Now Reading
Hampir 650,000 Bantah GEG, Kerajaan Digesa Pertimbang ‘Suara’ Rakyat Malaysia

Hampir 650,000 Bantah GEG, Kerajaan Digesa Pertimbang ‘Suara’ Rakyat Malaysia

Menurut Presiden Malaysian Singapore Coffeeshop Proprietors’ General Association (MSCSPGA), GEG bakal menjejaskan industri peruncitan dan sektor ekonomi.

GEG

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Undang-undang adalah peraturan yang digubal oleh kerajaan supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain melalui satu proses perbincangan dengan mengambil kira pertikaian di antara pihak berkepentingan supaya ia adil dan saksama.

Undang-undang adalah inisiatif yang membentuk generasi sesebuah negara and perlu digubal dengan teliti supaya tidak menjejaskan keharmonian masyarakat masa hadapan.

Kebelakangan ini, kita dapat melihat pelbagai reaksi telah timbul sekitar Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Kredit: The Rakyat Post

Sudah tentu RUU ini disambut baik oleh ramai pihak kerana ia membawa tujuan utama iaitu mengekang tabiat merokok. Namun, kita tidak boleh mengabaikan setiap persoalan yang dibangkitkan berkaitan RUU ini antaranya dari pihak industri dan juga pihak berkepentingan.

Khairy Jamaluddin telah membentangkan RUU tersebut dan memperuntukkan cadangan Generational End Game (GEG) atau generasi penamat yang tidak membenarkan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya daripada menggunakan, menghisap mahupun memiliki sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik.

Bagaimanapun, RUU tersebut ditangguhkan dan telah dirujuk semula kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) untuk diperhalusi.


Bantah GEG: Industri Peruncitan Bakal Terjejas.

Kredit: Utusan Malaysia

Melalui satu maklum balas daripada tinjauan pendapat yang dijalankan oleh badan pemikir tempatan, Datametrics Research and Information Sdn Bhd (DARE), lebih 150 responden daripada industri runcit Malaysia telah berkongsi kebimbangan mereka terhadap pelaksanaan dasar Generation Endgame (GEG).

Tinjauan tersebut hasil daripada maklum balas daripada pengendali rangkaian runcit utama, petromart dan kedai runcit di Malaysia. Berdasarkan keputusan tersebut, majoriti golongan yang dikaji mengatakan bahawa mereka kurang maklumat mengenai GEG dan tidak bersedia dengan pelaksanaan dasar tersebut.

Majoriti daripada responden menyedari bahawa bahawa tanggungjawab untuk menguatkuasakan GEG akan jatuh ke atas mereka. 86% daripada responden mengatakan bahawa dasar itu akan menambah kerumitan pada perniagaan mereka.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa peruncit belum diberi taklimat atau dirujuk mengenai GEG dan proses dan prosedur pelaksanaannya.

89% berpendapat bahawa mereka harus dirujuk sebelum sebarang pelaksanaan dasar. Responden juga percaya bahawa dasar itu tidak akan menghalang orang ramai daripada merokok.

Kajian kami juga menunjukkan bahawa bukannya berhenti merokok, peruncit percaya bahawa perokok dalam kelompok GEG nanti akan sama ada menggunakan rokok haram (89%), meminta seseorang ‘sah’ membeli rokok untuk mereka (70%), atau lebih membimbangkan beralih kepada rokok berbahaya lain atau bahan seperti dadah (34%). Ini jelas menunjukkan bahawa hala tuju GEG tidak akan mencapai matlamatnya kerana ia akan mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan kepada masyarakat dan industri. Tinjauau ini juga mendapati, 62% responden berkongsi bahawa GEG harus ditangguhkan.

Pengarah Urusan DARE, Pankaj Kumar.

Bantah GEG: Kerajaan Digesa Pertimbangkan Pandangan Semua Pihak.

Dalam pada itu, baru-baru ini gabungan NGO berkaitan peruncitan dan industri makanan dan minuman telah mengadakan satu sidang media untuk menyatakan kebimbangan mereka berkaitan GEG.

Gabungan tersebut terdiri daripada The Malaysian Singapore Coffeeshop Proprietors’ General Association (MSCSPGA), Malaysian Indian Restaurant Owners Association (PRIMAS), Malaysian Muslim Restaurant Owners Association (PRESMA) dan Federation of Sundry Goods Merchants Associations Malaysia (FSGMAM).

Ia menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) melibatkan mereka dalam perbincangan dan penglibatan secara menyeluruh mengenai cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok (GEG).

Menurut Wong Teu Hoon, Presiden Malaysian Singapore Coffeeshop Proprietors’ General Association (MSCSPGA), GEG bakal menjejaskan industri peruncitan dan sektor ekonomi.

Oleh yang demikian, sewajarnya kerajaan mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang berada dalam linkungan tersebut.

Sehingga kini, kami tidak dirujuk mengenai Rang Undang-undang GEG dan tidak menerima sebarang taklimat mengenai pelaksanaan langkah-langkah yang dicadangkan seperti yang dilaporkan dalam media. Kami menyokong agenda KKM dalam mengurangkan jumlah perokok di Malaysia. Apa yang kami minta adalah untuk dirujuk dan untuk pandangan kami didengari. Kami berharap supaya dapat dijemput untuk berkongsi pendapat kami.

Wong Teu Hoon, Presiden Malaysian Singapore Coffeeshop Proprietors’ General Association (MSCSPGA).

Rakyat Malaysia Turut Bantah Perlaksanaan GEG.

GEG
Kredit: Malaysia Bersuara

Bukan sahaja industri, rakyat Malaysia juga menyatakan keraguan terhadap perlaksanaan GEG apabila lebih 645,055 (setakat 27 September 2022) telah menandatangani petisyen yang dilancarkan oleh portal Malaysia Bersuara sejak Julai lalu.

Kepada mereka yang ingin turut serta menyatakan pandangan boleh tunjukkan sokongan anda menerusi LINK INI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd