Now Reading
Nak Timba Ilmu Secara Online? Boleh Cuba 5 Website Ini Untuk ‘Self Learn’

Nak Timba Ilmu Secara Online? Boleh Cuba 5 Website Ini Untuk ‘Self Learn’

Kalau nak ‘self learn’ secara online ini senang je. Hanya perlu masa, gajet, dan kemahuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Golongan pelajar mahupun yang sudah bekerja perlu diingatkan bahawa ilmu merupakan sesuatu yang tidak akan pernah habis untuk dituntut. Belajarlah setinggi mana pun, anda tidak akan khatam dalam menuntut ilmu.

Sebab itulah wujudnya frasa, ‘Knowledge is power’. Memang betul power.

Dengan ilmu, pelbagai perkara anda boleh lakukan di dunia ini. Boleh melakukan pekerjaan sambilan, menjana pendapatan sampingan, mengajar, mencurahkan ilmu buat adik-adik atau rakan, dan sebagainya.

Pendek kata, tiada limit untuk anda.

BACA JUGA: 5 Tips Jana Pendapatan Dengan Belajar Teknik Copywriting Dengan Betul

Guna 5 Website Ini Untuk Timba Ilmu

Untuk mereka yang sering berada di hadapan komputer/telefon/tab setiap hari, apa kata anda manfaatkan waktu-waktu terluang untuk mempelajari skil baharu menerusi internet.

Seperti perkongsian Fezza Hussin menerusi Twitter, dia telah menyenaraikan 5 website ini untuk kita self learn beberapa perkara melalui internet. Tak perlu guru, tak perlu ‘set’ masa yang tertentu dan tiada limit berapa lama anda boleh belajar. Bila-bila masa, di mana jua.

Masa tak terbuang, ilmu pun dapat. Untung, kan?

1. Duolingo

Website ini sesuai untuk anda yang ingin mempelajari bahasa baru. Sesiapa yang boleh menguasai banyak bahasa, memang akan laku dalam pasaran kerja dan siapa tahu boleh menerima peluang untuk bekerja di luar negara pula.

LINK: https://www.duolingo.com/

2. Marketing Examples

Jika anda seseorang yang sukakan marketing, boleh belajar basic tentang marketing menerusi website ini. Ia diterangkan secara ringkas dan santai. Nak faham pun senang.

Website ini merangkumi pembelajaran tentang marketing, sosial, kreatif, konten, dan sebagainya.

LINK: https://marketingexamples.com/

3. Uxcel

Uxcel merupakan interactive platform untuk anda belajar skil design. Malah, anda juga boleh meraih ilmu serta berhubung/belajar dengan pakar design di seluruh dunia. Kalau dapat yang pro, untunglah boleh dapat ilmu dan tips daripada mereka.

Kalau anda nak mulakan karier design anda, boleh mula dari sini.

LINK: https://uxcel.com/

4. Khan Academy

Khan Academy ini menyediakan latihan secara video, personalized learning dashboard untuk memberikan kebebasan buat para pelajar mengikut rentak mereka tersendiri di dalam dan luar bilik darjah.

Pendek kata, kalau tak faham tak apa. Ambil masa anda sendiri untuk memahami apa yang dipelajari sehingga boleh master.

LINK: https://www.khanacademy.org/

5. YouTube Channel: Che Nom

Untuk anda yang belum pandai memasak ataupun tiada ‘guru’ yang boleh bantu anda menguasai skil ini, jangan bimbang. Di internet sekarang terlalu banyak video tutorial memasak dimuat naik menerusi Instagram, YouTube, Facebook, Twitter, dan sebagainya.

Kalau nak pro, kenalah cuba memasak hari-hari, kan?

Anda boleh cuba buka saluran YouTube Che Nom untuk belajar memasuki dunia memasak ini. Pilih resepi yang mudah dahulu, jangan terus buat Masak Lemak Cili Padi dan sebagainya, pilih menu simple je.

LINK: https://resepichenom.com/


Kalau nak belajar tanpa alasan, guna telefon pun sudah memadai. Yang penting ada niat untuk menimba ilmu dan memanfaatkan waktu-waktu yang terluang. Dan semestinya, perlu konsisten. Jangan half-way!

Good luck korang semua. 🙂

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Pendapat Tentang Keperluan Untuk Sambung Belajar Ke Peringkat PhD


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd