Now Reading
Isnin, Selasa, Rabu… Rupanya Nama Hari Dalam Seminggu Inspirasi Dari Bahasa Arab

Isnin, Selasa, Rabu… Rupanya Nama Hari Dalam Seminggu Inspirasi Dari Bahasa Arab

Kalendar Hijrah Islam mula diguna pakai ketika penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah.

Rakyat Malaysia Bakal Sambut 1 Muharram Esok, 30 Julai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada hari ini iaitu Sabtu (30 Julai), umat Islam di Malaysia menyambut Maal Hijrah atau permulaan Tahun Baru Islam yang juga disebut sebagai Awal Muharram. Ia menandakan hari pertama bulan Muharram dan kebanyakan negara di dunia mengumumkan cuti kebangsaan termasuklah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia.

Awal Muharram pada 2022 secara rasminya akan menjadi tahun ke-1444 sejak kalendar Islam bermula apabila Nabi Muhammad SAW dan umatnya berhijrah dari Mekah ke Madinah di Arab Saudi pada tahun 639 Masihi.

Kalendar Hijrah Islamiah ialah kalendar berasaskan bulan yang dicerap mengikut fasa-fasa bulan serta terdiri daripada 12 bulan antara 29 hingga 30 hari. Jumlah keseluruhan menjadikannya antara 354 dan 355 hari dalam setahun.

Penghitungan ini membezakannya daripada kalendar moden Gregorian berasaskan matahari yang terdiri antara 365 hingga 366 hari dalam setahun.

BACA JUGA: Guess What? There Will Be TWO Ramadans In The Year 2030

Umat Islam sambut tahun baharu 1444 Hijrah

Kalendar Hijrah diwujudkan beberapa tahun selepas Nabi Muhammad SAW memerintahkan Khalifah Islam kedua iaitu Khalifa Umar Ibn Al-Khattab untuk menyeragamkan tarikh di seluruh empayar.

Umar pernah meluahkan kekecewaan terhadap dengan sistem tarikh yang bermacam jenis dan agak bercanggah pada ketika itu. Akhirnya, beliau bersama pemimpin Islam yang lain bersetuju untuk menubuhkan sistem kalendar Islam bagi menyelesaikan masalah.

Hasil perbincangan mereka memutuskan bahawa tarikh penghijrahan Nabi Muhammad SAW akan ditetapkan sebagai permulaan kalendar Hijrah kerana ianya satu peristiwa yang membawa kepada tertubuhnya negara Islam pertama.

Di Barat, kalendar Hijrah juga dirujuk dengan singkatan AH iaitu dalam bahasa Latin bermaksud “Anno Hegirae” atau “dalam tahun Hijrah”.

Sumber: Yusri Muhamad Yusoff/Jabatan Penerangan Malaysia, Twitter/BNMalaysia

Di Malaysia, Awal Muharram telah diwartakan dan diraikan sebagai salah satu daripada 12 cuti umum kebangsaan mulai 1995 mengikut Akta Cuti 1951 (Akta 369).

Sebelum dilanda wabak pandemik, Malaysia juga kerap mengadakan perarakan bagi memperingati hari berkenaan.

Pada tahun 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah atau Anugerah Ikon Maal Hijrah Negara atas sumbangan beliau kepada masyarakat Islam.

Anugerah tersebut diberikan ketika beliau menghadiri majlis yang turut melibatkan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakr.

Sumber: Bernama

Fakta menarik dalam kalendar Islam

Mengikut fakta dalam Islam, sesuatu hari itu bermula ketika terbenamnya matahari dan bukannya sewaktu matahari terbit.

Kebanyakan negara yang mempunyai majoriti masyarakat beragama Islam, Jumaat dan Sabtu dianggap sebagai hujung minggu manakala Ahad pula hari pertama dalam minggu tersebut.

Kaedah ini turut diamalkan di beberapa negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Johor.

Kalau anda nak tahu, nama-nama hari digunakan di Malaysia juga mengambil inspirasi daripada bahasa Arab. Antaranya:

  • Al-Ahad (Ahad)
  • Al-Ithnayn (Isnin)
  • Ath-Thulatha (Selasa)
  • Al-Arbiya (Rabu)
  • Al-Khamis (Khamis)
  • Al-Jumah (Jumaat)
  • As-Sabit (Sabtu)

BACA JUGA: The Forgotten History Of Malaysia’s 6 Timezone Changes


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd