Musim El Nino & Kebakaran Di Indonesia Jadi Punca Jerebu Kembali Di Negara
Samarahan, Sarawak mencatat bacaan tertinggi 169, diikuti Kuching dan Kuala Lumpur.
- Jerebu kembali melanda Malaysia akibat cuaca kering, fenomena El Nino yang semakin kuat, dan kebakaran hutan di Indonesia.
- Pakar jangkakan El Nino kali ini lebih kuat berbanding 1997 dan 2015, dengan kesan buruk dijangka berterusan hingga September.
- Orang ramai dinasihatkan kekal di dalam rumah, pakai topeng N95, dan elak sebarang pembakaran terbuka buat masa ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai rakyat Malaysia bangun pagi hari ini dengan pemandangan yang sedikit berbeza, iaitu langit kelabu dan bau kepulan asap terbakar.
Cahaya matahari pun tidak menembusi awan seperti kebiasaannya.
Apabila melihat bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI), Kuala Lumpur telah mencatatkan bacaan AQI 141 dari jam 8 pagi tadi.
Lebih membimbangkan, bacaan lebih tinggi telah direkodkan di Samarahan, Sarawak iaitu 169.
Negeri Sarawak Mencatat Bacaan API Tertinggi Berbanding Semenanjung Malaysia

Selain Samarahan, Kuching turut mencatatkan bacaan tinggi iaitu 166, diikuti Bintulu dengan 159.
Manakala, negeri Sabah pula, bacaan setinggi 100 direkodkan beberapa kilometer di utara Kota Kinabalu.
Bagi Ipoh yang berada pada bacaan 116 dikategorikan sebagai tidak sihat bagi kumpulan sensitif.
Sementara itu, beberapa kawasan lain di Semenanjung Malaysia masih berada pada tahap sederhana dengan bacaan di bawah 100.
El Nino Dan Kebakaran Di Indonesia Punca Jerebu Kembali Semula
Persoalannya dari mana datangnya jerebu ini kembali menganggu udara sihat di negara kita?
Menurut laporan The Star, keadaan tersebut berkemungkinan besar berpunca daripada cuaca kering dan fenomena El Nino yang semakin kuat serta kebakaran yang berlaku di Indonesia.
Pakar klimatologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang berkata keadaan ini selari dengan kesan El Nino yang begitu kuat.
“Keadaan cuaca yang lebih kering di selatan Sumatera dan Kalimantan telah meningkatkan risiko kebakaran hutan. Pada masa sama, angin barat daya sepanjang Monsun Barat Daya membantu membawa asap itu ke arah Sarawak.”
Dr Fredolin Jangka El Nino Kali Ini Lebih Kuat Berbanding 1997 Dan 2015

Dr Fredolin turut meramal musim El Nino kali ini semakin kuat menjelang penghujung 2026.
Malah, beliau turut menjangkakan kesannya jauh lebih kuat berbanding 2 tahun sebelum ini pada 1997 hingga 1998 dan 2015 hingga 2016.
Beliau turut memberi amaran bahawa negeri di utara semenanjung berkemungkinan mengalami cuaca lebih panas serta kering pada awal tahun depan.
Di samping itu, selatan Sarawak berkemungkinan terjejas dengan pergerakan jerebu dari Kalimantan.
Cuaca yang lebih kering boleh meningkatkan risiko kebakaran setempat terutama di kawasan utara Sarawak dan Sabah.
Hujan Hanya Akan Membersihkan Udara Buat Sementara Waktu
Pakar meteorologi Universiti Malaya, Emeritus Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah pula berkata, dari bulan Julai hingga September memang musim pembakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan.
Keadaan ini lebih kurang sama seperti musim jerebu yang berlaku pada tahun 2019 dahulu.
“Memandangkan jerebu ini datang dari luar sempadan, hujan di Kuala Lumpur boleh membersihkan udara. Tetapi, ia hanyalah kesan sementara kerana angin dari barat daya akan membawa asap itu kembali.”
Beliau menambah keadaan ini berkemungkinan akan berterusan sehingga September, terutamanya jika cuaca di Sumatera dan Kalimantan kekal kering.
Jangan Lupa Untuk Pakai Face Mask Dan Elak Pembakaran Terbuka

Buat masa ini, orang ramai dinasihatkan mengurangkan pendedahan kepada jerebu dengan berada di dalam rumah sebaik mungkin.
Bagi golongan yang sensitif terhadap perubahan kualiti udara perlu memakai face mask N95 ketika berada di luar serta memastikan minum air sepanjang hari.
Tingkap dan pintu balkoni pula perlu ditutup sepanjang masa bagi mengelakkan udara tercemar berkumpul dalam rumah.
Jika anda mempunyai mesin air purifier, inilah masa terbaik untuk menggunakannya.
Selain itu, individu yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma atau brokitis perlu memberi perhatian lebih kepada kesihatan masing-masing.
Sekiranya pernafasan mula terganggu, janganlah tangguh dan berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
Paling penting, elakkan membakar sampah atau daun kering pada waktu begini kerana ia akan membuatkan masalah ini berlarutan.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Kini Semakin Panas, Ini Tips Turunkan Suhu Dalam Kereta | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Suhu Di Malaysia Bakal Mencecah 39 Hingga 40 Darjah Celsius Akibat Fenomena Super El Nino | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.