Now Reading
Ini 6 Cara Untuk Elak Maklumat Digodam Ketika Guna Internet

Ini 6 Cara Untuk Elak Maklumat Digodam Ketika Guna Internet

Bagi menjamin keselamatan anda secara online, berikut ialah beberapa cadangan mudah untuk menjana kata laluan, memasang perisian antivirus dan menggunakan VPN.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, kes penipuan melibatkan scammer semakin berleluasa dan agak merisaukan juga kerana ada mangsa yang dipercayai mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.

Menurut IMoney, kegiatan scammer mengakses akaun dan mencuri wang mangsa menjadi lebih mudah apabila ramai rakyat Malaysia melakukan transaksi melibatkan perbankan dalam talian serta pelaburan.

Nak mengamalkan sikap berhati-hati ini boleh jadi sesuatu yang mencabar dan memakan masa. Tetapi dengan tips yang kami berikan di bawah sedikit sebanyak dapat membantu anda daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Antara tips yang boleh digunakan adalah seperti:

1. Guna kata laluan yang kompleks

Sumber: Malay Mail

Kebiasaannya apabila kita nak buka apa-apa akaun, kata laluan adalah benda paling ‘waijb’ untuk memastikan keselamatan data pengguna. Tapi ramai yang ambil mudah dengan kepentingan untuk mencipta kata laluan.

Apabila menjana kata laluan untuk akaun anda, pastikan gabungan nombor, simbol dan huruf termasuklah kedua-dua huruf besar dan huruf kecil dimasukkan sekali.

Sebagai contoh, “Forever” boleh ditulis sebagai ” F0reV@R”.

Jangan sekali-kali menggunakan nama tengah anda, nama pelakon kegemaran atau apa-apa maklumat yang mudah diteka oleh orang lain.

Cadangan lain adalah anda boleh menggunakan kata laluan yang berbeza bagi setiap akaun. Kalau scammer boleh akses akaun anda, sekurang-kurangnya hanya satu akaun sahaja yang digodam.

2. Jangan dedahkan maklumat peribadi di media sosial

Sumber: Freepik/jcomp

Jangan memuat naik maklumat peribadi di media sosial seperti alamat tempat tinggal anda, tarikh lahir atau nama ibu bapa. Bahaya!

Sekiranya penggodam menemui maklumat ini, mereka boleh menggunakannya untuk mengakses akaun dan yang paling teruk, mereka boleh mencuri identiti anda.

3. Jangan buka e-mel, fail atau SMS dari individu tidak dikenali

Sumber: Freepik/redgreystock

Selalunya scammer yang mahu menggodam data seseorang akan menggunakan e-mel atau menghantar mesej ‘pelik’ untuk mencuri maklumat.

Jika anda menerima e-mel daripada seseorang yang tidak dikenali atau mereka yang dikenali dengan mesej mencurigakan, terus je masukkan dalam spam.

4. Elakkan dari guna rangkaian Wi-Fi awam

Sumber: Freepik

Ingat, guna hotspot peribadi apabila berada di luar. Wi-Fi awam seperti yang terdapat di restoran, hotel dan lapangan terbang selalunya tidak selamat.

Kalau anda menggunakannya juga, ianya boleh memudahkan penggodam untuk mengakses maklumat peribadi. Kalau betul-betul terdesak, baru guna. Tapi kena berhati-hati juga ya.

5. Gunakan VPN bersama-sama dengan sambungan Wi-Fi anda

Sumber: Freepik

Dengan adanya VPN, ia akan menghubungkan peranti dan talian Internet dengan lebih selamat dan dapat menghalang sesiapa daripada memantau aktiviti atau mengakses data melalui sambungan internet anda.

Nak tahu lima VPN terbaik utuk tahun 2022? Boleh klik [DI SINI].

6. Tutup Bluetooth

Sumber: Freepik/macrovector

Sekumpulan penyelidik mendapati bahawa penggunaa Bluetooth mudah terjejas dan boleh dimanipulasi.

Dengan kelemahan sambungan Bluetooth ini, seseorang boleh dapat mendengar komunikasi Bluetooth di kawasan berdekatan dan menukar kandungan mereka.

Tapi itu tak bermaksud anda kena ‘boikot’ Bluetooth. Boleh pakai tapi segera mematikannya jika tidak lagi digunakan secara aktif. Alang-alang itu boleh menjimatkan bateri telefon juga.


Sekiranya maklumat peribadi kita jatuh di tangan orang yang tidak bertanggungjawab, tidak mustahil mereka boleh menyalahgunakan data itu untuk perkara yang tidak sepatutnya.

BACA JUGA: Scammer Guna Taktik Godam Telegram Ahli Keluarga Untuk Tipu Mangsa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd