Now Reading
Kerusi Lipat, Beg Tidur & 7 Lagi ‘Camping Starter Pack’ Untuk Yang Kali Pertama

Kerusi Lipat, Beg Tidur & 7 Lagi ‘Camping Starter Pack’ Untuk Yang Kali Pertama

Antara barangan penting yang perlu dibawa untuk berkhemah adalah kit bantuan kecemasan dan juga dapur gas mudah alih.

Nak Pergi Berkhemah_ Ini 9 'Checklist' Penting Yang Anda Perlu Bawa (9)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Aktiviti berkhemah merupakan antara hobi sesetengah masyarakat untuk menenangkan diri pada hujung minggu selepas penat menghadap kerja di pejabat.

BACA JUGA: 10 Lokasi Yang Best Untuk ‘Camping’ Sekitar Malaysia

Selain dapat merehatkan fikiran dengan menikmati suasana alam sekitar, mana tahu dapat buat kawan baru dengan pengunjung yang lain juga kan?

Kepada anda yang pertama kali dan ingin mencuba aktiviti berkhemah ini, jom kami kongsikan beberapa senarai barangan penting yang perlu dibawa bersama.

Antaranya:

1. Khemah

Sumber: PMVCS

Macam nak berkhemah kalau tak ada khemah, betul tak? Ini memang benda paling wajib kena bawa.

Zaman sekarang ini memang banyak jenis khemah yang dijual. Dari saiz untuk seorang sehingga boleh muat satu keluarga, semuanya ada. Yang penting, kena pastikan khemah itu kukuh dan selamat untuk diduduki.

2. Alas Bumbung Khemah

Sumber: Ekspolarasi Sabah

Walaupun khemah sudah tertutup, tetapi penting juga untuk kita memasang alas pada bumbung yang juga dikenali sebagai ‘fly sheet’. Alas ini berfungsi seperti bumbung tambahan kepada khemah.

Ketika waktu panas atau hujan, sekurang-kurangnya alas ini dapat menghalang cuaca tersebut daripada menembusi terus ke dalam khemah.

3. Alas Tapak Yang Kalis Air

Sumber: AliExpress/Alibaba

Selain menjaga atap khemah, tapaknya juga perlulah sentiasa kering bagi memastikan kawasan tempat rehat dan tidur kita tidak terjejas serta selamat. Oleh itu, alas tikar yang kalis air juga merupakan salah satu barang penting yang perlu dibawa ketika berkhemah.

4. Beg Tidur

Sumber: Thermarest

Kepada mereka yang ingin berkhemah dalam tempoh beberapa hari, beg tidur yang selesa memang sangat penting. Kalau tidak, tak lena kita nak tidur nanti.

Senang bila ada beg tidur atau ‘sleeping bag’ ini kerana anda tak perlu nak bawa toto, bantal atau selimut. Tapi kalau nak lagi selesa, boleh juga bawa bantal yang diisi dengan angin (air pillow).

Ada beg tidur ini pun sudah boleh nyenyak tidur sambil dengan bunyi air sungai.

5. Kerusi Dan Meja Lipat

Sumber: Shopee Malaysia/ Tress And Sun Outdoor Shop

Aktiviti berkhemah tanpa kerusi dan meja lipat memang tidak lengkap.

Kalau anda ada kerusi lipat pun sudah memadai. Bolehlah menikmati suasana dan pemandangan alam sekitar sambil mendengar bunyi burung berkicauan. Wah seronok!

Tapi kalau ada meja lipat pun okey juga kan? Senang sikit nak makan atau bermain kad dengan kawan-kawan.

6. Lampu Mudah Alih

Sumber: Shopee Malaysia/Made-in-China

Walaupun sedang dalam mood menikmati suasana flora dan fauna, tetapi kalau berkhemah tak ada lampu susah juga. Nak cari barang dalam beg pun agak leceh.

Jadi, bawalah bersama lampu mudah alih yang boleh berfungsi dengan baik ketika berkhemah. Jangan lupa juga bawa bateri tambahan. Risau kalau tiba-tiba lampu terpadam waktu tengah malam.

7. Dapur Kecil Mudah Alih

Sumber: Outdoor Living

Walaupun sudah ada pek makanan yang sedia untuk dimakan dan sesuai dibawa untuk aktiviti berkhemah, tetapi terfikir juga macam mana kalau tiba-tiba teringin nak makan mi segera?

Kebetulan pula baru lepas mandi sungai. Dapat hirup kuah mi segera yang panas memang layan! Sebab itulah dapur gas mudah alih juga perlu masuk dalam senarai barangan penting anda.

8. Alatan Memasak

Sumber: Lazada/ Outdoor Life

Kalau sudah bawa dapur gas, mestilah perlu bawa alatan memasak seperti periuk kecil, sudip dan sebagainya.

Bawa yang saiz mini pun sudah cukup. Jangan pula bawa kuali besar macam nak masuk kenduri ya. Menangis nak bawa naik masuk hutan nanti.

9. Kit Bantuan Kecemasan

Sumber: Eureka Camping

Boleh dikatakan hampir kesemua kawasan perkhemahan adalah di dalam hutan dan jauh dengan bandar.

Jadi sebagai langkah bersiap sedia, kit bantuan kecemasan juga perlu dibawa bersama sekiranya berlaku sebarang kemalangan tidak diingini.

Antara barangan yang perlu ada dalam kit ini adalah seperti:

  • Pembalut luka (bandage)
  • Plaster
  • Kain anduh
  • Kapas
  • Gunting
  • Krim pemanas
  • Larutan iodin kuning (Povidone iodine) yang berfungsi sebagai antiseptik bagi membunuh kuman di kawasan luka.
  • Ubat-ubatan seperti paracetamol dan ubat gastrik.

Kepada anda yang ingin melakukan aktiviti berkhemah pada hujung minggu ini bersama rakan-rakan atau ahli keluarga, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Jabatan Perhutanan Selangor bakal menutup beberapa hutan simpanan kekal selama tiga bulan.

Penutupan itu yang bakal dilaksanakan mulai 1 November 2022 sehingga 31 Januari 2023 adalah ekoran musim tengkujuh yang akan melanda Malaysia tidak lama lagi.

BACA JUGA: Hutan Simpan Kekal Di Selangor Ditutup 3 Bulan Untuk Pendaki Mulai November


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd