McDonald’s Anjur Hari Derma Darah, Lebih 200 Penderma Hadir Tahun Ini
Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia turut menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
McDonald’s Malaysia terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap.
Restoran khidmat segera tersebut telah menganjurkan Hari Derma Darah tahunannya pada 30 Jun 2022 lalu dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
Aktiviti menderma darah ini juga terbuka kepada orang ramai.
BACA JUGA: Donate Blood And Get These Perks, Here’s What You Can Get If You Do It Regularly!

Penganjuran aktiviti menderma darah ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, demi menyokong pihak PDN dalam membantu pesakit yang memerlukan. Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PDN adalah supaya lebih ramai orang menderma darah bagi memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah negara stabil. Kami sedar kepentingan adanya stok darah dan kami sangat gembira dapat melaksanakan aktiviti menderma Darah pada tahun ini.
Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
Lebih 200 Penderma Hadir Tahun Ini.
Hari Derma Darah ini diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma pada tahun ini.
Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, dan pelanggan McDonald’s serta wakil media.
Restoran khidmat segera tersebut berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia.

Bersama-sama, kita boleh membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan. Aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017.
Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir.
BACA JUGA: Ikrar Derma Organ & Selamatkan Nyawa [Pendapat]
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



