Now Reading
Gamuda Gardens Bakal Lancar ‘Skyline Luge Activity Park’ Pertama Di Msia Pada 2023

Gamuda Gardens Bakal Lancar ‘Skyline Luge Activity Park’ Pertama Di Msia Pada 2023

Pembinaan Skyline Luge Activity Park ini akan menjadikan ia sebagai taman keempat Skyline Enterprises di Asia selepas Singapura dan Korea Selatan (Busan dan Tongyeong).

gamuda gardens

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 31 Mei lalu, Gamuda Land telah menganjurkan satu majlis pecah tanah bagi pembinaan Skyline Luge Activity Park (kereta luncur) pertama di Malaysia oleh pengendali riadah dan hiburan terkenal dari New Zealand, Skyline Enterprises.

Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gamuda Land, Ketua Pegawai Operasi (COO) Gamuda Land, Ngan Chee Meng bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Skyline Enterprises, Geoff McDonald.

Ia turut disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Pam Dunn dan Timbalan CEO Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sivasuriyamoorthy Sundara Raja.

gamuda gardens

Untuk pengetahuan anda, pembinaan Skyline Luge Activity Park ini akan menjadikan ia sebagai taman keempat Skyline Enterprises di Asia selepas Singapura dan Korea Selatan (Busan dan Tongyeong).

Taman aktiviti yang bakal dibangunkan di atas tapak seluas 30,000 meter persegi di Gamuda Garden City Center, Rawang ini dijangka bakal dibuka kepada orang awam pada penghujung tahun 2023.

Ia juga akan menampilkan zipline berbilang penjuru pertama di dunia dan tunggangan lif ski pertama di negara ini.

Apabila kita membangunkan sesuatu tempat, kita juga membina personaliti. Ini kerana orang ramai akan mengingati tempat mereka membesar, tempat di mana mereka mencipta kenangan yang berkekalan. Itulah sebabnya bandar kami dibina dengan penuh khusus demi mewujudkan tempat komuniti yang hebat di mana orang ramai akan merasai suasana unik bandar kami, serta ingin menjadi sebahagian daripadanya.

CEO Gamuda, Chu Wai Lune.

Menurut Timbalan CEO MIDA Sivasuriyamoorthy Sundara Raja, keputusan Skyline Enterprises untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia adalah bukti sentimen perniagaan positif negara kita yang semakin meningkat dalam kalangan komuniti pelabur pelancongan.

Selaras dengan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030, MIDA menyasarkan untuk memanfaatkan daya saing industri pelancongan Malaysia bagi menarik pelaburan bernilai tinggi dan inovatif yang memperkasakan komuniti tempatan dan mencapai objektif pembangunan sosio-ekonomi yang lain. MIDA akan terus memudahkan dan menyokong pelaksanaan projek Skyline Enterprise dan pengembangan masa depannya.

CEO MIDA, Sivasuriyamoorthy Sundara Raja.
gamuda gardens

Sementara itu, CEO Skyline Enterprises, Geoff McDonald menjelaskan Skyline Enterprises komited mengembangkan operasi global mereka dan begitu teruja untuk membawa pengalaman masa lapang yang penuh keseronokan ke Malaysia dan ke Taman Gamuda.

Skyline Luge Activity Park di Taman Gamuda ini akan memberikan pengalaman yang berbeza dan menarik untuk pengunjung kami. Ia direka bentuk mengikut bentuk muka bumi dan akan memberikan tunggangan yang menarik dari puncak bukit bertingkat 40m.

CEO Skyline Enterprises, Geoff McDonald.

Untuk rekod, Luge Activity Centre ini akan ditempatkan dalam Gamuda Garden City Centre yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya Utara Selatan (Plus) dan koridor Guthrie.

Tak sabar pula nak tunggu projek ini siap tahun depan!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd