Now Reading
Nak Cari ‘Organizer’ Lawa & Kemas? Boleh Letak Tudung, Buku, Beg Tangan & Banyak Lagi!

Nak Cari ‘Organizer’ Lawa & Kemas? Boleh Letak Tudung, Buku, Beg Tangan & Banyak Lagi!

Kesemua organizer ini boleh anda dapatkan di Shopee sahaja.

organizer

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Benda paling melegakan pandangan mata adalah apabila melihat barangan di rumah tersusun dengan rapi. Kalau nak ‘extra’ sikit, sesetengah barangan yang sama tapi warna yang berbeza, boleh disusun mengikut tona warna dan saiz.

Nak pilih pun mudah.

organizer
Sumber: Planet Lean

Senarai ‘Organizer’ Yang Cantik & Kemas!

Pengguna Twitter (zalyazahari) baru-baru ini berkongsi bebenang di Twitter miliknya untuk memudahkan anda di luar sana jika ada yang ingin membeli organizer/tempat letak barangan yang cantik, kemas, murah dan simple.

Nak letak apa jenis barangan pun boleh. Barulah boleh tiru Marie Kondo!

Nak senang cari barang tanpa memunggah keluar kesemuanya, belilah yang ‘transparent’.

Kalau anda jenis pengumpul aksesori, wajib ada bekas macam ini. Kalau tidak, memanjanglah barangan aksesori yang kecil-kecil itu menghilang.

Kalau nak jimat ruang, boleh dapatkan organizer macam ini pula. Macam-macam boleh letak, ruangan yang diperlukan pun tak banyak.

“Kepala ada satu je, tapi kenapa tudung banyak beno?”

Ha, kaum lelaki dilarang untuk bertanyakan soalan seperti ini. Jangan ingat perempuan ini pernah ‘cukup’ dengan tudung-tudung yang dimiliki. Mereka akan terus membeli selagi di rumah itu tidak dipenuhi dan dibanjiri dengan tudung.

Kadang-kadang, warna kesemuanya pun hampir sama!

Untuk yang jenis suka mengumpul minyak wangi pula, jangan risau. Organizer ini memang berguna untuk anda letak kesemua koleksi minyak wangi anda.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd