Now Reading
Hospital Ortopedik ALTY Kini Boleh Didapati Menerusi airasia Super App

Hospital Ortopedik ALTY Kini Boleh Didapati Menerusi airasia Super App

Hospital Ortopedik ALTY ialah hospital ortopedik pertama di Malaysia yang dimasukkan ke dalam airasia Super App.

alty hospital

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hospital Ortopedik ALTY (ALTY), penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan ortopedik pilihan yang dikhususkan dalam rawatan pembedahan (surgical) dan bukan pembedahan (non-surgical) serta penjagaan tertumpu untuk keadaan Ortopedik dan Muskuloskeletal telah mengumumkan bahawa pakej ortopedik mereka kini boleh didapati menerusi airasia Super App.

ALTY yang merupakan hospital dengan kepakaran tunggal pertama di Malaysia dimasukkan ke airasia Super App – menawarkan sehingga empat pakej di bawah segmen pemeriksaan kesihatan tulang.

Kerjasama itu muncul ketika ALTY terus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan tulang di kalangan rakyat Malaysia.

alty hospital
Sumber: TE Asia Healthcare

Pakej tersebut adalah termasuk:

  • Osteoporosis
  • Arthritis
  • Pemeriksaan menyeluruh seluruh badan (Full Body Screenings)

Kami gembira dapat bekerjasama dengan airasia Super App untuk meluaskan perkhidmatan kami kepada pelanggan di dalam dan luar sempadan. Sambil kami terus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan tulang, kami yakin kerjasama itu akan membuahkan hasil dan kami mengharapkan lebih banyak lagi.

Dr Pavandeep Dhillon Singh, Ketua Pegawai Operasi Hospital Ortopedik ALTY.
alty hospital
Dr Pavandeep Dhillon Singh, Ketua Pegawai Operasi Hospital Ortopedik ALTY.
(Sumber: CodeBlue)

Vincent Gooi, Ketua AirAsia Health berkata, “Di airasia Super App, kami sentiasa menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi pada nilai terbaik dan kami gembira kerana Hospital Ortopedik ALTY menawarkan perkhidmatan mereka kepada 51 juta pengguna yang kami ada pada pangkalan data kami.

“airasia Super App menawarkan 16 jenis produk dan perkhidmatan dari kedua-dua perjalanan dan gaya hidup, mereka yang mencari rawatan daripada Hospital Ortopedik ALTY akan turut mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan lain seperti penerbangan, hotel, panggilan tumpangan, penghantaran makanan dan banyak lagi, dengan mudah dari satu platform,” jelasnya.

Pakej saringan ortopedik kini boleh didapati di airasia Super App, platform perjalanan digital dan gaya hidup terkemuka Asean dengan memilih ikon ‘Health’.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan lanjut, anda boleh [KLIK SINI] atau hubungi +603 2787 0500.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd