Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan Untuk Umat Islam
Solat Sunat Gerhana Bulan yang juga dikenali sebagai Solat Sunat Khusuf dilakukan dua rakaat dan mempunyai empat bacaan Al-Fatihah, empat kali rukuk dan empat kali sujud.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada hari ini (8 November), Malaysia sekali lagi berpeluang untuk melihat gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku bermula pada jam 4:02 petang sehingga 9:56 malam.
Fenomena gerhana bulan penuh ini juga memang sudah dijangka akan berlaku beberapa hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 404,923 kilometer.
BACA JUGA: Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berlaku Di Malaysia Esok, 8 November
Berikutan itu, umat Islam digalakkan untuk melakukan solat sunat dua rakaat ketika berlakunya fenomena ini.
Cara Untuk Melaksanakan Solat Sunat Gerhana Bulan
Menerusi hantaran dimuat naik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di laman Twitter rasmi mereka (@myJAWIKL), mereka memberi tunjuk ajar kepada orang ramai tentang panduan mengerjakan Solat Sunat Gerhana Bulan atau juga dikenali sebagai Solat Sunat Khusuf.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Membaca niat
- Takbiratul Ihram
- Baca Al-Fatihah dan surah lain
- Rukuk yang panjang
- Iktidal
- Baca Al-Fatihah dan surah lain
- Rukuk yang panjang
- Iktidal
- Sujud yang panjang
- Duduk antara dua sujud
- Sujud yang panjang
- Bangun dari sujud
- Rakaat kedua diulangi seperti rakaat pertama
- Diakhiri dengan tasyahud akhir dan salam.
Ketika rukuk dan sujud yang panjang, anda hanya perlu membaca tasbih seperti dalam solat fardu.
Solat Sunat Gerhana Bulan ini yang dilakukan dua rakaat dan mempunyai empat bacaan Al-Fatihah, empat kali rukuk dan empat kali sujud.
Anda nak laksanakan solat sunat gerhana ini bersendirian pun boleh juga tetapi lebih afdalnya jika dilakukan secara berjemaah.
Sunat juga untuk membaca dua khutbah selepas selesai solat sunat tersebut.
Solat ini merupakan Sunat Muakkad dan boleh dilakukan bermula dari berlakunya gerhana sehingga tamat gerhana.
BACA JUGA: Fenomena ‘Supermoon’ Bakal Hiasi Langit Malaysia Petang Esok, 13 Julai
BACA JUGA: Fenomena Gerhana Bulan Paling Lama Dijangka Berlaku Pada 19 November Ini
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
— JAWI Official (@myJAWIKL) November 8, 2022
1.Niat & Takbiratul Ihram
2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain
3.Ruku' Yang Panjang
4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain
5.Ruku' Yang Panjang & Iktidal
6.Sujud Yang Panjang
7.Duduk Antara 2 Sujud
(Bersambung di thread) pic.twitter.com/VQ4W7g7L98
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.