Antisipasi ‘Secret Garden’ Tampil Dengan Jenama Fesyen & Kecantikan Terkenal Di Suria KLCC
Antara kedai fesyen dan kecantikan terpilih adalah seperti Kate Spade, Giorgio Armani Beauty, Salvatore Ferragamo, Yves Saint Laurent Beaute, Braun Buffel, PUMA dan banyak lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bermula hari ini sekarang hingga 19 Jun 2022, Suria KLCC dihiasi dengan keindahan bunga bunga gergasi melalui kempen fesyen dan kecantikan terbarunya.

(Sumber: Suria KLCC)
Anda juga boleh meningkatkan pengalaman membeli-belah serta mendapatkan inspirasi dengan paparan yang disusun oleh kedai kedai fesyen dan kecantikan. Pembeli boleh menemuinya di ruang acara utama serta di sekitar pusat membeli-belah Suria KLCC.

(Sumber: Suria KLCC)
Sepanjang kempen ini, para pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 maksimum dalam dua resit di mana-mana kedai Fesyen, Kecantikan, Sukan dan Salun Kecantikan di Suria KLCC akan menerima ganjaran baucar Suria KLCC bernilai RM50.

Kedai fesyen dan kecantikan terpilih seperti Kate Spade, Giorgio Armani Beauty, Salvatore Ferragamo, Yves Saint Laurent Beaute, Braun Buffel, PUMA juga akan menganjurkan pengaktifan dalam kedai dan tontonan produk eksklusif untuk mencipta pengalaman pembelian istimewa di Suria KLCC.
Derma Pakaian Lama & Terima Ganjaran
Dengan kerjasama The Salvation Army, pembeli akan diberi ganjaran baucar extra dari kedai-kedai terpilih apabila mereka menderma lima helai pakaian dan ke atas. Ini boleh dilakukan di Ramlee Mall, Tingkat 1.
Dengan hiasan meriah serta ganjaran fesyen dan kecantikan yang menarik di Suria KLCC, ini adalah masa terbaik untuk para pengunjung membeli belah di kedai fesyen kegemaran mereka. Kempen ini juga memberi peluang kepada pembeli untuk menyumbang kepada tujuan yang baik dengan menderma pakaian tersayang mereka.
Andrew Brien, Pengarah Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Pakaian yang dikumpul akan didermakan kepada The Salvation Army dalam masa seminggu selepas kempen tamat.
Untuk rekod, The Salvation Army ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah berkhidmat kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia.
Organisasi ini mempunyai rangkaian perkhidmatan sosial yang komprehensif untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam komuniti.
Selain membantu masyarakat tidak bernasib baik dari segi pakaian, mereka juga menyediakan rumah kediaman untuk kanak-kanak dan orang tua, asrama, perkhidmatan sokongan keluarga, jagaan harian, pusat tuisyen, pusat bantuan pelarian dan perkhidmatan bantuan kecemasan ketika krisis.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



