Now Reading
Suria KLCC Disinari Pokok Krismas Tertinggi Di Malaysia

Suria KLCC Disinari Pokok Krismas Tertinggi Di Malaysia

Pengunjung juga berpeluang menyelami keajaiban bengkel Santa sepanjang musim Krismas yang dibawakan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC.

suria klcc christmas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seiring dengan ambang musim Krismas yang bakal  kunjung tiba, suasana Suria KLCC akan dimeriahkan dengan kehadiran Santa Klaus yang bakal memberikan pelbagai hadiah dan permainan kepada para pengunjung. 

Melalui kempen Hari Krismas Suria KLCC, para pengunjung dijemput untuk berkunjung ke bengkel Santa yang bertempat di “Centre Court” sehingga 25 Disember 2022.

Pengunjung juga bakal dirai dengan keindahan hiasan dan alunan meriah yang sinonim dengan sambutan hari Krismas. Santa Klaus akan mengedarkan hadiah di karusel alat  permainan. Sebuah hiasan menara jam yang akan berbunyi setiap jam diiringi dengan melodi perayaan.

Para pembeli juga berpeluang untuk membuat pendaftaran di skrin interaktif yang akan digunakan untuk aktiviti “Naughty or Nice” oleh Santa yang mana para pembeli berpeluang untuk  mendapatkan hadiah kejutan.

Hadiah adalah terhad untuk 100 pembeli setiap hari.

Pembeli juga akan menikmati kemeriahan membeli belah bersempena sambutan Krismas di Suria  KLCC.

Satu sudut paparan kad ucapan akan disediakan untuk pembeli menghantar ucapan perayaan melalui kad ucapan Krismas Suria KLCC. Kanak-kanak juga  berpeluang menyertai bengkel “Santa Workshop Alive!”.

Aktiviti mewarna pelbagai watak Krismas yang mana hasil kraf tersebut akan disiar di skrin layar bakal menanti si kecil.

Karusel Bengkel Santa bersaiz kecil akan di letakkan di “Ramlee Mall” di Aras 1, manakala kaunter simpanan hadiah dan alat permainan akan diletakkan di pintu masuk  “Ampang Mall” dan “Ramlee Mall”.

Kereta Berkuda Santa boleh dilihat di pintu masuk “Park Mall”  yang mana ruangan pemberian hadiah boleh didapati di situ. Kios foto perayaan dan cetakkan foto dan e-foto percuma akan disediakan untuk pembeli merakam memori bersama.


Pokok Krismas Setinggi 100 Kaki Mewarnai Suria KLCC Di The Esplanade

Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki adalah hiasan pokok krismas mewah yang tertinggi di Malaysia, sekali kali membuat penampilan di “The Esplanade” seakan menyambut ketibaan para pengunjung.

Sumber: Siti Murni/TRP & Suria KLCC

Selain daripada pelbagai aksesori unik dan bergemerlapan yang akan digantung di pokok tersebut, pelbagai hadiah juga akan diletakkan sebagai hiasan utama di ruang bawah pokok krismas itu sinonim dengan tema bengkel Santa.

Dekorasi ini mampu memberikan peluang untuk pengunjung mengambil gambar yang lebih mesra dengan panggilan “instaworthy”.

Dengan kepelbagaian ganjaran kami berharap untuk membantu jualan para peruncit dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai tirai penutup untuk tahun ini. Sambutan Krismas sentiasa menjadi sambutan yang amat penting buat kami di Suria KLCC melihat dari sudut kemeriahan suasana yang kami sediakan untuk pembeli. Bagaimanapun, kami tidak lupa untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi buat setiap  pengunjung bagi mengekalkan persekitaran yang terlindung menginjak sambutan akhir tahun.

Andrew Brien, Ketua  Pegawai Eksekutif, Suria KLCC.

Tambah Andrew lagi, “Kesimpulannya, sambutan Krismas bukan dinilai dari sudut dekorasi yang meriah dan paparan indah semata-mata. Ia adalah sambutan yang sinonim dengan saat meluangkan masa bersama tersayang. Selepas mengharungi tempoh getir yang baru sahaja berlalu, terlalu banyak detik bersama yang sewajarnya kita raikan.”

Mengulas lanjut, selaras dengan inisiatif Program Kesederan Kesihatan Mental, Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon melalui hasil jualan Pin Reben Suria.

Pin reben tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap pin.

BACA JUGA: #YouMatter Di Suria KLCC Cipta ‘Safe Space’ Sempena Kempen Kesedaran Mental


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd