Malaysia Airlines Ajak Rakyat Sertai Cabaran Berbasikal, Rebut Peluang Ke Melbourne Bersama Datuk Azizulhasni
Mereka yang berjaya melengkapkan cabaran “Ride Together, Fly Together” juga akan menerima kod promosi bagi diskaun 15% untuk penerbangan bersama Malaysia Airlines.
- Malaysia Airlines telah melancarkan cabaran "Ride Together, Fly Together" yang mengajak orang ramai berbasikal sejauh 6.5 kilometer menerusi Strava.
- Lima pemenang bertuah akan menang perjalanan ke Melbourne untuk berbasikal bersama legenda sukan negara, Datuk Azizulhasni Awang.
- Peserta yang melengkapkan cabaran ini akan menerima kod promosi diskaun 15% untuk penerbangan bersama Malaysia Airlines.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Siapa sahaja rakyat Malaysia yang tidak mengenali legenda Datuk Azizulhasni Awang yang berjaya mengharumkan nama negara menerusi kehebatannya dalam sukan berbasikal, kan?
Malah beliau melakar sejarah apabila berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara keirin di Sukan Komanwel Glasgow 2026 pada Julai lalu.
Kini, orang ramai boleh bersama-sama melibatkan diri dalam sukan berbasikal dan berpeluang memenangi percutian bersama legenda sukan negara itu.
Cabaran ‘Ride Together, Fly Together’, Berbasikal 6.5km Untuk Peluang Jadi Pemenang Terpilih
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines baru-baru ini telah melancarkan cabaran “Ride Together, Fly Together” yang memberi peluang kepada komuniti sukan, khususnya penunggang basikal, untuk memenangi pengalaman berbasikal di Melbourne bersama Azizulhasni.
Berlangsung dari 7 hingga 28 Ogos ini, cabaran itu mengajak peserta untuk menyelesaikan aktiviti berbasikal sejauh 6.5 kilometer menerusi platform Strava.
Untuk menyertai cabaran tersebut, ikuti langkah di bawah:
- Sertai MHSports Challenge rasmi di Strava [DI SINI].
- Catatkan sekurang-kurangnya 6.5 kilometer bagi aktiviti berbasikal sepanjang tempoh cabaran berlangsung.
- Hantarkan maklumat anda dan tangkap layar pencapaian menerusi laman kempen cabaran MHsports untuk peluang menjadi salah seorang daripada lima pemenang.
Tiada sebarang tempahan penerbangan yang perlu dibuat untuk menyertai cabaran tersebut.
Lengkapkan Cabaran & Terima Diskaun 15% Bagi Penerbangan Malaysia Airlines
Apa yang lebih menarik, peserta yang berjaya melengkapkan cabaran tersebut akan menerima kod promosi bagi diskaun 15% untuk penerbangan bersama Malaysia Airlines.
Bagi peserta yang menghantar maklumat kepada MHsports pula berpeluang menerima kod promosi berasingan diskaun 10% bagi penerbangan terpilih pada masa akan datang.
5 Pemenang Bertuah Akan Sertai Program Berbasikal Eksklusif Di Melbourne
Lima pemenang bertuah dalam cabaran tersebut akan terpilih untuk perjalanan ke Melbourne dengan semua perbelanjaan ditanggung bersama Pocket Rocketman yang merupakan Duta MHsports.
Mereka akan menyertai program berbasikal eksklusif dan mendapat akses khas ke trek basikal elit Joe Ciavola Velodrome (DISC Velodrome), yang termasuk sesi pemerhatian latihan, lawatan velodrom, persembahan peralatan dan teknologi, cabaran sprint WattBike, dan sesi meet-and-greet bersama juara berbasikal itu.
Lebih menarik lagi, lima pemenang ini akan berbasikal di samping Azizulhasni dalam perjalanan sejauh 60.7 kilometer dari St Kilda ke Mount Martha, iaitu di sepanjang persisir pantai Port Phillip Bay.
Ketua Pegawai Eksekutif Airline Business dari Malaysia Aviation Group (MAG), Bryan Foong, berkata MHsports diwujudkan bagi memudahkan perjalanan buat para atlet, kumpulan sukan dan komuniti aktif untuk menyertai pertandingan atau latihan di luar negara.
“Menerusi inisiatif ini, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang agar kekal aktif sementara membuktikan bagaimana Malaysia Airlines boleh menyokong perjalanan sukan mereka melangkau destinasi.
“Bersama-sama Datuk Azizulhasni Awang, kami memberi peluang kepada penunggang basikal untuk melakukan aktiviti itu di samping salah seorang ikon sukan hebat Malaysia dan melihat sendiri dunia trek berbasikal elit,” katanya dalam satu kenyataan.
Lima pemenang bertuah ini turut berpeluang menikmati percutian di Melbourne yang terkenal dengan budaya kopi, seni jalanan dan pengalaman urban yang meriah.
MHsports Bantu Komuniti Sukan Untuk Perjalanan Lebih Lancar
Direka khas bagi komuniti sukan, MHsports menawarkan perjalanan dengan tarikh fleksibel, tambahan kuota bagasi 10kg, pemilihan tempat duduk secara percuma dan daftar masuk awal.
Penumpang juga dibenarkan membuat pra-tempahan tempat duduk dan menambah penumpang 24 jam sebelum pengeluaran tiket agar lebih mudah untuk mengurus pasukan dan jika terdapat sebarang perubahan pada saat akhir.
Dalam pada itu, Malaysia Airlines turut menawarkan harga promosi dengan tempaha boleh dibuat mulai sekarang hingga 30 Oktober, bagi penerbangan sehingga 30 November 2026.
Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapatkan menerusi laman kempen MHsports [DI SINI].
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.