Now Reading
Ini Cara Jimat Duit Paling ‘Win’. Tak Perlu Batalkan Langganan Pun!

Ini Cara Jimat Duit Paling ‘Win’. Tak Perlu Batalkan Langganan Pun!

Tidak dinafikan, kadangkala bajet bulanan akan menjadi sedikit ‘tight’ dan akan ada beberapa perbelanjaan yang perlu dikira semula.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak akhir-akhir ini, rakyat Malaysia dibebani dengan peningkatan kos sara hidup yang menyebabkan kita lebih sukar untuk mengurangkan perbelanjaan dan menjimatkan wang.

Pada bulan April, kadar inflasi Malaysia meningkat sebanyak 2.3% menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengulas kadar inflasi dijangka meningkat dan ia akan menjadi cabaran buat rakyat Malaysia.

Harga petrol juga melambung tinggi menyebabkan orang ramai tertekan. Harga runcit RON97 dilaporkan meningkat sebanyak 37 sen seliter untuk minggu 26 Mei hingga 1 Jun. Walaupun harga petrol RON95 kekal tidak berubah setakat ini, rakyat bimbang kenaikan harga yang tidak dapat dielakkan dalam masa terdekat.

Malah harga nasi ayam kesukaan anda atau ayam goreng juga mungkin naik! Isu kekurangan ayam yang berpanjangan melanda negara kita mungkin menyebabkan peniaga tiada pilihan selain menaikkan harga masakan ayam. Malaysia juga telah mengumumkan larangan sementara eksport kira-kira 3.6 juta ekor ayam bagi menangani isu ini dan kebimbangan terhadap kenaikan harga.

Dengan harga barangan keperluan asas yang melambung tinggi, tidak hairanlah orang ramai cuba mengurangkan perbelanjaan mengikut kemampuan mereka. Secara amnya, perkara pertama yang perlu ‘dibuang’ ialah pelan langganan yang telah dibayar sebelum ini.

Ini kerana, kebanyakan orang mungkin tidak mempertimbangkan untuk mengambil sebarang pelan langganan baharu memandangkan keadaan semasa. Akan tetapi, anda boleh menjadi pengguna yang bijak dan tidak semestinya perlu membatalkan kesemua langganan yang ada.


Jimat Duit, Tapi Tak Semestinya Perlu Batal Semua Langganan

Semua orang menyukai idea menyimpan wang. Sama ada anda mempunyai perbelanjaan besar yang akan datang dan menyimpan untuk ‘rainy days’, atau anda hanya cuba mengurangkan perbelanjaan secara keseluruhan. Tidak dinafikan, kadangkala bajet bulanan akan menjadi sedikit ‘tight’ dan akan ada beberapa perbelanjaan yang perlu dikira semula.

Walaupun nasihat kewangan peribadi mungkin mencadangkan perkhidmatan langganan dihapuskan apabila anda cuba mengurangkan perbelanjaan, ia sebenarnya boleh menjadi cara yang terbaik untuk menilai bajet bulanan anda.

Selain itu, menggunakan pelan langganan boleh membantu anda menjimatkan pembelian impulsif semasa berada di luar.

Terdapat juga penjimatan yang tidak diketahui apabila anda menggunakan perkhidmatan langganan. Perjalanan keluar ke kedai runcit atau restoran bermakna wang yang dibelanjakan untuk petrol dan penyelenggaraan kenderaan adalah lebih tinggi.


Tak Kesemua Pelan Dicipta ‘Sama’

Grab baru-baru ini telah melancarkan Grab Unlimited, pelan langganan bulanan kos rendah yang membolehkan anda menikmati penjimatan sehingga RM300 dengan yuran langganan RM4.90 sebulan. Dengan harga pengenalan hanya 1 sen, pengguna dapat menerima pelbagai faedah dan akan menjamin hanya yang terbaik untuk wang anda.

Jika anda sudah biasa dengan Grab, anda akan mengetahui bahawa mereka menawarkan perkhidmatan pada aplikasi mereka yang termasuk pengangkutan, penghantaran makanan dan barangan runcit, tempahan hotel dan juga tiket bas atau feri. Dengan rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Grab, mereka juga menyediakan diskaun dan baucar untuk dinikmati pengguna semasa mereka berbelanja menerusi aplikasi Grab.

Kini, dengan Grab Unlimited – pengguna dapat menikmati harga yang lebih rendah selain daripada perkhidmatan premium oleh Grab. Pengguna boleh memperoleh sehingga 1.5% nilai kembali apabila mereka berbelanja.

Peroleh GrabRewards apabila anda membayar dengan dompet GrabPay anda atau dengan PayLater, dan gunakan ganjaran apabila anda membeli-belah dalam talian atau di kedai untuk meningkatkan lagi penjimatan!


“Make Your Money Work Harder”

Anda juga boleh menebus baucar daripada katalog Grab untuk memaksimumkan penjimatan anda! Menebus baucar untuk pembelian anda dan memperoleh lebih banyak GrabRewards.

Dengan GrabUnlimited, anda boleh membelanjakan lebih sedikit GrabRewards untuk menebus LEBIH BANYAK baucar untuk digunakan untuk pembelian lain!

Melanggan Grab Unlimited juga akan membolehkan pengguna menikmati diskaun kos Penghantaran Premium pada hanya RM2.50 berbanding RM3.50 biasa.

Hanya lima pembelian penghantaran makanan dengan penggunaan pilihan Penghantaran Premium sudah memberi anda pulangan untuk yuran langganan. Bukan itu sahaja, pengguna Grab Unlimited dijamin pemandu yang mendapat penilaian tertinggi apabila menggunakan perkhidmatan JustGrab.

Grab Unlimited juga membolehkan anda membuat pesanan daripada peniaga yang sebelum ini berada lebih jauh dari lokasi anda. Pengguna juga boleh menggabungkan penghantaran percuma DAN baucar diskaun untuk menikmati lebih penjimatan dengan setiap pembelian!

Jika anda sentiasa bergantung pada perkhidmatan Grab, tidak perlu risau untuk melanggan Grab Unlimited kerana anda akan menerima banyak diskaun hebat. Jika anda masih ragu-ragu untuk melanggan pelan langganan baharu, berikan Grab Unlimited peluang untuk hanya 1 sen untuk bulan pertama dan anda boleh alaminya sendiri.

Ketahui lebih lanjut tentang GrabUnlimited dan bagaimana anda boleh menikmati semua tawaran eksklusif ini DI SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nineteen − 14 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd