Now Reading
Jom “Teroka” Pelbagai Jenama Lokal Terbaik Sempena Hari Malaysia Ini

Jom “Teroka” Pelbagai Jenama Lokal Terbaik Sempena Hari Malaysia Ini

Banyak bakat tempatan dapat membuktikan bahawa mereka juga mampu mengharungi pelbagi cabaran yang dihadapi beberapa tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Malaysia mempunyai banyak bakat baharu yang sanggup untuk mencuba kelainan dan melangkaui batasan demi mencapai matlamat mereka.

Walaupun menghadapi tempoh yang sukar sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kadar inflasi yang melambung tinggi dan diuji dengan pandemik, kebanyakan wanita di Malaysia bersungguh-sungguh dalam perniagaan dan berani menghadapi cabaran dengan tabah.

Platform inovatif seperti Grab telah banyak memanfaatkan jenama tempatan dari segi memajukan perniagaan mereka dan menyediakan pengalaman pembayaran yang lebih lancar kepada para pelanggan.

TRP telah menemubual empat wanita Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kejayaan mereka sebagai seorang usahawan.

Terokai maksud ‘tempatan’ menerusi fesyen dan kecantikan

Sumber: Hanya

Bagi pengasas bersama Hanya Veen Dee Tan, pengalamannya bekerja dalam industri fesyen tempatan sebelum ini telah membantu membentuk visinya untuk jenama tersebut. Kemahuannya juga kuat untuk mencipta jenama yang boleh mengangkat industri fesyen Malaysia di mata dunia.

Saya mahu orang Malaysia bangga memakai jenama tempatan.

Veen Dee, Pengasas bersama Hanya.

Hanya adalah jenama yang dengan bangganya memberi kesedaran tentang fesyen bersifat mesra alam. Dari pengalamannya, Veen Dee mendapati bahawa terdapat banyak metrik perlu dipatuhi untuk menggelar sesuatu jenama yang ‘mampan’.

Oleh itu, bagi mendidik rakan seangkatan serta orang ramai dengan apa yang dimaksudkan sebagai lestari, Hanya mengambil langkah yang lebih waspada untuk memastikan mereka tidak mendakwa atau “claim” sesuatu yang tidak membawa imej sebenar mereka.

Tetapi itu tidak bermakna Hanya tidak bergerak ke arah mewujudkan Bumi menjadi lebih hijau.

Mereka menggunakan 100% pembungkusan biodegradasi dan barangan kitar semula yang mempunyai kadar jualan rendah untuk mencipta barangan baharu, sekali gus menghapuskan keperluan untuk melupuskan barangan tersebut dengan cara yang merosakkan alam sekitar.

Sumber: Ulu Soleil

Ulu Soleil adalah satu lagi jenama Malaysia yang menjurus ke arah kemampanan. Dengan 100% ‘vegan’ dan ‘cruelty-free’, Ulu Soleil adalah produk baharu kepada Sophia Khan serta suaminya Dan Mclean yang baru sahaja bersama-sama memulakan jenama berkenaan pada November 2021.

Semasa kehamilannya, Sophia mendapati bahawa mentega shea adalah satu-satunya bahan yang berkesan bagi mengekalkan kesihatan kulitnya dan mengurangkan kesan parut.

Dengan itu, dia memutuskan untuk membawa balm badan yang diperbuat daripada mentega shea dan bahan aktif seperti retinol dan asid hyaluronik ke dalam pasaran tempatan.

Balm badan mereka datang dalam batang tiub menggunakan 100% pembungkusan daripada kertas. Mentega shea berasal dari Afrika Barat, tetapi semuanya dihasilkan secara tempatan.

Terdapat persepsi dalam kalangan penduduk tempatan bahawa pengeluaran mengeluarkan di luar negara adalah lebih murah dan cekap. Tetapi sebenarnya, Malaysia sebenarnya juga berkebolehan dalam hal pembuatan.

Sophia Khan, Pengasas Ulu Soleil.

Ramai pelanggan memberi maklum balas bahawa produk dan pembungkusan mereka kelihatan seolah-olah keluaran antarabangsa dan bukan seperti jenama Malaysia, walaupun pada hakikatnya semua pereka produk mereka adalah rakyat Malaysia.

Kenapa produk Malaysia tidak boleh kelihatan seperti ini? Mengapa produk Malaysia tidak boleh bersaing dengan produk Perancis? Rakyat Malaysia pun boleh. Kita sebenarnya boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Dan Mclean dan Sophia Khan, Pengasas Ulu Soleil.

Selesa dengan kulit masing-masing

Sumber: Liberty Active

Liberty Active adalah jenama activewear yang dikeluarkan oleh Becca Yap dan rakan serta bekas rakan sekerjanya pada tahun 2017.

Ketika mencari pilihan activewear untuk dipakai, mereka mendapati bahawa kebanyakan jenama menunjukkan orang yang aktif bersukan sahaja boleh mengenakan pakaian jenis ‘sporty’.

Dengan latar belakang fesyen yang dimiliki, mereka mula mencipta jenama pakaian tersendiri yang memperkasakan wanita dari semua saiz di Malaysia dan menjadikannya boleh dipakai untuk gim serta kasual.

Malah, mereka adalah salah satu daripada beberapa jenama yang memenuhi keperluan serta kehendak wanita bersaiz besar.

Kami mendapati bahawa kehidupan yang cergas boleh menyatukan komuniti terutamanya dalam kalangan wanita.

Becca Yap, Pengasas bersama Liberty Active.

Mereka juga bekerjasama dengan Refuge for the Refugees semasa pandemik dan sebahagian daripada keuntungan telah didermakan kepada organisasi berkenaan. Bendera Malaysia dicetak pada setiap set untuk menaikkan semangat dalam kalangan rakyat Malaysia bagi membantu antara satu sama lain ketika sedang menghadapi waktu sukar.

Walaupun mereka tidak 100% mampan, mereka mengambil beberapa langkah untuk memberi kesan positif dengan menghasilkan pembungkusan serta fabrik boleh dikitar semula.

Sumber: Kissis

Perasaan selesa dengan kulit masing-masing juga merupakan sesuatu yang diketengahkan oleh satu lagi jenama tempatan iaitu Kissis.

Diasaskan pada tahun 2017 oleh dua orang rakan Yvonne dan Vivian, Kissis pada asalnya memfokuskan pada ‘fast fashion’.

Tetapi tidak lama kemudian mereka merasakan agak susah untuk terus ‘up-to-date’ dengan trend terkini sehingga hampir hilang identiti jenama yang dikeluarkan.

Dalam pada mereka menjadi semakin matang, jenama ini juga bergerak seiring dengannya.

Mereka mula mencapai usia di mana pakaian asas yang selesa lebih menjadi pilihan dan membuat keputusan untuk menghasilkan pakaian sedemekian.

Kehidupan kami telah berkembang dan begitu juga dengan selera fesyen kami. Jadi sebab itulah kami memfokuskan pada baju t-shirt asas dalam pelbagai warna tetapi dibuat dengan lebih berkualiti dan tahan lama.

Yvonnne, Pengasas bersama Kissis.

Pada mulanya, jenama pakaian mereka hanya memberi fokus untuk wanita tetapi kini mula beralih kepada pakaian kanak-kanak dan juga bakal melancarkan koleksi buat para lelaki pada bulan depan.

Teroka pelbagai jenama tempatan dengan Grab

Bersempena dengan Hari Malaysia, kempen Teroka Grab telah mengetengahkan beberapa peniaga tempatan bagi menggalakkan rakyat Malaysia memberi sokongan terhadap jenama tempatan.

Nikmati diskaun istimewa dari 9 September hingga 9 Oktober 2022 dengan kod promosi eksklusif daripada Grab dan anda boleh membeli-belah daripada pelbagai perniagaan tempatan ini!

Sehingga kini, 30-35% daripada pelanggan Hanya membeli daripada mereka melalui GrabPay.

Walaupun mereka adalah sebuah syarikat besar, masih ada aspek manusia dan sentuhan peribadi yang saya sangat suka.

Sophia Khan, Pengasas Ulu Soleil.
Sumber: Grab

Dapatkan diskaun 10% sehingga RM20 dengan perbelanjaan minimum RM200 daripada peniaga tempatan ini dengan kod promo GPDEALSTEROKA.

Peroleh GrabRewards apabila anda menggunakan GrabPay atau PayLater by Grab dan nikmati pelbagai baucar diskaun untuk ditebus.

Pengguna GrabUnlimited boleh memperoleh sehingga 1.5% dalam GrabRewards di mana sahaja mereka berbelanja!

Platform Grab memang sangat bagus untuk pelanggan kami kerana mereka bukan sahaja boleh mendapatkan diskaun dari kedai kami, tetapi mereka juga mendapat faedah tambahan daripada Grab juga.

Yvonne, Pengasas bersama Kissis.

PayLater by Grab juga memberi pengguna kebebasan dan fleksibiliti untuk membayar dengan ciri yang menggalakkan tabiat berbelanja yang sihat.

PayLater benar-benar membantu pelanggan terutamanya semasa tempoh inflasi ini.

Veen Dee, Pengasas bersama Hanya.

Untuk pilihan PayLater, gunakan kod promo PLDEALSTEROKA dan dapatkan diskaun 10% sehingga RM25 dengan perbelanjaan minimum RM250.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.grb.to/TerokaWithGrab.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd