rino ataupun di butik bermula Januari 2023.

carlo rino

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sambutan Tahun Baru Cina bakal disambut oleh rakyat Malaysia tidak lama lagi. Waktu inilah paling sesuai untuk menggayakan koleksi-koleksi terbaharu keluaran jenama terkenal lokal mahupun antarabangsa.

Baru boleh #OOTD serba kemerahan nanti!

Carlo Rino Tampil Perkenal Koleksi Serba ‘Chic’ Sempena CNY!

Koleksi Orion menyerlahkan bintang atau pesona dalaman diri dengan beg tangan yang menggabungkan reka bentuk klasik dan moden yang pasti menarik perhatian sepanjang musim ini.

Himpunan yang mempesonakan ini tampil memaparkan pilihan beg tangan yang mencerminkan penampilan unik konstelasi bersama aksesori bagi melengkapkan sebarang gaya peribadi.

Beg silang Orion berwarna Krim.

Beg silang atau crossbody Orion adalah aksesori yang ‘must-have’ dalam gerobok fesyen anda.

Beg silang adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin memiliki aksesori yang boleh digunakan dalam apa jua situasi tanpa mengabaikan nada keanggunan.

Sama ada berpenampilan kasual yang tampil relaks atau mendorongkan nada fashion-forward yang lebih bergaya, beg ini sesuai untuk kesemua majlis.

Direka bentuk dengan rangka yang unik, beg ini didatangkan dalam empat warna berbeza agar dapat disesuaikan dengan personaliti yang pelbagai.

Di samping itu, Carlo Rino turut membentangkan beg bahu (shoulder bag). Beg bahu Orion menawarkan fleksibiliti iaitu anda boleh memilih untuk memakai tali panjang atau pendek. Selain itu, beg ini sesuai untuk dipadankan dengan hampir semua gaya pakaian.

Beg bahu Orion berwarna hitam dan nude.

Koleksi Kasut Orion Carlo Rino

Serba boleh adalah intipati buat barisan kasut Orion; dari siang bersilih malam dengan mudah bersama kasut Orion Slip On Pump dan kasut pump Modular.

Sama ada anda seorang minimalis atau suka bereksperimentasi, sepasang kasut pump anggun ini berupaya membantu melengkapkan penampilan anda.

Koleksi Jam Tangan Elegan Carlo Rino

Tiada penampilan yang lengkap tanpa jam tangan yang elegan, kan?

Jam tangan bertali kulit Ashen Rose dibuat untuk menarik perhatian dengan rangka sarungnya yang berbentuk unik memancarkan sifat kewanitaan sejati.

Tali bertekstur buaya kulit tampil dalam tiga variasi rona berbeza iaitu:

  • Hitam.
  • Putih.
  • Merah jambu.

Koleksi Logogram

Barisan beg tangan serta aksesori Logogram pula tampil mencorakkan keperibadian dengan kesederhanaan dan keanggunan.

Himpunan ‘mesti dimiliki’ ini menampilkan cetakan legasi ikonik Carlo Rino dengan padanan rona gelap yang mudah disuai padan. Sesuai untuk para wanita ‘fashion-savvy’ yang senantiasa on-the-go, malah bakal menyempurnakan outfit anda!

Koleksi Logogram menampilkan barisan beg yang memuatkan barangan harian anda. Setiap beg dalam koleksi ini dihadirkan dalam enam gaya. Ia menggabungkan fesyen serta fungsi dalam pelbagai pilihan untuk dipilih dan dihiasi dalam kanvas bercetakan signatur monogram Carlo Rino.

Kalau bab kasut pula, perasan tak ramai yang memakai slider ke hampir mana-mana acara hari ini, sama ada pesta, janji temu kopi atau bersantai di pantai?

Sebab itulah Logogram Slider sesuai dengan hampir semua pakaian.

Sandal Logogram.

Di Malaysia pula, musim sandal adalah 24/7 – dan Logogram adalah sesuai untuk setiap masa. Ia menambah elemen bergaya kasual pada koleksi kasut anda sambil menawarkan gaya dan keselesaan.

Koleksi Carlo Rino Orion & Logogram boleh didapati di LINK INI juga di butik Carlo Rino bermula Januari 2023.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd