Now Reading
Bank Negara Rai Ulang Tahun Ke-50 Bandar Raya Kuala Lumpur Dengan Duit Syiling Peringatan

Bank Negara Rai Ulang Tahun Ke-50 Bandar Raya Kuala Lumpur Dengan Duit Syiling Peringatan

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian Bank Negara Malaysia sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bank Negara Malaysia (BNM) semalam, 14 November telah mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur yang ke-50 (KL50).

Deva Darshan/Unsplash

Duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf).

Duit syiling ini mempunyai berat 31 gram dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual pada harga RM275 sekeping.

Sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).

Duit syiling ini mempunyai berat 8.5 gram serta diperbuat daripada tembaga  dan beberapa logam lain. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping.

Sejumlah 5,000 keping telah ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk Set 2 dalam 1 untuk  jualan pada harga RM330. Setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf  perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic.

Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian.

Jualan Duit Syiling Peringatan.

Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli  duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai  10.00 pagi hari Isnin, 14 November 2022 hingga 11.00 malam Ahad,  27 November 2022.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian Bank Negara Malaysia sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah.

Semua tempahan akan  dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd