Proton achieved its highest monthly domestic sales of 22,632 units in August, its strongest monthly performance since January 2010.
The Proton Saga led sales with 7,347 units in August, while the e.MAS 5 set a new national monthly EV record with 4,818 units sold.
Proton's export sales reached 2,477 units in August, the highest monthly figure since January 2011, spanning five international markets.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama kereta nasional negara, Proton, semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia, apatah lagi dengan penghasilan model-model baharu termasuk kenderaan elektrik e.MAS.
Pada Ogos, Proton melakar sejarah baharu apabila mencapai jualan bulanan tertinggi, sekali gus mencatatkan prestasi bulanan terkuat sejak Januari 2010.
Memetik MalayMail, Proton telah mencapai jumlah jualan domestik bulanan sebanyak 22,632 unit pada Ogos dengan kadar jualan 22.7% lebih tinggi berbanding Julai.
Rekod ini didorong oleh permintaan yang stabil untuk model petrol, penghantaran kenderaan elektrik rekod dan eksport yang lebih kuat.
Lebih 27% Kereta Baharu Dijual Di Malaysia Ogos Lalu Dari Jenama Proton
Bagi tempoh lapan bulan pertama 2026, Proton mencatatkan jualan sebanyak 141,421 unit kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 40.2% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pembuat kereta itu menganggarkan sekitar 27.9% kereta baharu yang dijual di Malaysia pada Ogos adalah dari jenama Proton.
Ini menunjukkan Proton telah menjual kira-kira 25.6% daripada keseluruhan kereta baharu di dalam negara bagi tahun ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Rashid Musa, berkata rekod dicatatkan itu mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap model-model Proton.
Tambah beliau, Proton turut mencapai jualan tinggi menerusi perniagaan eksportnya.
Abdul Rashid berkata jenama e.MAS juga turut mempunyai pegangan tinggi dalam pasaran kenderaan elektrik.
Proton Saga Model Paling Banyak Terjual Pada Ogos, e.MAS 5 Jadi EV Pilihan
Kejayaan Proton dalam mencapai rekod tertinggi itu dapat dikaitkan dengan penjualan model Saga yang meraih jualan tertinggi sebanyak 7,347 unit pada Ogos.
Menerusi angka jualan ini, sebanyak 60,000 unit Saga telah terjual bagi lapan bulan pertama 2026, iaitu peningkatan sebanyak 33.3% berbanding tahun lalu.
Dalam masa sama, model S70 mencatatkan prestasi bulanan terbaik menerusi penjualan 3,235 unit bagi Ogos 2026, sekali gus meraih jualan 17,953 unit setakat lapan bulan pertama tahun ini yang melebihi jualan sepanjang tahun 2025.
SUV compact Proton X50 pula kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia dengan 2,274 unit telah dijual.
Dalam pasaran kenderaan elektrik, Proton e.MAS telah meraih jualan 6,047 unit bagi Ogos lalu, dengan 4,818 unit e.MAS 5 terjual yang mencatatkan rekod bulanan kebangsaan baharu bagi satu-satunya model EV.
Foto: MalayMail
Proton Catat Momentum Baharu Dalam Pasaran Eksport
Dalam masa sama, Proton turut menunjukkan peningkatan momentum dalam pasaran eksport, mencecah 2,477 unit terjual iaitu angka tertinggi bulanan sejak Januari 2011.
Proton kini menghasilkan lebih banyak kenderaan Geely di kilangnya di Tanjong Malin, Perak bagi pasaran luar negara.
Setakat ini, sebanyak 6,059 unit telah dijual di pasaran eksport, mengatasi jumlah 6,000 unit terjual bagi sepanjang tahun 2025.
Proton e.MAS turut mencatatkan momentum dalam pasaran eksport setelah mula dipasarkan di lima negara iaitu Singapura, Trinidad dan Tobago, Mauritius, Nepal dan Sri Lanka.