Now Reading
Boleh Ganti MyKad Guna Telefon & Siap 30 Minit Je. Jimat Masa!

Boleh Ganti MyKad Guna Telefon & Siap 30 Minit Je. Jimat Masa!

Anda kini boleh menggantikan MyKad dengan hanya membuat panggilan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di talian 03-8880 8066.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila ada urusan rasmi seperti memperbaharui pasport dan sebagainya, boleh terbayang betapa panjangnya kena beratur untuk tunggu giliran.

Tetapi dengan teknologi moden, anda kini boleh memperbaharui pasport dalam tempoh 45 minit menggunakan kemudahan ‘MyOnline Passport’ di Jabatan Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

BACA JUGA: Dengan ‘MyOnline Passport’, Proses Renew Pasport Boleh Siap 45 Minit Je!

Perbaharui MyKad dalam tempoh 30 minit je guna telefon

Untuk pengetahuan anda semua, urusan untuk memperbaharui MyKad kini menjadi lebih mudah dengan cara hanya menghubungi talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di 03-8880 8066.

Kemudian tunggu dalam tempoh 30 minit dan SIAP!

Orang ramai boleh menghubungi talian tersebut ketika waktu bekerja dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat.

Ambil maklum juga tentang waktu berehat iaitu pada jam 1:00 tengah hari sehingga 2:00 petang manakala hari Jumaat pula bermula 12:15 tengah hari sehingga 2:45 petang.

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan gantian MyKad melalui telefon

Menurut JPN, mereka yang ingin memohon gantian MyKad menerusi talian telefon perlu memenuhi beberapa syarat seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Membuat permohonan untuk menggantikan MyKad biasa atau kad cip yang rosak.
  • Yuran permohonan RM10 akan dikenakan semasa pengambilan MyKad yang baharu.
  • Hanya pemegang MyKad sahaja boleh melengkapkan permohonan dan mengambil MyKad selepas siap manakala pemohon di bawah umur 18 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga untuk mengambilnya.
  • MyKad berkenaan boleh diambil di semua Pusat Percetakan dan Pengedaran (DPP) MyKad dalam tempoh 30 minit selepas melengkapkan permohonan.
  • Sebarang perubahan alamat, agama, nama dan gambar TIDAK DIBENARKAN.
  • Yuran kerugian akan dikenakan sekiranya pemohon gagal mengemukakan MyKad yang lama semasa mengambil MyKad baharu di kaunter.

Tempoh waktu untuk mengambil MyKad baharu untuk permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat pengumpulan seperti berikut:

  • Selepas 30 minit di Ibu Pejabat JPN WP Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
  • Selepas lima hari bekerja di cawangan JPN Semenanjung Malaysia.
  • Selepas tujuh hari bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, proses tersebut hanya akan mengambil masa satu hari bagi permohonan MyKad buat kali pertama.

Bagi proses penggantian kad pengenalan yang rosak, tempoh kad baharu disiapkan adalah sekurang-kurangnya tiga bulan.

Ada banyak kemudahan online yang juga menyenangkan

JPN juga menawarkan perkhidmatan dalam talian untuk memudahkan pengguna. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:

  • Sistem Penggantian MyKad (kad pengenalan rosak).
  • Semakan Status Permohonan (MyKad / MyPR / MyKAS).
  • Semakan Status Permohonan MyKid

Bila ada kemudahan secara online, lagi memudahkan urusan kita sebab dah tak perlu lagi tunggu panggilan dari Ibu Pejabat JPN atau UTC. Kemudahan tersebut boleh didapati menerusi laman web JPN.

Selain itu, JPN juga telah mewujudkan aplikasi telefon pintar di mana ia dapat membantu menyelesaikan masalah semasa anda beratur di kaunter JPN.

Antara ciri yang disediakan melalui aplikasi JPN InfoQ ialah:

  • Jumlah pelanggan yang sedang menunggus sebelum tiba giliran anda
  • Waktu operasi di setiap cawangan JPN
  • Alamat cawangan JPN

Aplikasi JPD InfoQ ini boleh dimuat turun oleh kedua-dua pengguna Android dan iOS.

Untuk pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi kami di talian 03-8880707 atau layari laman web rasmi JPN.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd