Now Reading
Ini 3 Langkah Mudah Untuk Kitar Semula Air Di Rumah. Guna Air Basuh Beras Pun Boleh!

Ini 3 Langkah Mudah Untuk Kitar Semula Air Di Rumah. Guna Air Basuh Beras Pun Boleh!

Air basuhan beras dan juga dari mesin basuh boleh digunakan semula dalam kehidupan seharian. Jangan buang ya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Malaysia merupakan negara yang terletak di garisan Khatulistiwa dan menerima purata hujan yang agak banyak dalam tempoh setahun.

Jadi, masalah tiada bekalan air tidak terlalu menjadi kebimbangan masyarakat. Tetapi isu ini akan mula mendapat perhatian kerana seluruh dunia dijangka akan berdepan masalah kemarau pada masa akan datang.

Berikutan perubahan iklim, banyak tempat di Malaysia telah mula merasai bahang kemarau. Malah, negara ini juga telah bersiap sedia apabila menjangkakan kemarau besar bakal berlaku pada tahun 2025.

BACA JUGA: Malaysia Too Faces Climate Change Issues, Here’s How IWK Offers To Be Part of the Solution

Sumber: Shafwan Zaidon/Malay Mail

Di Malaysia, walaupun bekalan air mudah didapati dan juga murah tetapi itu tidak bermakna kita boleh sesuka hati membazirkan penggunaanya.

Memetik laporan Malay Mail, Malaysia mempunyai kadar penggunaan air yang sangat tinggi iaitu 219 liter untuk setiap individu setiap hari. Boleh dikatakan kadar ini telah melebihi jumlah yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu 160 liter sehari.

3 Langkah Mudah Untuk Kitar Semula Air

Bagi mengelakkan pembaziran, apa kata kita cuba amalkan langkah mudah untuk mengitar semula penggunaan air dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh diamalkan:

1. Tadah Air Hujan Dalam Baldi

Setiap kali anda tengok cuaca macam nak hujan, terus siap-siap letak baldi atau tong sampah berplastik kosong di luar rumah atau balkoni. Memang orang zaman dulu pun buat macam ini juga untuk dapatkan bekalan air bersih.

Walaupun air hujan ini bersifat semula jadi, tetapi berkemungkinnan ia telah bercampur dengan debu atau bahan kimia yang berada di ruangan udara.

Jadi, tadahan air hujan ini hanya digalakkkan untuk kegunaan luaran seperti membasuh kereta, menyiram pokok dan sebagainya.

Elakkan dari menggunakan air tadahan hujan itu dalam masakan atau minuman harian ya.

Sumber: Freepik

NOTA KAKI: Malaysia juga mudah terdedah dengan penyakit Denggi. Jadi, kami nasihatkan anda untuk tidak membiarkan air tadahan itu terdedah di ruangan terbuka terlalu lama. Kalau boleh, tutup dengan apa-apa penutup yang sesuai.

2. Guna Air Basuhan Nasi Untuk Tujuan Kecantikan

Kalau anda perasan, kebanyakan barangan kecantikan buatan Asia menggunakan air beras sebagai salah satu bahan mereka.

Memandangkan kita semua makan nasi setiap hari, apa kata anda manfaatkan air basuhan beras itu menjadi produk kecantikan dalam rutin harian. Menarik juga kan?

Sumber: Envanto

Air basuhan beras sebenarnya amat berfaedah kepada kulit mempunyai kandungan nutrien dan mineral yang tinggi.

Antara faedahnya adalah boleh mencerahkan kulit, bertindak sebagai anti-penuaan, menghalang kerosakan kulit dan melindungi daripada sinaran matahari.

Selain itu, anda juga boleh sapukan terus air beras itu pada kulit anda dengan botol semburan.

Sumber: jcomp/Freepik

Selain untuk tujuan penjagaan kulit wajah, air beras ini juga boleh digunakan untuk menguatkan dan melembutkan rambut.

Jadi setiap kali selepas membasuh beras, jangan buang ya air basuhan itu. Letak dalam bekas kerap udara dan simpan di dalam peti sejuk.

Sumber: Freepik

3. Guna Semula Air Basuhan Mesin Basuh

Selama ini anda mungkin terfikir air yang digunakan dalam mesin basuh adalah kotor dan tidak boleh digunakan kerana sudah bercampur dengan kotoran serta sabun.

Untuk pengetahuan anda, air di dalam mesin basuh itu dipanggil sebagai ‘grey water’ dan masih boleh digunakan semula bergantung kepada di mana anda meletakkan mesin tersebut.

Contohnya air basuhan itu boleh digunakan untuk menyental lantai tandas. Anda juga boleh menggunakannya untuk membersihkan mangkuk tandas.

Tapi kalau nak basuh mangkuk tandas, jangan masukkan air itu di dalam tangki kerana dikhuatiri boleh merosakkan beberapa alatan.

Sumber: Fernando Fong/TRP

Jika mesin basuh anda mengalirkan air keluar dari rumah anda, mungkin boleh menggunakannya untuk menyiram pokok atau tanaman.

Sebelum itu, anda perlu memastikan air tersebut tidak mempunyai bahan kimia seperti pelembut pakaian dan juga peluntur kerana bimbang boleh merosakkan tanaman.

Sumber: Envanto

Dalam kehidupan seharian kita, kebanyakan bekalan air digunakan untuk tujuan bukan diminum seperti mandi, mencuci tandas, membasuh tangan dan peralatan, mencuci kereta dan sebagainya.

Jadi gunakanlah bekalan air yang ada dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan pada masa sama boleh menjaga alam sekitar.

BACA JUGA: Rakyat Selangor Nak Air Percuma? Jom Semak 3 Syarat Skim Air Darul Ehsan

BACA JUGA: Lelaki Gigih Buat Kolam Sendiri Demi Nak Simpan Bekalan Air


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd