Now Reading
Colgate & Airliftz Kolaborasi Dalam Kempen ‘Smile Strong’

Colgate & Airliftz Kolaborasi Dalam Kempen ‘Smile Strong’

Membuka tirai kolaborasi ialah sebuah filem yang membawa rakyat Malaysia menelusuri perjalanan hidup Airliftz sejak dari zaman kanak-kanak.

colgate

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 16 Disember, Colgate mengumumkan kempen ‘Smile Strong‘ terbaharu yang menampilkan bintang hiphop dan komposer Airliftz sebagai sebahagian daripada misi berterusannya untuk mencetuskan sikap optimis dalam diri setiap individu.

Smile Strong merupakan seruan Colgate kepada rakyat Malaysia bagi menzahirkan keberanian untuk senyum ketika berdepan dengan cabaran.

Seruan itu juga mengingatkan semua agar tidak sekali-kali membiarkan apa-apa mahupun sesiapa sahaja menafikan impian demi mencapai masa hadapan yang dapat dibanggakan.

Colgate dalam masa yang sama berkata, “Berikutan pandemik, ramai yang sukar untuk bersikap positif terhadap masa hadapan disebabkan tahap optimisme yang rendah.

“Ditambah pula dengan peningkatan pengaruh media sosial, generasi muda khususnya berasa tertekan untuk menuruti persepsi kecantikan dan kejayaan yang tertentu.”


Filem Perjalanan Hidup Airliftz

Mempercayai bahawa senyuman dapat menyerlahkan sikap optimis semula jadi individu, Colgate berpadu tenaga dengan Airliftz untuk berkongsi kisah beliau melalui pelbagai saluran.

Membuka tirai kolaborasi ialah sebuah filem yang membawa rakyat Malaysia menelusuri perjalanan hidup Airliftz sejak zaman kanak-kanak.

Filem berdurasi 90 saat itu memaparkan daya tahan optimis untuk terus cekal dalam menangkis negativiti disebabkan oleh rupa parasnya.

Di samping itu, ia juga menunjukkan bagaimana dia bangkit mengatasi segala tanggapan stereotaip, prejudis serta prasangka buruk untuk mengejar cita-cita serta meraih kejayaan dengan memanfaatkan kuasa senyumannya.

Colgate percaya bahawa setiap individu – tanpa mengira usia, bangsa, gender, atau paras rupa – berhak memiliki masa hadapan yang dapat dibanggakan. Kami tekad berkongsi senyuman yang tulen untuk menyerlahkan kuasa sikap optimis seperti kisah hidup Airliftz. Ia merupakan teladan bagaimana anda mampu menjadi perisai dalam menempuhi sebarang cabaran dengan berbekalkan kekuatan untuk kekal optimis serta menumpukan fokus terhadap keunikan individu.

See Mei Sin, Pengarah Pemasaran Bersekutu (Penjagaan Oral), Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.

Colgate Harap Dapat Beri Inspirasi Masyarat Malaysia Optimis

Mei Sin mengulas, “Keadaan atau cabaran kehidupan yang dihadapi setiap individu sememangnya berbeza. Namun dengan memanfaatkan kuasa senyuman, bukan sahaja kita dapat mencetuskan perubahan pada diri sendiri malah menginspirasikan perubahan dalam diri orang di sekeliling kita.

“Hakikatnya, di sebalik senyuman, terukir kekuatan,” jelasnya.

Kekuatan, keyakinan dan keazaman yang telah merintis perjalanan hidup Airliftz merupakan bukti ketahanan kuasa sikap optimis.

Sepanjang hidup saya dilemparkan dengan pelbagai ejekan, namun pengalaman mengajar saya bahawa negativiti hanya akan menyebabkan anda jatuh mundur. Walau sekian lama saya cuba untuk tidak mengendahkannya, saya hanya perlu menyelami diri sendiri untuk menemui kekuatan itu – dan ia bermula dengan senyuman yang berkuasa. Melawan balik bukanlah cara saya. Bagi menangani negativiti, saya sebaliknya membalas dengan berbuat baik, bersikap optimis dan melemparkan senyuman.

Airliftz.

‘Smile Strong’ Oleh Colgate

Kempen Smile Strong yang dibintangi Airliftz kini berstrim secara dalam talian di YouTube.

Bukan itu sahaja, Airliftz juga melancarkan versi penuh lagu asal Smile Strong seperti kedengaran dalam filem dan platform penstriman muzik utama.

Jangan lupa untuk kongsikan kisah #SmileStrong anda di media sosial! 😉


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd