Now Reading
Hadir Kursus Kahwin & 7 Lagi Prosedur Sebelum Hantar Borang Nikah Ke PAID

Hadir Kursus Kahwin & 7 Lagi Prosedur Sebelum Hantar Borang Nikah Ke PAID

Borang nikah penting untuk membolehkan anda mendapatkan Surat Benar Kahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

9 Langkah Penting Sebelum Hantar Borang Nikah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perkahwinan adalah perkara yang sangat dituntut kerana ianya dikira juga sebagai satu ibadah bagi umat Islam. Malah terdapat hadis yang menyatakan bahawa mereka yang berkahwin telah pun menyempurnakan separuh dari agamanya.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

,إِذَا تَزَوَّجَ العَبْدُ فَقَدْ كَمَّلَ نِصْفَ الدِّيْنِ ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ البَاقِي

“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah SWT pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman)


Prosedur penting sebelum menghantar borang nikah

Di Malaysia, seseorang yang ingin berkahwin perlu melakukan beberapa prosedur penting yang bermula dengan borang nikah.

Buat mereka yang pertama kali ingin mendirikan rumah tangga mungkin akan terpinga-pinga dengan prosedur yang perlu dilakukan.

Sumber: Berita Harian

Jangan risau, perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@dewirosliiii) boleh membantu anda di luar sana yang bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi.

Langkah-langkah sebelum menghantar borang nikah adalah seperti berikut:

  • Menghadiri kursus pra-perkahwinan.
    • Kursus perkahwinan ini kebiasaannya perlu dihadiri secara fizikal selama dua hari dengan bayaran tertentu mengikut lokasi anda. Di akhir kursus, anda akan menerima sijil kursus pra-perkahwinan.
  • Mengisi maklumat diri dan pasangan menerusi laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM)
    • Permohonan Kebenaran Berkahwin Online menerusi SSPIPM buat masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Johor dan Selangor sahaja.
  • Buat ujian HIV di mana-mana klinik kesihatan.
    • Borang untuk mengisi ujian HIV ini perlu dimuat turun dari laman web SSPIM dan jangan ambil secara sebarangan dari Google.
    • Banyak permohonan ditolak kerana borang ujian HIV mereka tiada nombor siri pendaftaran.
  • Pihak lelaki perlu melengkapkan borang dan meminta cop daripada kariah. Selepas selesai, borang tersebut perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
    • Sekiranya pihak lelaki dan perempuan berada dalam daerah yang sama, langkah ini boleh diabaikan. Bila pihak perempuan sudah selesai mengisi maklumat, pihak lelaki dan perempuan boleh sama-sama ke PAID.
  • Pihak lelaki perlu menyerahkan SEMUA borang kepada pihak perempuan.
  • Pihak perempuan pula akan melengkapkan borang dengan membawa wali berjumpa dengan kariah.
  • Setelah borang diisi dengan lengkap, kesemua borang perlu dihantar semula ke PAID.
  • Selepas permohonan diluluskan, anda akan menerima Surat Benar Kahwin.

Untuk memudahkan urusan anda dan calon pilihan hati, lebih baik buat ‘checklist’ dari awal sehingga akhir segala prosedur.

Risau pula sekiranya terlepas satu prosedur akan melambatkan urusan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan. Buat anda yang bakal berkahwin tidak lama lagi, semoga dipermudahkan segala urusan.

BACA JUGA: Doorgift & Menu Kenduri Kahwin/Open House Yang Menarik. Dapat Timun Pun Ada!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd