Now Reading
iBilik ‘Revamp’ & Kini Tawar iBilikPreferred Buat Para Penyewa

iBilik ‘Revamp’ & Kini Tawar iBilikPreferred Buat Para Penyewa

iBilikPreferred menawarkan para penyewa dengan pelbagai faedah dan fungsi, termasuklah seorang Penasihat Maya (Virtual Advisor) yang menawarkan bantuan kepada pengguna di dalam talian dan pelbagai lagi servis lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Syarikat pengurusan penyewaan terkemuka, iBilik kini kembali dengan membawa gelombang baharu dalam industri selepas satu rombakan melibatkan operasi dan pasukan pengurusannya.

Berazam untuk menjadikan industri penyewaan bilik lebih mantap, syarikat tersebut telah memasuki sebuah kerjasama strategik dengan sistem pengurusan sewaan berkebolehan IoT di Malaysia, SpacePlus.

Bagi menandakan peristiwa penting ini, platform yang sudah ditambahbaik itu telah mengumumkan tawaran pertama mereka, iaitu iBilikPreferred – yang bakal meningkatkan piawaian penyewaan untuk tuan rumah serta penyewa.


iBilikPreferred: Lebih Selesa & ‘Upgrade’

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak iBilik, di seluruh negara ramai tuan rumah dan penyewa yang melaporkan pelbagai masalah berkaitan sewa.

Sama ada sewa tidak berbayar, keadaan rumah yang teruk, serta masalah berkaitan kekurangan tanggungjawab antara satu sama lain.

BACA SINI: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!

Hal ini jelas menunjukkan bahawa adanya keperluan untuk ekosistem ini dipelihara dan diuruskan dengan betul.

Kredit: Facebook Suhaila Sujak

Bagi menjadikan hal ini sebuah realiti, iBilikPreferred menawarkan para penyewa dengan pelbagai faedah dan fungsi termasuklah seorang Penasihat Maya (Virtual Advisor) yang menawarkan bantuan kepada pengguna di dalam talian.

Malah, iBilik.com turut memastikan sistem pengesahan dipertingkatkan untuk penyenaraian bilik bagi memastikan kualiti dan keselesaan pilihan tempat tinggal, tiada lagi deposit keselamatan sebagai syarat menyewa, jaminan wang dikembalikan 100% dalam masa 24 jam.

Ia juga memberikan lebih pilihan untuk skim Sewa untuk Beli (Rent-to-Own) – menawarkan cara alternatif pemilikan hartanah.

Selain daripada itu, bilik-bilik di bawah iBilikPreferred juga telah disahkan, lengkap dengan perabot, dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berdasarkan garis panduan 30-langkah mereka menjanjikan piawaian kehidupan yang tinggi untuk para penyewa.

Kesemua ciri yang telah dipertingkatkan ini bertujuan untuk menjadikan piawaian iBilik sebagai tahap baharu kecemerlangan dalam pengurusan penyewaan.

Seterusnya, meningkatkan lagi jangkauan para pemain industri di seluruh negara sambil mencipta pengalaman hidup yang diingati untuk para penyewa.

Ia juga membolehkan para penyewa mempunyai jangkaan yang tinggi semasa mencari tempat tinggal, dan mendapatkan apa yang diingini dari segi perkhidmatan, keselesaan, dan juga keselamatan.

Dalam mencapai tahap baharu buat kecemerlangan industri ini, kami berazam untuk tidak hanya memberikan para penyewa sebuah tempat tinggal yang mereka sukai, malah sebuah tempat yang menjadi pilihan pertama bagi penyewa. Kami sungguh-sungguh percaya akan mentaliti ‘sayangi tempat anda tinggal’ dan seperti yang dipamerkan oleh logo baharu kami, kami ingin semua pelanggan kami tersenyum. Hal ini yang memacu kami untuk terus berinovasi di bawah jenama kami yang telah diberi nafas baharu, agar kami mempunyai kuasa untuk memberi definisi baharu terhadap piawaian permintaan dalam pasaran penyewaan

Lee Seng Hee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif iBilik.

iBilik baru-baru ini menerima suntikan sebanyak RM7 juta daripada pihak-pihak berkepentingan dalamannya merancang untuk mengenalkan lebih banyak ciri baharu dalam usaha memastikan para pencari rumah di seluruh Asia Tenggara.

Mereka juga telah menambah baik ekosistem bersepadu untuk manfaat para pengguna, hasil daripada gabungan mereka dengan SpacePlus – yang mempunyai lebih 15,000 bilik dan telah memproses lebih RM53 juta dalam sewaan.


Inovasi, Cara Baharu

Berikutan pengambilalihan iBilik oleh GFG Group, iBilik telah melalui pelbagai peringkat perubahan dan pengubahsuaian bagi mencapai kedudukan semasa sebagai peneraju pasaran dalam bidang pengurusan sewa.

Lee berkata, “Kami ingin berterima kasih kepada para rakan kongsi kami, dahulu dan kini, serta para pelanggan untuk sokongan yang telah diberikan sejauh ini.

“Penjenamaan semula syarikat kami merupakan sebuah janji untuk kesemua pihak berkepentingan kami bahawa kami telah mengenalpasti keperluan untuk terus berinovasi mengikut kehendak pasaran, baik dari segi teknologi, mahupun dari segi perspektif tempat tinggal.

“Yang paling penting buat kami adalah untuk menambah baik keseluruhan pengalaman penyewaan untuk para penyewa kami, bermula daripada proses pencarian pilihan yang bersesuaian yang menepati kehendak mereka,” jelasnya.


Untuk rekod, pada bulan Ogos nanti iBilik akan melancarkan kempen  #iBilikPreferred, baru deal – untuk memberikan para penyewanya akses ke bilik sewa impian yang lebih hebat dan mampu milik.

Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd