Now Reading
Astro Lancar Channel Khas Buat Peminat Pokémon Oktober Ini

Astro Lancar Channel Khas Buat Peminat Pokémon Oktober Ini

Peminat boleh menonton 600 episod dari 13 siri Pokémon dalam bahasa Inggeris di saluran 121 secara percuma bermula 1 Oktober 2026.

In Brief
  • Astro bakal melancarkan Pokémon Pop-Up Channel di saluran 121, boleh ditonton percuma oleh pelanggan Astro, NJOY dan Sooka.
  • Sebanyak 600 episod daripada 13 siri Pokémon akan ditayangkan dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2026.
  • Lapan episod baharu akan dikeluarkan setiap Isnin hingga Jumaat, mengikut susunan kronologi bermula musim pertama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Francais terkenal dari Jepun, Pokémon, kini menyambut ulangtahunnya yang ke-30 pada tahun ini.

Sempena sambutan tiga dekad ini, pelbagai acara melibatkan Pokémon yang dilancarkan, dan Malaysia juga tidak terkecuali.

Terbaharu, syarikat media Astro bakal memperkenalkan saluran pertama di Malaysia yang dikhaskan buat siri Pokémon semata-mata.

Baca Artikel Berkaitan: Pendaftaran Awal Pokémon RUN 30 Malaysia Dibuka Esok, Ini Info Penting

Baca Artikel Berkaitan: Pokemon Center Pop-Up Store Pertama Di Malaysia Dibuka Di KLCC September Ini

Pokémon Pop-Up Channel Bakal Tayang 600 Episod Pokémon

Bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2026, pelanggan Astro, NJOY dan Sooka boleh menonton Pokémon Pop-Up Channel di saluran 121 secara percuma.

Mereka yang mempunyai akaun tidak perlu melanggan pek khas untuk mengakses saluran ini.

Menerusi saluran khas ini, sebanyak 600 episod Pokémon dalam bahasa Inggeris dari 13 siri Pokémon akan dipaparkan buat penonton.

Tayangan Ikut Kronologi, 8 Episod Baharu Setiap Minggu

Memetik The Star, line-up ini merangkumi siri dari pelbagai era francais itu, iaitu:

  • Pokémon: Indigo League
  • Pokémon: The Johto Journeys
  • Pokémon The Series: XY
  • Pokémon The Series: Sun & Moon
  • Pokémon Ultimate Journeys: The Series

Kesemua episod Pokémon ini akan ditayangkan mengikut susunan kronologi. Bermula dengan musim pertama, sebanyak lapan episod akan dikeluarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Penonton juga boleh layari episod kegemaran mereka secara on demand menerusi Astro GO dan Sooka.

Siri pertama Pokémon juga bakal ditayangkan yang pastinya akan mengimbau nostalgia.

Saksikan ‘Pokémon Master Journeys: The Series’ Di Astro Ceria

Dalam masa sama, musim ke-24 Pokémon Master Journeys: The Series dalam Bahasa Melayu akan terus ditayangkan oleh Astro.

Mereka yang berminat boleh menonton siri tersebut di saluran Astro Ceria (Ch 611) pada jam 3 petang, setiap Khamis dan Jumaat.

Tayangan di Astro Ceria akan disiarkan lebih awal sebelum episod dimasukkan ke Pokémon Pop-Up Channel.

Baca Artikel Berkaitan: 10 Kad Pokémon Paling ‘Rare’ Menjadi Buruan Pengumpul Kad – Ada Yang Berharga Siap Boleh Beli Rumah!

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Malaysia Raih Kad Mew ex FUR, Antara Nilai Tertinggi Dalam Set M6a Pokémon Jepun

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berjaya Jual Koleksi Kad Pokémon Pada Harga RM1,870,000, Siap Ada Kad Edisi Holo Terhad!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd