Now Reading
Pengasas Beauty & Co. Curah Ilmu Cara Menjual, Memasar & Etika Penting Lain Dalam Firma Kecantikan

Pengasas Beauty & Co. Curah Ilmu Cara Menjual, Memasar & Etika Penting Lain Dalam Firma Kecantikan

Ditubuhkan pada tahun 2020, Beauty & Co. adalah firma kecantikan, kesihatan dan kerja bersama yang menyasarkan untuk menjadi pusat sehenti.

beauty & co

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila bercakap tentang kecantikan sahaja, pastinya ramai di antara para wanita di luar sana yang sememangnya mengambil serius tentang penjagaan kecantikan wajah dan kesihatan diri sendiri.

Pendek kata, ‘wanita’ dan ‘kecantikan & kesihatan’ berpisah tiada.

Walaupun sesibuk mana jadual harian, pastinya kita akan mengambil masa untuk berhias supaya tampak lebih ‘presentable’. Yang ada anak lima orang pun boleh nampak macam masih bujang.

Beauty & Co. ubah persepsi industri, firma kecantikan dan kesihatan

Hari ini (27 Mei 2022), Beauty & Co. telah menganjurkan satu majlis tertutup yang dihadiri oleh beberapa rakan media, rakan seindustri seperti doktor estetik, doktor gigi, pakar kecantikan, pengendali salun rambut, para wakil daripada firma farmaseutikal dan juga seorang penceramah antarabangsa serta pengarang buku.

Majlis yang diadakan sebentar tadi dilengkapi dengan sesi perkongsian bersama Ketua Pengarah Eksekutif/Pengasas Beauty & Co. sendiri iaitu Yap Yann Fang (Yann) di mana beliau telah berkongsi kisah dan perjalanan ketika ingin menubuhkan syarikat berkenaan.

beauty & co
Sumber: Siti Murni/TRP

Namun hari ini, Yann menjelaskan beliau memiliki matlamat untuk mengubah persepsi industri, firma kecantikan dan kesihatan.

Oleh itu, Beauty & Co. telah mengadakan acara yang bertajuk Selling With Love – di mana syarikat ini bekerjasama dengan penceramah antarabangsa dan pengarang buku Selling with Love: Earn With Integrity and Expand Your Impact’ iaitu Jason Marc Campbell.

beauty & co
Jason Marc Campbell (kiri), Yap Yann Fang (kanan).

Saya percaya bahawa kita mesti meningkatkan kesedaran dengan berkongsi ilmu tentang nilai tanggungjawab dalam cara kita menjual, memasarkan, melayan pekerja dan juga cara perniagaan melabur wang mereka. Kaedah ini relevan untuk semua industri, terutamanya industri kecantikan dan kesihatan.

Penceramah antarabangsa dan pengarang buku Selling with Love: Earn With Integrity and Expand Your Impact’, Jason Marc Campbell.

Bercakap pada majlis itu, Yann turut menjelaskan bahawa, “Jualan secara agresif adalah isu utama dalam industri kecantikan dan kesihatan. Taktik itu boleh memberi keuntungan jangka pendek, tetapi lama kelamaan ia akan merosakkan reputasi industri secara amnya.”

Mengulas lanjut, Yann dalam masa yang sama berkata, “Berikutan permintaan yang kini telah meningkat semula, inilah masa yang sesuai untuk menangani isu-isu termasuk standard integriti dalam industri dan penjualan secara agresif.

“Dengan peningkatan ‘ulasan’ sebagai sumber utama kredibiliti, perniagaan mesti mengutamakan integriti tulen mengatasi segalanya tanpa mengira industri,” jelasnya.


Beauty & Co. ingin sebarkan kesedaran tentang penjualan secara beretika

beauty & co

Yann juga kini dalam usaha untuk menyebarkan kesedaran tentang penjualan secara beretika dan meningkatkan standard industri. Menurutnya, untuk membantu pergerakan ini – kita perlu bersatu dengan rakan-rakan untuk memberi impak yang lebih besar.

Walaupun saiz pasaran global adalah sangat besar, namun kita masih mampu untuk berkembang di dalam negara sendiri jika kita melakukan sesuatu secara beretika dan meningkatkan lagi standard industri.

Dia turut menambah bahawa prinsip penjualan yang prihatin dan peka kepada pelanggan menggalakkan perniagaan untuk merancang matlamat jangka panjang dalam industri ini secara strategik.

“Memahami pasaran sasaran mereka dan perkara yang benar-benar menarik segmen itu akan membolehkan perniagaan membina produk yang berkesan, tanpa gimik,” ujar Yann.

Akhir sekali, Yann menambah bahawa pengusaha perniagaan perlu tulen dan telus dan mencintai apa yang mereka usahakan. Ini kerana, perkara tersebut dapat dilihat dan seterusnya meningkatkan pendapatan.


Pusat Co-working Beauty & Co.

Pusat co-working dan kesihatan Beauty & Co. yang terletak di Gardens, Mid Valley Megamall telah beroperasi sepanjang pandemik sejak tahun 2020.

Pusat ini telah mencapai lebih 60% dalam pendapatan dan berkembang ke enam buah cawangan di seluruh Lembah Klang dengan menggunakan prinsip ‘Sell With Love’.

Sebagai ruang co-working kecantikan dan kesihatan yang pertama di Malaysia, Beauty & Co. menawarkan ruang dan teknologi daripada segi estetika, kecantikan, mesin kesihatan dan pakar kecantikan terlatih.

Di ruang yang disediakan ini, para pengamal kecantikan dan kesihatan akan dapat memberi fokus kepada kekuatan mereka. Manakala, Beauty & Co. pula membantu memasarkan perkhidmatan dan menyediakan sokongan peralatan yang diperlukan seperti mesin kecantikan dan estetik yang diluluskan oleh FDA.


Sejarah Beauty & Co.

beauty & co

Ditubuhkan pada tahun 2020, Beauty & Co. adalah firma kecantikan, kesihatan dan kerja bersama yang menyasarkan untuk menjadi pusat sehenti.

Beauty & Co menyediakan 4 rawatan utama iaitu:

  • Kesihatan seksual
  • Penurunan berat badan
  • Pigmentasi
  • Anti-penuaan

Beauty & Co. hanya menggunakan peralatan terkini dan pakar kecantikan yang berpengetahuan dan mahir bertumpu dalam menyelesaikan masalah pelanggan secara berkesan.

Beauty & Co diasaskan oleh Yap Yann Fang yang memulakan perjalanan kecantikan sejak remaja dengan bekerja di salon milik ibunya. Pada usia 25 tahun, dia berjaya membina BizzyBody, rangkaian pusat pelangsingan badan. 

Penerokaan transformasi beliau di Amerika Syarikat telah menunjukkan kepadanya bahawa pengusaha industri kecantikan tidak perlu bersaing dengan sengit antara satu sama lain dan membuatkan pelanggan lari dengan amalan yang agresif.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd