Now Reading
Pgeon Umum Program Pgeon Store Bagi Naikkan Pendapatan Perusahaan MKS

Pgeon Umum Program Pgeon Store Bagi Naikkan Pendapatan Perusahaan MKS

Pihak yang berminat boleh menjadi ejen Pgeon Store dengan modal permulaan serendah RM1,000.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pgeon, perkhidmatan penghantaran baru-baru ini telah memperkenalkan Pgeon Store iaitu sebuah program baharu dan mudah yang direka khas buat peniaga Malaysia.

Mengembangkan perniagaan mereka dengan menjadikan premis perniagaan mereka sebagai sebuah tempat untuk penghantaran dan pengambilan bungkusan.

Dengan menjadi Ejen Pgeon Store, PKS dan usahawan solo akan dapat bersama-sama mengembangkan pertumbuhan e-Dagang secara langsung memberi pendedahan untuk jenama mereka secara dalam talian dan luar talian dengan memanfaatkan jutaan rakyat Malaysia yang kini menggunakan penyelesaian penghantaran jarak terakhir.

Melalui inisiatif ini Pgeon menyasarkan untuk merekrut 1,000 ejen baharu menjelang 31 Disember 2022 bagi membantu mereka menerokai pasaran penghantaran jarak terakhir global bernilai lebih USD100 bilion pada masa ini.

Ini akan menjana pendapatan sokongan untuk ejen Pgeon Store yang sah.


Banyak perniagaan dan individu tempatan mengalami masalah kewangan kerana pandemik Covid-19 dan pelbagai sekatan yang dikenakan. Ini mendorong orang ramai mencari jalan lain bagi  memperoleh pendapatan dari pelbagai sumber hanya untuk terus bertahan. Walaupun banyak sekatan telah ditarik balik dan ekonomi semakin pulih, model pendapatan dari pelbagai sumber kini merupakan satu keperluan dalam norma baharu. Program Pgeon Store kami menyediakan keperluan tersebut untuk peniaga dan usahawan – satu sumber pendapatan tambahan yang selamat dengan pelaburan minima dan kelebihan yang besar.

Pgeon Store, Clarence Leong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pgeon.

Pihak yang berminat boleh menjadi ejen Pgeon Store dengan modal permulaan serendah RM1,000.

Proses pemilihan bakal ejen akan dilakukan sepantas seminggu dan mereka kemudian boleh mula beroperasi sebagai ejen dengan perolehan komisen setinggi 50% untuk pelbagai perkhidmatan termasuk:

  • Penghantaran bungkusan
  • Tempahan bungkusan serta rujukan ejen dan tambah nilai

Sistem ini juga membolehkan ejen memperoleh pendapatan lebih melalui penjualan bahan pembungkusan dan bekalan.

Program Pgeon Store menawarkan 4 peringkat perkongsian yang memenuhi keperluan dan kapasiti berbeza bagi PKS dan usahawan masing-masing. Peringkat tersebut termasuk:

  • Lite
  • Standard
  • Plus
  • Caravan

Setiap peringkat mempunyai tahap pelaburan dan keperluan ruangan yang berbeza. Semua peringkat juga disertakan dengan pelbagai jenis barangan kit alu-aluan termasuk sepanduk, risalah, baju-t, pencetak haba bluetooth serta aksesori dan bahan promosi yang lain.

Melalui program Pgeon Store, kami ingin menyediakan program yang sangat mudah diakses dan fleksibel untuk  membolehkan perniagaan dan usahawan dari semua peringkat memanfaatkan segmen yang menguntungkan ini. Inilah sebabnya kami menyediakan pakej kemasukan yang  rendah dan mempunyai  beberapa peringkat – hanya dengan telefon bimbit dan serendah RM1,000 mereka sudah boleh bermula.

Pgeon Store, Clarence Leong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pgeon.

Program Pgeon Store Bantu Ejen.

Program Pgeon Store ini juga bertujuan untuk membantu ejen dengan meningkatkan pelbagai manfaat dalam kedai mereka yang seterusnya boleh meningkatkan prestasi perniagaan utama mereka.

“Kami inginkan program ini bukan sahaja berfungsi sebagai sumber pendapatan tambahan tetapi memberi manfaat lebih kepada ejen ini dengan menjadikan premis mereka sebagai tempat penghantaran yang akan menggalakkan pengguna mengunjungi kedai fizikal mereka.

“Selain itu, melalui program ini juga, kami akan menonjolkan premis mereka di platform digital – membolehkan mereka mendapat pendedahan pemasaran atas talian dan luar talian,” tambahnya.

Program Pgeon Store juga bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan singgah letak bungkusan lebih mudah berbanding sebelum ini, untuk  individu dan perniagaan yang semakin banyak menggunakan perkhidmatan penghantaran jarak terakhir.

Dengan tambahan Pgeon Point yang dicipta oleh program ini, pengguna dapat memilih lebih banyak lokasi untuk menghantar bungkusan mereka dengan kebarangkalian hanya perlu  berjalan ke lokasi berdekatan dengan mereka.

Ditubuhkan pada 2018, Pgeon adalah anak syarikat EasyParcel iaitu platform tempahan perkhidmatan penghantaran terbesar di Malaysia yang telah bekerjasama dengan lebih 60 syarikat di seluruh Asia Tenggara.

Perkhidmatan ini mempunyai hampir 1,000 penghantar kurier dengan 75,000 pelanggan berulang dan terus meningkat.

Secara keseluruhan organisasi ini telah berjaya menghantar lebih 6 juta bungkusan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pgeon dan program Pgeon Store, KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd