Kenapa Salur Darah Manusia Di Kulit Warna Hijau?
Salur darah yang dekat di kulit lebih banyak salur darah vena. Salur darah ini membawa darah terdeoksigen (deoxygenated blood) yang mana darah banyak membawa carbon dioksida (CO2).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pasti anda tertanya-tanya, mengapakan salur darah kita dilihat pada kulit berwarna hijau dan bukan merah?
Jangan keliru lagi kerana seorang Pakar Perubatan yang juga Pengasas kepada MedTweetMY iaitu Khairul Hafidz tampil perjelas bagaimana perkara ini berlaku sebenarnya.
Beliau menerusi rangkaian tweets memberi pencerahan bahawa salur darah yang dilihat berwarna hijau itu adalah kerana perbezaan panjang gelombang atau dikenali sebagai different wavelength.
Jika manusia melihat darah secara terus, darah lebih banyak memantulkan cahaya merah. Sebab itulah darah nampak berwarna merah.
“Salur darah yang dekat di kulit lebih banyak salur darah vena. Salur darah ini membawa darah terdeoksigen (deoxygenated blood) yang mana darah banyak membawa carbon dioksida (CO2).
“CO2 banyak memantulkan cahaya biru. Manakala kulit dan lemak di bahagian kulit pula banyak memantulkan cahaya kuning,” jelasnya.

Jika dalam teori campuran warna, biru dan kuning akan menghasilkan warna hijau. Sebab itulah kita dapat melihat salur darah kita berwarna hijau.
Salur darah yang lebih dekat dengan kulit lebih banyak memantulkan cahaya biru. Sebab itu ada juga salur darah vena kita kalau lihat di kulit berwarna biru.
Mengapa ada salur darah kita lihat di kulit berwarna hijau?
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 20, 2022
Ini adalah kerana perbezaan panjang gelombang (different wavelength).
Jika kita melihat darah secara terus, darah lebih banyak memantulkan cahaya merah, sebab itu darah nampak berwarna merah. pic.twitter.com/JzRyZypU2P
Ramai Yang Baru Tahu, (kami pun).
Persoalan ini telah timbul beberapa masa yang lalu, walau bagaimanapun mungkin tidak ramai yang ada perasaan ‘ingin tahu’ tentang perkara seperti ini.
Malah, menjengah di media sosial, ramai juga yang baru tahu rupanya.
Oooo kuuu baruuu tahuu the real meaning of the green veins 🤓 https://t.co/ivOmSjMajw
— ☀ (@njwsbrnz) September 21, 2022
Baru terpikiaq haritu dalam toilet, dah timbul jawapan😂 https://t.co/njTTunnNu5
— 阿齐玛 ⚯͛ (@JimahArshad) September 21, 2022
Just know this fact after 23 years😂, ingatkan urat tu mmg colour biru https://t.co/vKeowhRh7x
— nbll_zn (@nbll_zn) September 20, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.