Now Reading
AirAsia Beri Tips Berguna Sebelum Terbang Balik Kampung Untuk Raya Haji

AirAsia Beri Tips Berguna Sebelum Terbang Balik Kampung Untuk Raya Haji

Untuk tetamu yang terjejas oleh perubahan penerbangan atau penjadualan semula, anda boleh memindahkan penerbangan anda secara PERCUMA pada bila-bila masa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa Hari Raya AidilAdha akan jatuh pada 10 Julai 2022. Berikutan itu, mungkin ramai pada ketika ini yang sudahpun bercuti atau dalam perancangan untuk pulang ke kampung halaman.

Tapi sebelum itu, jika anda menaiki kapal terbang untuk balik kampung, AirAsia baru-baru ini telah berkongsi beberapa tips perjalanan selamat dan lancar menjelang musim perayaan ini.

BACA SINI: Hari Raya AidilAdha Jatuh Pada 10 Julai


Tips Perjalanan Selamat & Lancar Bersama AirAsia.

Sebelum anda menempah penerbangan bersama-sama AirAsia, sila ambil maklum mengenai keperluan berikut:

  • Pastikan anda (dan keluarga anda) layak untuk melakukan perjalanan. Sila semak sebarang sekatan perjalanan atau keperluan khas perjalanan ke destinasi anda, termasuk dokumen kesihatan yang berkaitan dan bukti sijil vaksinasi. Keperluan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa jadi kami ingin menasihati anda untuk menyemak dengan pihak berkuasa untuk maklumat terkini.
  • Pastikan anda sihat untuk melakukan perjalanan. Jika anda mengalami sebarang gejala seperti selesema, kami sarankan untuk anda tidak meneruskan rancangan perjalanan anda. Sebagai pengembara yang bertanggungjawab, kami menggalakkan anda melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum penerbangan untuk memastikan anda selamat dan melindungi para tetamu lain di sepanjang perjalanan.
  • AirAsia menggalakkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang. Anda boleh membuat daftar masuk secara kendiri dengan mudah 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan anda. 

Take Note!

  • Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter hanya akan tersedia untuk tetamu yang mempunyai mobiliti terhad, mereka yang melakukan perjalanan bersama-sama bayi (berumur di bawah 24 bulan) dan tetamu remaja yang membuat perjalanan bersendirian.
  • Tiba awal di lapangan terbang. Anda digalakkan untuk tiba lebih awal sebelum waktu pelepasan yang telah dijadualkan untuk menyelesaikan semua proses sebelum menaiki penerbangan.
  • Gunakan kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan daftar masuk bagasi secara kendiri. Anda diingatkan untuk membuat pra-tempahan bagasi dalam talian semasa membuat tempahan penerbangan sehingga 4 jam sebelum penerbangan untuk menikmati penjimatan terbaik. Sebaik sahaja anda mendaftar masuk secara kendiri dalam talian, anda hanya perlu mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik anda di kiosk daftar masuk untuk mencetak tag bagasi dan teruskan ke kaunter daftar masuk bagasi kendiri.
  • Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Pakai pelitup muka seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.

Re-Timed/Delay.

Untuk tetamu yang terjejas oleh perubahan penerbangan atau penjadualan semula, anda boleh memindahkan penerbangan anda secara PERCUMA pada bila-bila masa.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Log masuk ke akaun anda di airasia.com.
  • Klik pada pautan ‘My Booking’.
  • Pilih penerbangan yang terjejas dan klik ‘Modify’

Penukaran penerbangan adalah percuma untuk satu kali dalam tempoh satu bulan dari tarikh perlepasan asal anda. Untuk status penerbangan terkini, sila layari airasia.com/flightstatus.

Selamat pulang ke kampung!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd