Now Reading
LVLY, Jenama Penghantaran Bunga Kini Tiba Di Malaysia

LVLY, Jenama Penghantaran Bunga Kini Tiba Di Malaysia

Terkenal dengan balang bunga ikonik dan kotak ‘Someone Thinks You’re Awesome’, LVLY telah diambil alih oleh Southeast Asia’s Limitless Technology Group pada Mei 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


LVLY iaitu jenama penghantaran bunga antarabangsa kini dilancarkan di Malaysia. Meneroka pasaran kedua ini selepas Australia, LVLY menyasarkan untuk mencipta semula industri bunga melalui komitmen mereka terhadap sisa sifar.

Terkenal dengan balang bunga ikonik dan kotak ‘Someone Thinks You’re Awesome’, LVLY telah diambil alih oleh Southeast Asia’s Limitless Technology Group pada Mei 2022.

Bersama-sama, entiti gabungan itu akan membentuk salah satu peruncit bunga dalam talian terkemuka APAC. LVLY menyaksikan pertumbuhan ketara sejak dua tahun lalu di Australia dengan proposisi ‘7 hari, penghantaran hari yang sama’ terkemuka di pasaran, meletakkan mereka di kalangan pelopor dalam ruang e-dagang dan logistik.

Sebagai jenama antarabangsa, LVLY mementingkan perniagaan lestari dalam industri dengan penggunaan bahan penyediaan kotak hadiah daripada sumber domestik dalam usaha untuk mengurangkan jejak karbon, selain menyokong industri tempatan.

LVLY berpegang teguh dalam komitmen mereka untuk meningkatkan daya tahan masyarakat tempatan yang selaras dengan inisiatif kerajaan Malaysia dan memberi impak dalam industri.

Ini mendorong jenama itu untuk sentiasa peka terhadap alam sekitar dan sosial.

Kami teruja untuk membawakan nilai-nilai seperti kemampanan kepada pasaran Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif LYLY, David Robinson.

David dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa visi syarikat tersebut adalah untuk mengukuhkan kedudukan syarikat penghantaran bunga dan hadiah yang paling digemari serta paling banyak digunakan.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh terus ke website LVLY.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd