XES Shoes Kongsi Rezeki Bersama Golongan Memerlukan
Kempen Kongsi Rezeki Bersama XES Shoes yang dimulakan pada tahun 2018 merupakan inisiatif tahunan di mana pasukan XES mencari dan membantu keluarga dan badan-badan amal yang memerlukan bantuan kewangan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bagi menandakan permulaan Ramadan, jenama kasut tempatan XES Shoes mengumumkan pelancaran kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya.
Kempen tersebut, yang dinamakan “Kongsi Rezeki Bersama XES Shoes”, merupakan sebuah inisiatif yang berlangsung sepanjang tahun telah dimulakan pada 7 April lalu dan akan berakhir pada 31 Disember tahun ini.
Melalui inisiatif tersebut, XES Shoes akan mengedarkan wang tunai sebanyak RM100,000 di samping kasut percuma untuk keluarga dan golongan masyarakat yang memerlukan.
Dalam fasa pertama kempen CSR tersebut, XES Shoes telah mendermakan sebanyak RM12,000 kepada beberapa badan amal di sekitar Lembah Klang, antaranya:
- Rumah Bakti Nur Syaheera
- Cahaya Kasih Bestari
- Pusat Jagaan Telaga Nur Kasih Muhammad
Sepanjang bulan Ramadan pula, syarikat tersebut bekerjasama dengan Lotus’s Malaysia dan rakan-rakan kongsinya bagi menyokong golongan yang memerlukan.
Pasukan mereka telah memperuntukkan sebanyak RM55,000 dalam bentuk baucar tunai bagi memastikan keluarga yang memerlukan menerima jagaan dan bantuan yang diperlukan sepanjang bulan mulia tersebut.
Lebihan daripada peruntukan tersebut pula akan digunakan untuk pelbagai lagi inisiatif amal sepanjang tahun ini.
Kempen Kongsi Rezeki Bersama XES Shoes yang dimulakan pada tahun 2018 merupakan sebuah inisiatif tahunan di mana pasukan XES mencari dan membantu keluarga dan badan-badan amal yang memerlukan bantuan kewangan.

Kami ingin mengambil peluang untuk membantu keluarga dan kanak-kanak yang sedang dalam kesusahan, terutamanya selepas tempoh pandemik ini. Melalui bantuan kewangan yang disalurkan secara terus, kami harap bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka. Sebagai seseorang yang bukan lahir dalam keluarga senang, saya faham kesusahan dan cabaran yang dihadapi ramai hampir setiap hari disebabkan kekangan kewangan, dan ia tentunya diburukkan lagi oleh kesan Covid-19 sepanjang dua tahun kebelakangan ini.
Pengasas dan Pengarah Urusan XES Shoes, Simpson Wong.
Wong turut menambah, dia dan pasukan sangat komited dalam menjalankan usaha amal itu semenjak penubuhannya.
“Kami percaya bahawa bulan Ramadan yang juga dikenali sebagai bulan untuk renungan dan amal ini merupakan waktu yang baik untuk memulakan kempen tahunan kami,” ujarnya.
Bekerjasama Dengan Pertubuhan Hati Seni Selangor.
Selain daripada bantuan kewangan, pasukan XES juga bekerjasama dengan Pertubuhan Hati Seni Selangor dalam menyumbangkan kasut percuma untuk golongan yang memerlukan sempena Aidilfitri.
Kerjasama ini bagi memberikan para keluarga peluang dan ruang bernafas dalam kesibukan mereka dalam persiapan perayaan, serta membantu mereka bersedia untuk tahun yang akan datang.
Sebagai jenama tempatan kegemaran ramai, tanggungjawab kami tidak hanya tertakluk kepada menjadikan produk-produk kami tersedia untuk seluruh rakyat Malaysia, tetapi juga dalam langkah-langkah yang kami ambil untuk menyokong masyarakat sekeliling, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan untuk melangkah dalam kehidupan. Kami berharap sumbangan kami dapat memainkan peranan dalam mencipta masa hadapan yang lebih cerah, terutamanya untuk golongan muda kita.
Pengasas dan Pengarah Urusan XES Shoes, Simpson Wong.
Wong juga harap dapat bekerjasama dengan para pengusaha lain dalam menyokong masyarakat sekeliling dan berkongsi kejayaan dengan mereka yang memerlukannya.
Untuk rekod, XES Shoes yang ditubuhkan pada tahun 2002 telah menghasilkan lebih daripada 2 juta kasut untuk rakyat Malaysia.
Dihasilkan di Malaysia, XES Shoes tidak hanya memastikan kasut-kasut mereka selesa, praktikal, dan mampu milik, tetapi juga sesuai dengan gaya hidup serta budaya masyarakat tempatan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh [KLIK SINI].
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.