F1 Bahrain Grand Prix Malaysia 2026: Tiket Pas 3 Hari Habis Dijual, Buat Peminat Gelisah
Perlumbaan F1 terakhir di Sepang adalah pada tahun 2017 yang dimenangi oleh Max Verstappen.
- Tiket pas 3 hari bagi F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 di Sepang telah habis dijual dalam masa singkat.
- Peminat yang terlepas peluang masih boleh berharap, kerana tiket harian dijangka akan dijual secara berasingan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Penantian hampir sedekad untuk menyaksikan aksi perlumbaan Formula 1 (F1) secara langsung di Malaysia bakal berakhir.
Bagi mereka yang lambat bertindak, peluang keemasan itu sudah pun terlepas begitu sahaja.
Ini kerana harga tiket bagi Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 telah dibuka semalam (13 Ogos) dan pas untuk 3 hari dilaporkan sudah habis dijual dalam tempoh masa singkat.
Grand Prix Bahrain Bakal Berlangsung Di Sepang Selama Tiga Hari Pada Oktober Ini

Grand Prix Bahrain bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selama 3 hari, iaitu dari 2 hingga 4 Oktober 2026 dan menandakan kepulangan rasmi F1 ke Malaysia selepas perlumbaan terakhir pada tahun 2017.
Struktur hujung minggu perlumbaan tersebut adalah seperti berikut:
- Jumaat (2 Oktober): Sesi Latihan Bebas
- Sabtu (3 Oktober): Sesi Kelayakan
- Ahad (4 Oktober): Sesi Perlumbaan
Tiket Berharga RM200 Dilihat Sebagai Pilihan Paling Berbaloi Untuk Orang Malaysia

Menurut laman web rasmi Bahrain GP, harga tiket G Hillstand dijual pada harga RM200 dilihat sebagai pilihan berbaloi untuk menikmati aksi perlumbaan F1.
Cuma perlu diingatkan, G Hillstand adalah kawasan tontonan lapang beralas rumput dan tidak disediakan tempat duduk khas. Ia menawarkan pemandangan panoramik sebahagian litar SIC serta akses ke zon hiburan luar trek.
Bagi peminat antarabangsa pula, harga tiket 3 hari ini ditawarkan di antara USD 218.90 hingga USD 566.05 mengikut zon tempat duduk.
Kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun layak menerima diskaun 25% untuk pembelian tiket kecuali zon G Hillstand. Manakala, kanak-kanak di bawah umur 3 tahun boleh masuk secara percuma tanpa tempat duduk khas disediakan.
Berikut adalah harga tiket yang dijual melalui laman web rasmi Bahrain Grand Prix:
- Harga tiket untuk penonton antarabangsa:
| Zon Lokasi | Pengalaman | Harga Untuk Tiket 3 Hari |
|---|---|---|
| Main Grandstand | Tempat duduk khas dan berbumbung | USD566.05 (RM2311.80) |
| K1 Grandstand | Tempat duduk khas dan berbumbung | USD3576.20 (RM14,605) |
| F Grandstand | Tempat duduk khas dan berbumbung | USD350.90 (RM1433.11) |
| B Hillstand | Tiada tempat duduk dan tidak berbumbung | USD218.90 (RM894.01) |
| C Hillstand | Tiada tempat duduk dan berbumbung separuh | USD218.90 (RM894.01) |
- Harga tiket untuk penonton tempatan (pemegang MyKad)
| kasi | Pengalaman | Harga Untuk Tiket 3 Hari |
|---|---|---|
| Main Grandstand | Tempat duduk khas dan berbumbung | RM2,083.40 |
| K1 Grandstand | Tempat duduk khas dan berbumbung | RM1,386 |
| F Grandstand | Tempat duduk khas dan berbumbung | RM1,291.40 |
| B Hillstand | Tiada tempat duduk dan tidak berbumbung | RM809.60 |
| C Hillstand | Tiada tempat duduk dan berbumbung separuh | RM809.60 |
| G Hillstand | Tiada tempat duduk dan tidak berbumbung | RM200 |
Zon Mana Patut Anda Pilih Untuk Menikmati Perlumbaan F1 Di Litar Sepang? Ini Panduannya

Litar sepanjang 5.5 kilometer (km) ini menawarkan pelbagai sudut tontonan menarik yang dapat memenuhi setiap citarasa peminatnya.
Berikut adalah panduan ringkas setiap zon tempat duduk bagi memudahkan anda melakukan keputusan ketika proses pembelian tiket:
- Main Grandstand (Berbumbung): Pilihan ideal untuk merasai debaran hari perlumbaan. Terletak di hadapan laluan permulaan dan penamat, pit lane, garaj pasukan membolehkan anda melihat aksi sebelum serta selepas perlumbaan.
- K1 Grandstand: Terletak di selekoh 1 dan 2 menjadikan lokasi strategik untuk melihat drama awal perlumbaan, terutamanya pecutan pertama sebaik sahaja lampu isyarat dipadamkan.
- F Grandstand: Menghadap selekoh 7 dan 8 yang dikenali sebagai double-apex sesuai untuk peminat ingin menyaksikan teknik pemandu mengimbangi kelajuan mengendalikan jentera F1.
- B dan C Hillstand: B Hillstand (terbuka) menghadap selekoh 12 hingga 14 menuju ke penghujung pusingan. Manakala, C Hillstand (separuh berbumbung) menawarkan pemandangan selekoh 9 hingga 11 serta laluan lurus belakang.
Jika Terlepas Peluang, Jangan Risau! Boleh Cuba Dapatkan Tiket Single Day
Ketika penulisan artikel ini, majoriti pas 3 hari sudah habis dijual sehingga menyebabkan laman web rasmi Grand Prix Bahrain mengalami masalah teknikal akibat lonjakan trafik yang tinggi.
Tetapi, jangan putus harapan terlebih dahulu kerana berdasarkan satu perkongsian daripada seorang pengguna (@rustinpe4ce) berkata kemungkinan besar tiket harian akan dijual secara berasingan.
Ini sesuai bagi mereka yang terlepas peluang untuk membeli pas 3 hari tersebut dan boleh menjadi talian hayat terakhir untuk menyaksikan kepulangan semula F1 di Sepang.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Kemarau 9 Tahun Berakhir, Sepang Bakal Menganjurkan Perlumbaan F1 Pada Oktober 2026
Baca Artikel Berkaitan: Ketahui Sejarah Litar Antarabangsa Sepang, Litar F1 Paling Ikonik & Kebanggaan Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.