Sempena Merdeka, Chef Wan Raikan Jenama Tempatan Yang Menyatukan Rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia kini dapat menikmati pelbagai jenama tempatan kegemaran semua dalam satu aplikasi.
- Grab Malaysia, bersama Chef Wan, melancarkan kempen Merdeka 2026 meraikan jenama tempatan dalam satu aplikasi dari 17 Ogos hingga 17 September.
- Kempen ini menghimpunkan jenama tempatan seperti ZUS Coffee, Marrybrown dan Jaya Grocer, memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia.
- Rakyat Malaysia berpeluang memenangi kredit penerbangan RM100,000 menerusi peraduan Cuba-Cuba Lokal, Cuti-Cuti Lokal menggunakan kod promosi MERDEKA.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Grab Malaysia berganding bahu dengan ikon kulinari negara, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan, bagi melancarkan kempen Grab x Merdeka 2026: Discover the Best of Malaysia.
Berlangsung dari 17 Ogos hingga 17 September 2026, kempen ini meraikan segala yang terbaik dari tanah air, yang kini mudah ditemui dalam satu aplikasi.
Menerusi kempen itu, Grab menghimpunkan jenama tempatan yang mengiringi rutin harian rakyat, daripada secawan kopi pada waktu pagi sehinggalah barangan dapur untuk hidangan malam keluarga.
Kempen Ini Menghimpunkan Jenama Tempatan Kegemaran Rakyat Dalam Satu Aplikasi

Grab menghimpunkan pelbagai jenama tempatan yang mengiringi rutin harian rakyat Malaysia.
Sebagai contoh, seseorang boleh memulakan pagi dengan secawan kopi daripada ZUS Coffee atau menikmati sajian tempatan yang tidak lekang ditelan zaman daripada Oriental Kopi.
Di sebelah tengah hari pula, perut lapar boleh disajikan dengan hidangan segera daripada Marrybrown serta menikmati minuman teh boba menyelerakan menerusi Tealive atau Beautea.
Bagi mereka yang mahukan hasil segar tempatan serta barangan dapur boleh lakukan tempahan daripada Jaya Grocer menerusi satu aplikasi sahaja.
Gabungan jenama ini menggambarkan kepelbagaian pilihan tempatan yang boleh dinikmati rakyat Malaysia, dari waktu pagi sehinggalah ke malam.
Chef Wan Membawa Sentuhan Tersendiri Sebagai Duta Kempen

Chef Wan mengetengahkan sentuhan tersendiri serta cintanya yang mendalam terhadap suasana gastronomi Malaysia.
Menerusi peranan itu, beliau turut mengangkat kepelbagaian dan kemeriahan sajian tempatan, sekali gus meraikan jenama tempatan yang menjadi pilihan rakyat setiap hari.
Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Tan Jiong Jian berkata syarikat itu berbangga menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia.
“Grab berbangga menjadi penghubung yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia, daripada menghantar kopi untuk sarapan, menawarkan Group Rides ke Pasar Seni, hinggalah memudahkan urusan pembelian barangan dapur pada saat-saat akhir sebelum menyediakan makan malam untuk keluarga.
“Sempena Merdeka ini, kami mengembangkan lagi hubungan ini dengan membawakan ikon seperti Chef Wan untuk bekerjasama dengan jenama tempatan kegemaran rakyat Malaysia, bagi meraikan segala yang terbaik dari Malaysia dengan sentuhan yang tulus, ceria dan dekat di hati.”
Menerokai Pelbagai Destinasi Tempatan Menarik

Menambah kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan, rakyat Malaysia turut berpeluang meneroka destinasi tempatan menerusi peraduan Cuba-Cuba Lokal, Cuti-Cuti Lokal.
Menerusi peraduan itu, mereka berpeluang memenangi sebahagian daripada kredit penerbangan berjumlah RM100,000 dengan menggunakan kod promosi MERDEKA di GrabFood, GrabMart atau ketika menaiki Grab.
Selain itu, Grab turut menawarkan pelbagai promosi sempena Merdeka di seluruh aplikasi, termasuk tawaran Dine Out, diskaun restoran serta penjimatan di GrabMart.
Dengan cara ini, rakyat Malaysia boleh menyokong peniaga tempatan sambil menikmati hidangan kegemaran mereka.
Panduan 5-Star Eats Bantu Pencinta Makanan Teroka Hanya Pilihan Terbaik
Bagi kaki foodie yang ingin meneroka lebih banyak pilihan, Grab turut menyediakan Panduan Makanan 5-Star Eats.
Disokong oleh jutaan ulasan tulen daripada pelanggan dan dibangunkan dengan kerjasama Tourism Malaysia, panduan ini membantu penduduk tempatan dan pelancong menemui pilihan kulinari yang dipercayai serta mendapat penilaian tinggi di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan peraduan Cuba-Cuba Lokal, Cuti-Cuti Lokal, orang ramai boleh melayari laman rasmi Grab.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.