Now Reading
2 Beradik Berjaya Cipta Suplemen ‘Revolusioner’ Dirumus Oleh Pakar Untuk Wanita Moden Asia

2 Beradik Berjaya Cipta Suplemen ‘Revolusioner’ Dirumus Oleh Pakar Untuk Wanita Moden Asia

Suplemen yang dirumus oleh pakar Moom ini adalah vegan, semula jadi sepenuhnya, diperakui Halal dan bebas GMO. Ia juga direka khusus bagi memenuhi dan menangani keperluan individu.

moom health

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam tempoh setahun yang lalu, Moom Health telah berjaya memantapkan kedudukannya di kalangan wanita Singapura menerusi penawaran suplemen yang dirumus khas, disokong oleh pakar, dan semula jadi sepenuhnya oleh jenama itu.

Diasaskan pada Jun 2021 oleh dua usahawan adik-beradik, Mili dan Maya Kale, Moom Health telah dicipta bagi mengisi kelompangan dalam pasaran ubat-ubatan semula jadi dan holistik.

Mili dan Maya Kale, Pengasas Moom Health.

Idea Cipta Moom Health Muncul Hasil Daripada Kekecewaan

Produk tersebut muncul selepas adik-beradik itu mengalami kekecewaan akibat daripada ketiadaan pilihan dalam menyelesaikan masalah perubatan yang dihadapi mereka.

Pada usia 15 tahun, Maya telah didiagnosis dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan bergelut selama bertahun-tahun bagi mencari cara untuk merawat gejala selain daripada kerap menggunakan pil perancang kelahiran.

Ketika berusia 28 tahun, Mili sering mengalami masalah jerawat akibat ketidakseimbangan hormon dan telah diberikan rawatan retinoid yang menyebabkan beberapa kesan sampingan yang teruk.

Kedua-dua adik-beradik itu sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kaedah rawatan tradisional selepas bertahun-tahun menghidap kesan sampingan yang tidak diingini daripada ubat-ubatan moden.

Oleh itu, mereka akhirnya memutuskan untuk mengumpulkan satu pasukan pakar bagi menghasilkan penyelesaian kesihatan semula jadi.

Pasukan penasihat yang menerajui proses formulasi, pengesyoran dan kandungan pendidikan itu terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang kesihatan dan perubatan, terutamanya kesihatan wanita.

Ianya membolehkan Moom menghasilkan produk yang disokong dan dirumus oleh pakar bagi menangani sesuatu masalah itu pada terasnya dengan menggunakan bahan semula jadi yang telah diuji oleh pihak ketiga, dipatenkan dan organik.


Moom Health Perkenal 2 Rangkaian Suplemen Iaitu ‘de/bloat & sleep/well

Selepas menjalani proses penyelidikan dan percubaan selama berbulan-bulan lamanya, Moom telah memperkenalkan dua rangkaian suplemen fungsian yang benar-benar berkesan iaitu:

  • de/bloat
  • sleep/well

1. de/bloat

Mengandungi 7 herba dan 2 enzim penghadaman berasaskan buah, de/bloat berfungsi untuk melegakan masalah kembung perut, ketidakselesaan penghadaman, dan ketakcernaan di bawah 60 minit – menyasarkan bakteria usus dan memfokuskan kepada melegakan saluran penghadaman secara semula jadi.

2. sleep/well

Sleep/well mengandungi herba, asid amino, dan melatonin dos rendah yang 100% semula jadi -ia membantu wanita tidur lebih nyenyak, bangun dengan lebih segar, dan menggalakkan tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin secara semula jadi untuk pengawalan kitaran tidur yang lebih baik.

Namun rangkaian suplemen fungsian Moom itu hanyalah permulaan.

Selain daripada rangkaian suplemen fungsian, untuk kegunaan setiap hari, Moom Health turut mencipta sebuah kuiz disokong oleh pakar bagi menentukan pelan suplemen yang sesuai untuk memenuhi matlamat dan keperluan kesihatan peribadi setiap individu.

Produk Moom Health boleh didapati di dalam laman sesawang mereka, di mana mereka turut merancang untuk menjual produk berkenaan di lokasi fizikal di seluruh Malaysia dalam tempoh terdekat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Moom Health, Mili dan Maya Kale, serta penyelidikan serta bahan yang disokong oleh pakar jenama itu, anda boleh KLIK SINI.

Atau kunjungi Instagram mereka untuk mendapatkan panduan kesihatan dan maklumat terkini mengenai penyertaan jenama itu dalam pameran-pameran di sekitar Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Nak Buat Ujian Kesihatan? Ini 7 Lokasi Yang Anda Boleh Pergi

BACA JUGA: Doktor Ini Kongsi Cara Periksa Tekanan Darah Dengan Betul

BACA JUGA: Doktor Ini Gesa Hentikan Trend Makan Menu Pedas Melampau. Bahaya Untuk Kesihatan!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd