Zus Coffee Rasmi Kedai Ke 100, Tawar 1,000 Peluang Pekerjaan & Sah Terima Status Halal
Zus Coffee baru sahaja dibuka di Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara, pada 7 Julai 2022.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebut sahaja Zus Coffee, pasti penggemar kopi di luar sana akan suka!
Untuk pengetahuan anda, Zus Coffee mempunyai misi untuk menghasilkan “specialty coffee” (yang dianggap mahal) kepada komuniti dengan harga berpatutan.
Zus Coffee juga berusaha untuk memahami makna kopi dan komited untuk memberikan kemudahan serta akses lebih besar untuk komuniti di luar sana.
Bak kata mereka, Zus Coffee ini “a Necessity, not a Luxury”.

Zus Coffee Berjaya Buka Cawangan Ke 100 & Lancar ‘Zus Academy’
Semalam (7 Julai), team TRP telah dijemput menghadiri majlis perasmian pembukaan cawangan Zus Coffee yang ke-100 di Tropicana Garden Mall, Kota Damansara.

Untuk pengetahuan anda, Zus Coffee ini juga meraikan cawangannya yang ke-100 iaitu ‘Zus Academy’.
Dalam keadaan yang tidak menentu, outlet ini membuka peluang kepada komuniti, sekaligus mewujudkan sekurang-kurangnya 1,000 peluang pekerjaan sehingga hujung tahun 2022.
Melalui ZUS Academy, setiap individu boleh mengembangkan pemikiran kepemimpinan mereka dalam industri kopi, sekaligus meningkatkan kreativiti melalui seni kopi dan melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran runcit yang boleh diguna pakai dalam kerjaya di masa hadapan.

Samada dari segi penghantaran atas talian menerusi aplikasi ZUS Coffee, kepada pengalaman pembelian di cawangan mereka sendiri, bibit-bibit kejayaan yang dipraktik telah disemai mengikut formula merangkumi semua aspek.
Akademi Kepada Barista
Cawangan ke-100 ini direka bentuk lebih daripada ruang niaga. Secara umum, ia berfungsi sebagai akademi kepada barista yang diasaskan untuk memupuk konsistensi dalam semua aspek yang dipelajari.
Ia termasuk aspek pengendalian dan kebersihan makanan dengan teliti sejurus kepada bahagian perkhidmatan yang disajikan dengan senyuman.

Di ZUS Academy, pelanggan dapat menikmati minuman kegemaran sambil melihat proses yang diajari kepada bakal barista di hadapan mata mereka.
Dipimpin oleh pelatih berpengalaman dan sistem penilaian yang teliti, bakal barista dapat menyediakan secawan kopi yang sempurna kepada pelanggan.
Mereka juga diberikan pentas untuk berkongsi aktiviti dan cabaran dalam pengendalian rutin harian mereka kepada bakal barista.
Zus Coffee Miliki Sijil Halal
Akhirnya, setelah dua tahun beroperasi, ZUS Coffee telah dianugerahkan sijil HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Produk dan bahan-bahan yang digunakan di semua outlet telah diperiksa secara intensif oleh pihak JAKIM. Ini menandakan tonggak kejayaan dalam usaha ZUS Coffee dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara ZUS Coffee dan komunitinya.
Sejak dahulu lagi, ZUS Coffee adalah sebuah penubuhan mesra Muslim daripada pembekalan kepada perkhidmatan. Penganugerahan sijil HALAL kepada ZUS Coffee mengukuhkan lagi posisinya sebagai jenama yang dipercayai di kalangan rakyat Malaysia.
Melalui ZUS Academy, perancangan dan pelaksanaan komprehensif akan melahirkan 1,000 barista mahir dan mempunyai komitmen bertaraf tinggi terhadap kualiti – terutamanya kebersihan serta keselamatan makanan.
Didorong oleh sokongan pelbagai pihak, misi ZUS Coffee untuk memudahkan akses dan menghubungkan komuniti tempatan dan penikmat kopi secara menyeluruh.
Rantaian kopi tersebut telah memenuhi keperluan 1 juta pengguna aplikasi ZUS dan terus mengukuhkan diri sebagai jenama yang dipercayai komuniti.

Tahniah, Zus Coffee!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.