Now Reading
Dari Dunia Korporat Uncle Eric Rela Lepaskan Jawatan Besar & Pilih Jadi Rakan Grab

Dari Dunia Korporat Uncle Eric Rela Lepaskan Jawatan Besar & Pilih Jadi Rakan Grab

Menjadi seorang penghantar Grab membuatkan Uncle Eric ‘enjoy’ dengan pekerjaan tersebut kerana mempunyai masa untuk diri sendiri dan jadual yang fleksibel.

Grab Lejen 2022 Uncle Eric FI

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 di negara ini pada 31 Ogos.

Bercerita tentang hari kemerdekaan pastinya membuatkan kita teringat kepada pejuang negara yang sanggup bermati-matian sehingga ke titisan darah terakhir mereka demi menyelamatkan sebuah negara dari terus dijajah. 

Mereka juga dianggap sebagai adiwira kepada Malaysia apabila mengenangkan jasa mereka yang tidak dapat dibalas dengan hanya kata-kata.

Bercakap tentang adiwira, jika ditanya mengenai siapakah adiwira anda? Mungkin akan ada di antara kita yang menjawab ibu bapa, atau ada juga yang memilih beberapa karakter dari filem terkenal seperti Hulk, Superman, Thor dan banyak lagi. 

Namun, jika diamati setiap adiwira itu sebenarnya melalui pelbagai liku cabaran dalam membentuk jati diri mereka untuk menjadi seorang wira, dan kerana itulah ‘wira sebenarnya bukan dilahirkan tetapi dicipta’.

Sungguhpun begitu, cabaran yang mereka hadapi itu membuatkan mereka lebih menghargai serta memberikan motivasi positif dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira waktu, bangsa atau agama.  

Pilih jadi Grab Driver Kerana Waktu Yang Fleksibel

Pernahkah anda sedar selain adiwira yang disanjungi, ada juga wira lain yang mungkin kewujudannya kurang disedari ramai tetapi telah banyak membantu orang awam seperti seorang lelaki yang berusia 55 tahun ini yang bekerja sebagai rakan penghantar Grab.

Eric Siao Kok Wah, berasal dari Ipoh dan sudah berkahwin telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia 20 tahun yang masih belajar di sebuah universiti di Kampar, Perak.

Apa yang menarik perhatian kami ialah Eric Siao atau mesra dengan panggilan ‘Uncle’ di kalangan rakan Grab dan pelanggan memilih untuk bersara daripada dunia korporat yang sudah diceburinya selama lebih 13 tahun selepas berjumpa dengan seorang rakan Grab yang lain. 

Beliau sanggup mengetepikan gaji yang lumayan dan memilih menjadi rakan penghantar Grab kerana ianya menjanjikan jadual waktu bekerja yang lebih fleksibel selain kurang berdepan tekanan. 

Malah ketika ditemubual, Eric yang sudah 3 tahun bergelar sebagai pemandu Grab mengakui gaji bukanlah satu masalah besar jika kita bekerja keras. Eric memaklumkan setiap hari dia akan keluar bekerja seawal jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Foto: Uncle Eric 1

Kerjaya Sebagai Rakan Grab Beri Peluang Untuk Lakukan Kebaikan, Tak Ambil Sebarang Bayaran Daripada Warga OKU Tak Kira Bangsa

Dalam keseronokan menjadi pemandu Grab, ia juga membuka peluang untuk terus melakukan kebaikan dan memberi inspirasi terutama di kalangan penggunanya apabila dia dapat berjumpa pelanggan daripada pelbagai latar belakang, seperti dalam kisah yang dikongsikan sewaktu sedang membantu Orang Kurang Upaya (OKU).

“Apabila Covid-19 kita terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) di mana pemandu tidak boleh bersentuhan dengan pelanggan dan membuatkan saya berdepan dengan cabaran dalam membantu pelanggan OKU untuk menaiki kenderaan.

“Tetapi apabila sudah dapat membantu mereka, saya tidak mengambil sebarang bayaran malah telah berniat untuk membayarkan tambang bagi setiap pelanggan OKU yang menaiki kenderaan saya.

“Ini merupakan bantuan yang saya salurkan kepada golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan saya,” kata Eric.

Pengalaman Kerja Sebelum Ini Bantu Eric Kendalikan Pelanggan Grab Lebih Baik

Foto: Uncle Eric 2

Bukan itu sahaja, selain kisah pelanggan OKU menjadi rakan penghantar Grab turut menduganya dengan pelbagai cabaran namun pengalaman bekerja sebelum ini sebagai seorang pengarah operasi memudahkan Eric dalam berkomunikasi bersama pelanggannya.

Eric menceritakan dia juga pernah berhadapan dengan situasi yang emosional apabila seorang pelanggan wanita yang menaiki kenderaannya  menangis sambil menceritakan tekanan keluarga yang dihadapi.

“Wanita itu menceritakan segala-galanya kepada saya berkenaan tekanan yang dihadapi sambil menangis-nangis di dalam kereta selain turut memohon maaf kepada saya.

“Saya lalu menjawab tidak mengapa sambil menghulurkan tisu dan cuba menjadi pendengar yang baik serta memberikan nasihat untuknya,” kata Eric lagi.

Selain itu, dia pernah berdepan dengan tingkah laku pelanggan apabila pernah satu ketika seorang pelanggan berbangsa India telah menggunakan kata-kata yang kurang menyenangkan kepada Eric.

Namun dia bersikap profesional lantas menegur lelaki itu dengan baik sehingga membuatkan lelaki tersebut menyedari kesilapan yang dilakukan dan berulang kali memohon maaf kepada Eric. 

Menurut Eric, dia percaya sekiranya kita memberi layanan yang baik kepada pelanggan pasti mereka akan membalasnya dengan layanan yang baik juga.

Kongsi tips dengan rakan Grab yang lain untuk membantu mereka bekerja dengan lebih baik

Foto: Uncle Eric 3

Umum mengetahui hubungan antara sesama rakan penghantar sangat rapat, mereka bukan hanya berkongsi kisah mengenai apa yang terjadi  malah turut membantu antara satu sama lain. 

Seperti Eric, dia sering membantu rakan penghantar yang lain seperti memberi motivasi, berkongsi beberapa tips dan strategi yang bagus dan berpesan adab adalah sangat penting. 

“Setiap kali berjumpa dengan orang lain kita perlu senyum dan ucapkan selamat pagi selain mengingatkan bahawa kita perlu sentiasa mengingati orang yang membantu kita khususnya yang memberkani ilmu.”

Selain dapat menjana pendapatan dengan Grab untuk menyara keluarga yang berada di Ipoh, Eric merasakan platform ini sebenarnya membuka peluang untuk rakan penghantarnya berusaha lebih keras dalam mendapatkan bayaran yang dimahukan selain dapat bekerja dengan jadual kerja yang flexible.

Kisah beliau adalah contoh semangat juang rakyat Malaysia yang sejati dan tidak pernah kenal erti berputus asa, di mana ia dapat dilihat di sekeliling kita. Percayalah, harapan ada di mana-mana, asalkan kita terus percaya dan usaha.


Calonkan Wira Anda Dalam Grab Lejen 2022

Anda mungkin mempunyai kisah atau pengalaman tersendiri berkenaan rakan Grab yang rela berkorban untuk membantu anda tanpa mengira lelah. 

Kongsikan cerita menarik anda bersama rakan Grab dengan menghantar pencalonan mereka bagi menjadikan kerjaya seseorang sebagai Grab lebih bermakna dengan diberikan anugerah Grab Lejen. 

Pengguna Grab boleh menghantar pencalonan itu menerusi LINK INI sebelum 30 September 2022 ini.

Grab Lejen

Grab lejen merupakan inisiatif tahunan daripada Grab Malaysia yang menghargai dengan memberi ganjaran kepada rakan Gab yang telah melakukan satu tindakan baik untuk berkhidmat kepada rakyat. 

Sempena dengan ulang tahun ke-10 Grab, tahun ini mereka mencari wira-wira luar biasa dalam kalangan komuniti rakan penghantar Grab menerusi perkongsian kisah benar yang menyentuh hati sebagai pencalonan.

Bermula 19 Julai hingga 30 September 2022, pengguna Grab boleh menghantar kisah pencalonan di https://grb.to/grablejen2022. Pengguna Grab kemudian boleh mengundi ‘lejen’ kegemaran mereka yang telah memenangi hati rakyat Malaysia bermula 15 Oktober hingga 15 November 2022.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd