Now Reading
Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Di Elmina Sime Darby Dianjurkan 18 Disember Ini

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Di Elmina Sime Darby Dianjurkan 18 Disember Ini

Peserta Fun Ride, Fun Run, Run Walk, Roller Blade, Skate Board boleh menggunakan laluan penuh (00 km) tanpa gangguan kenderaan bermotor sehingga jam 9:30 pagi di di sepanjang Persiaran Elmina Sime Darby.

elmina

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama pihak Sime Darby Berhad akan menganjurkan Program Shah Alam Tanpa Kenderaan @ Elmina Sime Darby 2022.

Program ini julung kali diadakan di luar pusat Bandar Shah Alam dengan hasrat untuk memperkenalkan keindahan dan kelestarian kawasan lain di Bandaraya Shah Alam secara umumnya.

Pengarah Pembangunan Komuniti Mohd Azhar Mohd Sharif menerusi satu kenyataan menjelaskan, pihak majlis juga membuat pemakluman penutupan jalan di sepanjang Persiaran Elmina Sime Darby bermula dari susur keluar di Elmina West Lebuhraya Guthrie (EXIT 3504).

City of Elmina.
(Sumber: EdgeProp.my)

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan sama, perancangan penyelesaian aliran trafik bersama pihak Sime Darby dan pihak GCE Prolintas Expressway Sdn Bhd akan dibuat hebahan makluman kepada penduduk sekitar kawasan tersebut seminggu sebelum acara berlangsung.

Anda juga boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Komuniti di talian 03-55105133 atau berhubung terus dengan Penolong Pengarah Kanan, Encik Khairol Shazwan di talian 012 235 4235.


Nota Kaki

  • Majlis pelepasan akan dijalankan pada jam 7:30 pagi di hadapan jejantas Elmina Central Park.
  • Peserta Fun Ride, Fun Run, Run Walk, Roller Blade, Skate Board boleh menggunakan laluan penuh (00 km) tanpa gangguan kenderaan bermotor sehingga jam 9:30 pagi.
  • Bermula jam 9:30 pagi hingga 11 pagi, segala aktiviti akan tertumpu di kawasan yang bertanda KUNING sahaja.
  • Laluan yang bertanda MERAH akan dibuka semula untuk pengguna jalan raya.
  • Anggota penguatkuasaan akan ditempatkan di setiap simpang bagi mengawal keselamatan dan lalu lintas.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd