Now Reading
‘Detox’ Media Sosial & 6 Lagi Jenis Rehat Jika Badan Anda Rasa ‘Burnout’

‘Detox’ Media Sosial & 6 Lagi Jenis Rehat Jika Badan Anda Rasa ‘Burnout’

Antara tanda-tanda anda mengalami gejala ‘burnout’ adalah badan cepat letih dan lebih sensitif.

Rasa 'Burnout'? Ini 7 Jenis Rehat Yang Anda Perlukan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pernah tak anda tiba-tiba rasa ‘burnout’? Perasaan ini biasanya akan datang apabila seseorang terlalu letih dengan beberapa hal yang berlaku dalam kehidupan dalam tempoh agak lama.

Gejala ‘burnout’ ini merupakan satu keadaan di mana seseorang itu akan berasa kurang motivasi dan keletihan dari segi fizikal, emosi dan juga mental.

Boleh jadi seseorang itu berasa sedemikian kerana terlampau stres dengan bebanan kerja atau personaliti diri.

Sumber: The Wellness Insider

Tanda-tanda anda sudah ‘burnout’

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang tidak perasan badan mereka sebenarnya sudah ‘burnout’ dengan kehidupan yang dilalui. Jom kami kongsikan antara tanda-tanda jika seseorang mengalami gejala ‘burnout’.

Antaranya:

  • Rasa letih sepanjang masa dan badan kerap jatuh sakit.
  • Sukar untuk tidur.
  • Cepat sensitif.
  • Sukar untuk mengawal perasaan.
  • Hilang motivasi diri.
  • Hilang fokus.
  • Suka menyendiri.
  • Prestasi kerja semakin menurun.

Sekiranya beberapa tanda ini dikesan dalam diri, mungkin sudah tiba masa untuk anda badan anda berehat.

Sumber: Terra

Jenis-jenis rehat bagi mengelakkan rasa ‘burnout’

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Ben Meer), terdapat beberapa jenis rehat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan seseorang mudah berasa ‘burnout’.

Contohnya seperti berikut:

1. Rehat secara fizikal

Rehat yang mencukupi sangat diperlukan untuk membolehkan badan kita berada dalam keadaan terkawal. Terdapat dua jenis rehat secara fizikal yang boleh dilakukan seperti:

  • Secara pasif
    • Tidur secukupnya dengan kadar minimum tujuh jam sehari pada waktu malam.
    • Tidur buat sementara waktu (power nap) jika diperlukan.
  • Secara aktif
    • Bersenam.
    • Pergi mengurut.
    • Menggunakan kerusi dan meja bersifat ergonomik yang memberi sokongan kepada tubuh badan.

2. Rehatkan minda

Minda yang mudah keletihan boleh berlaku apabila seseorang itu terlampau berfikir. Bagi mengelakkan perkara tersebut kerap berlaku, beberapa cara yang boleh dilakukan untuk merehat minda anda.

Antaranya:

  • Buat senarai perkara atau tugas yang ingin diselesaikan.
  • Asingkan waktu untuk kerja dan kehidupan peribadi.
  • Kerap meditasi bagi mewujudkan rasa tenang dalam diri.
  • Berehat dari menyelesaikan sebarang masalah.

3. Rehat dari segi sosial

Bila terlalu banyak bersosial dan berkomunikasi dengan orang lain juga boleh membuatkan seseorang cepat letih, terutamanya individu yang ‘introvert’.

Apa yang anda boleh buat bagi mengelakkan rasa letih itu adalah:

  • Luangkan lebih masa dengan mereka yang memberi anda lebih banyak tenaga positif.
  • Kurangkan masa bersosial dengan mereka yang ‘mencuri’ tenaga anda.
  • Luangkan waktu untuk bersendiri sekiranya anda seorang yang ‘introvert’.

4. Rehat dari segi rohani

Kadang-kadang, bila kita buat baik dengan masyarakat juga boleh mewujudkan rasa tenang dalam diri.

Antara jenis aktiviti yang boleh dilakukan bagi memberi ketenangan dari segi rohani adalah:

  • Menyertai aktiviti sukarelawan.
  • Melakukan pekerjaan yang mempunyai tujuan jelas.
  • Menyertai aktiviti keagamaan seperti mendengar ceramah agama di masjid atau sebagainya mengikut kepercayaan masing-masing.

5. Rehat dari segi deria

Dalam zaman teknologi ini, boleh dikatakan kita semua sentiasa ‘melekat’ dengan telefon masing-masing.

Mungkin dalam beberapa tempoh tertentu anda perlu berehat dengan teknologi canggih ini dengan melakukan kaedah berikut:

  • Tutup sebarang notifikasi yang masuk.
  • Hadkan mesyuarat secara atas talian.
  • Berehat dari media sosial.
  • Wujudkan suasana yang tenang.

6. Rehat dari segi emosi

Emosi seseorang boleh terganggu apabila mereka terpaksa berpura-pura ketika berada dalam persekitaran negatif. Contohnya seseorang pekerja tetap perlu tersenyum walaupun sedang dimarahi oleh pelanggan di restoran makan.

Keletihan yang dialami ini boleh diatasi dengan cara berikut:

  • Luangkan lebih banyak masa dengan mereka yang membolehkan anda menjadi diri sendiri.
  • Rujuk kepada pakar terapi untuk meredakan gangguan emosi anda.

7. Berehat secara kreatif

Rehat secara kreatif ini boleh dilakukan dengan cara seperti:

  • Menghargai keindahan semula jadi
    • Bersiar-siar ketika matahari terbenam atau terbit.
    • Berjalan di dalam hutan.
  • Melawat beberapa tempat menarik
    • Melawat muzium atau festival seni.
    • Luangkan masa mendengar muzik atau membaca buku yang memberi inspirasi.

Tak salah untuk kita berhenti buat sementara waktu dan rehat. Dengan cara ini badan kita pun dapat memberi kerjasama dengan lebih efektif dalam tempoh yang panjang.

BACA JUGA: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd