Now Reading
TWICE Momo Dikecam Rosakkan Kad Pokémon Gred PSA 9 Untuk Jadi Hiasan Belakang Telefon

TWICE Momo Dikecam Rosakkan Kad Pokémon Gred PSA 9 Untuk Jadi Hiasan Belakang Telefon

Harga kad Suicune EX boleh dijual sekitar harga RM3,334.

In Brief
  • TWICE's Momo sparked controversy after removing her PSA 9 graded Suicune EX card from its protective case to use as phone decoration.
  • Collectors were divided, with some upset over the decision while others joked Momo actually increased the card's value by touching it.
  • The card can be re-submitted for grading, but it has permanently lost its PSA 9 certified status after being removed from its slab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Trend mengumpul, jual dan beli kad permainan Pokémon telah menjadi satu hobi yang sangat bernilai membuatkan ramai orang akan menyimpannya dalam bekas pelindung khas supaya dilindungi daripada sebarang kerosakan.

Tetapi tak semua orang bersependapat sama kerana anggota kumpulan TWICE, Momo telah mencetuskan kontroversi di kalangan pengumpul, apabila dia mengeluarkan kad Pokémon gred PSA 9 miliknya daripada bekas pelindung itu untuk dijadikan hiasan di belakang telefon pintarnya.

Penyanyi dan penari berasal dari Jepun itu telah menunjukkan kad tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 19 Julai lalu.

Kad Suicune EX Dijadikan Hiasan Di Sebalik Kes Telefon Momo

Momo bersama kad Pokémon. (Foto: @momo / Instagram)

Menurut Dexerto, setelah gambar yang dimuat naik di Instagram milik Momo tular. Ramai peminat dengan cepat mula mengenal pasti kad yang terselit di belakang telefon miliknya.

Kad tersebut dikenal pasti sebagai Suicune EX edisi pertama daripada set Jepun, Magma vs Aqua: Two Ambitions.

Kemudian, Momo telah muat naik gambar selfie dengan kad tersebut yang diletakkan pada pipinya.

Dalam masa sama, dia juga menunjukkan gambar bekas PSA yang telah dibuka, seolah-olah mengesahkan bahawa kad itu sengaja dikeluarkan.

“Kad Pokémon Suicune milik Momo asalnya bergred PSA 9, tetapi dia membuka bekasnya semata-mata untuk dimasukkan ke dalam case telefonnya,” kata seorang pengguna di X.

Pengumpul Kad Pokémon Kurang Senang Melihat Tindakan Momo

Kad Pokémon. (Foto: PKM Hobby)

Tindakan itu telah membuatkan pengumpul kad dan peminat TWICE terbahagi kepada dua pandangan.

Seorang pengguna mempersoalkan tindakan Momo melakukan sebegitu dengan sekeping kad yang telah digredkan. Sedangkan, dia boleh memilih kad biasa yang lebih murah.

Malah, ada pula yang berpendapat pemilik kad tersebut bebas untuk menikmati barang berharga mereka mengikut cara tersendiri.

Menariknya, sebahagian yang lain bergurau bahawa Momo sebenarnya telah menaikkan nilai kad itu, bukan merosakkannya.

“Kad yang pernah menyentuh kulitnya sepatutnya bernilai empat kali ganda daripada PSA 10.” tulis seorang peminat.

Rakan sekumpulannya, Nayeon turut menyertai gurauan itu dengan menulis “Curi kad itu” di ruangan komen hantaran Instagram Momo.

Kad Masih Boleh Dinilai Semula Namun Kehilangan Status Sahihnya

Untuk pengetahuan am, tindakan membuka bekas itu sebenarnya tidak merosakkan kad tersebut secara fizikal.

Momo masih boleh menghantar semula kad itu untuk proses menilai semula gred pada bila-bila masa.

Namun, kad tersebut tidak lagi membawa status sahih PSA 9 setelah ia dikeluarkan daripada bekas pelindung unik itu.

Selain itu, sebarang calar atau kerosakan yang didapati pada kad tersebut ketika berada dalam telefon boleh menyebabkan grednya menjadi lebih rendah sekiranya dihantar semula untuk dinilai mengikut piawaian PSA.

Kad Suicune ex Ini Dikeluarkan Pada 2003 Menerusi Set Magma vs Aqua

Sebagai info tambahan, kad Suicune EX 027/080 ini pada asalnya dikeluarkan pada 24 Oktober 2003 menerusi set Jepun, Magma vs Aqua: Two Ambitions.

Menurut PriceCharting, sekeping kad bergred PSA 9 dinilai sekitar AS$171.29 (RM701). Manakala kad tanpa gred dianggarkan bernilai AS$54.65 (RM223), dan kad yang mempunyai nilai gred PSA 10 selalunya dijual lebih tinggi iaitu sekitar AS$813.82 (RM3,334).

Walau bagaimanapun, anggaran PSA 9 itu hanya berdasarkan satu jualan yang direkodkan, iaitu sekeping kad yang terjual pada harga RM701 pada Jun 2025, menjadikan rekod jualannya sangat terhad.

Di eBay pula, kad bergred PSA 9 kini disenaraikan pada harga jauh lebih tinggi, iaitu sekitar AS$650 (RM2,663) hingga melebihi AS$1,000 (RM4,097), tetapi itu hanyalah harga tawaran dan bukan jualan yang telah disempurnakan.

Maka tidak hairanlah jika sesetengah laporan menilai kad milik Momo pada harga melebihi AS$2,000 (RM8,195), sekali gus menjadikan tindakannya itu terus menjadi bahan perbualan di kalangan pengumpul kad sehingga hari ini.

Seorang Wanita Malaysia Membuka Kotak Kad Pokémon Disyaki Dicuri Dari Kilang

Wanita streamer dari Malaysia membuka pek kad disyaki dicuri. (Foto: Rare Cards)

Seminggu yang lalu, seorang wanita Malaysia didapati telah membuka kotak kad Pokémon edisi bahasa Inggeris secara live, sambil mengenakan bayaran sebanyak RM4,600 per pek kepada penonton.

Menariknya tentang kotak kad tersebut adalah ia merupakan antara koleksi paling dinanti-nantikan oleh peminat pada tahun ini dengan pelancaran rasmi di seluruh dunia dijadualkan pada 16 September.

Oleh itu, ramai di kalangan komuniti pengumpul kad Pokémon mensyaki bahawa perempuan ini telah mencuri daripada kilang ketika dalam proses penghantaran kepada pengedar yang disahkan oleh syarikat Pokémon.

Kerana ia sangat mustahil koleksi kad ini boleh sampai ke tangan orang menerusi cara yang sah.

Perempuan tersebut dilaporkan berkata dalam live tersebut bahawa dia “tidak terikat dengan perjanjian pengedar”, lalu mendakwa memperoleh kad tersebut menerusi kenalan rapat.

Insiden tersebut boleh mendatangkan risiko tinggi kerana syarikat yang mengendalikan kad permainan ini iaitu, The Pokémon Company International (TPCi) pernah menyaman beberapa pihak yang membocorkan maklumat sebelum tarikh pengeluaran rasminya.

Tambahan pula, sebarang kakitangan yang terlibat dalam bab percetakan dan pengedaran kad Pokémon sering terikat dengan perjanjian sulit (NDA) sangat ketat.

Streamer itu mungkin tidak menandatangani sebarang NDA, tetapi mengambil keuntungan daripada barang disyaki dicuri menerusi transaksi secara live bukanlah satu tindakan yang bijak.

Baca Artikel Berkaitan: Kad Pokémon Yang Sepatutnya Belum Wujud Muncul Di Malaysia, Disyaki Dicuri Dari Kilang | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Pokemon Center Pop-Up Store Pertama Di Malaysia Dibuka Di KLCC September Ini | TRP

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd