Now Reading
Pelakon Cilik Dari Singapura Raih Anugerah ‘Best Actress’ Di Festival Filem Antarabangsa Malaysia

Pelakon Cilik Dari Singapura Raih Anugerah ‘Best Actress’ Di Festival Filem Antarabangsa Malaysia

Ong Xuan Jing memenangi anugerah ini bagi debut lakonannya dalam filem Ah Girl dan hanya berusia tujuh tahun ketika penggambaran dijalankan.

In Brief
  • Ong Xuan Jing, kanak-kanak perempuan dari Singapura berusia tujuh tahun, merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di MIFFest ke-9.
  • Ong berkongsi anugerah Best Actress bersama pelakon Switzerland, Lila Gueneau, bagi lakonan masing-masing dalam drama berbeza.
  • Filem Ah Girl turut meraih anugerah New Hope Award di Malaysia Golden Global Awards, menjadikan kejayaan berganda buat produksi tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memenangi anugerah lakonan pada usia muda adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.

Ketika Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-9, kanak-kanak perempuan dari Singapura, Ong Xuan Jing, meraih perhatian apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Malaysia Golden Global Awards.

Anugerah itu diterima ketika majlis penutupan MIFFest 25 Julai lalu bagi lakonannya dalam filem drama Ah Girl (2026).

Ong Xuan Jing Raih Anugerah Best Actress MIFFest Bersama Lila Gueneau

Ong yang pertama kali berlakon menerusi filem Ah Girl itu hanya berusia tujuh tahun ketika penggambaran dijalankan.

Bintang kanak-kanak itu bukanlah pemenang tunggal, tetapi berkongsi anugerah Best Actress MIFFest bersama pelakon Switzerland, Lila Gueneau yang membawa watak dalam drama Perancis Silent Rebellion (2025).

Calon-calon lain dalam kategori sama termasuk pelakon Taiwan 9m88, pelakon Sudan Buliana Simon dan Katerina Falbrova dari Czech.

Memetik The Star, Ong menyifatkan momen kemenangannya “seperti satu mimpi”.

Dia turut memberi kredit kepada artis Carrie Wong dan James Seah yang melakonkan watak ibu bapanya dalam filem tersebut atas segala kesabaran dan bimbingan yang diberikan sepanjang penggambaran berlangsung.

“Mereka berkongsi pengalaman berlakon mereka, yang membantu saya untuk menjiwai watak,” katanya.

Ong juga tidak mengetepikan pelajaran serta kekal berdisiplin dalam mengimbangkan antara kerja sekolah dan karier lakonannnya.

Ong Terima Anugerah Firebird Award for Best Actress Di HKIFF ke-50

Ini bukanlah pertama kali Ong merangkul anugerah sedemikian dan merupakan penganugerahan lakonan kedua yang diterima olehnya.

April lalu, pelakon cilik itu membawa pulang anugerah Firebird Award for Best Actress di Festival Filem Antarabangsa Hong Kong (HKIFF) ke-50.

Kejayaan ini sekali gus menjadikan Ong penerima Best Actress termuda dalam sejarah HKIFF, mengatasi saingan berprofil tinggi termasuk pemenang Golden Horse Best Supporting Actress, Hao Lei dan bintang Taiwan, Ariel Lin.

Ah Girl Raih Anugerah New Hope Award

Selain kejayaan Ong, filem Ah Girl sendiri arahan Ang Geck Geck Priscilla turut meraih anugerah New Hope Award di Malaysia Golden Global Awards.

Ah Girl merupakan sebuah filem tentang seorang kanak-kanak yang terpaksa ‘menjadi dewasa’ pada usia hanya 7 tahun.

Dengan latar belakang tahun 1990-an di Singapura, filem itu mengisahkan tentang Swee Swee (lakonan Ong) dan adiknya yang terpaksa berdepan penceraian ibu bapa mereka.

Filem yang memenangi Youth Jury Award di 55th International Film Festival Rotterdam ini juga membentangkan naratif daripada sudut kaca mata seorang kanak-kanak dalam berdepan masalah yang diwujudkan oleh orang dewasa.

Ah Girl dijadualkan bakal ditayangkan di Singapura pada tahun ini.

Senarai Pemenang Malaysia Golden Global Awards MIFFest 2026

Sebagai info, MIFFest telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 18 hingga 25 Julai lalu, yang menyaksikan para pemenang dari negara berbeza membawa pulang anugerah masing-masing.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi Malaysia Golden Global Awards 2026:

  • Best Film: Lucky Lu
  • Best Director: Morad Mostafa (Aisha Can’t Fly Away)
  • Best Actress: Ong Xuan Jing (Ah Girl) dan Lila Gueneau (Silent Rebellion)
  • Best Actor: Mahendra Perera (Riverstone)
  • Best Supporting Actress: Audrey Lin (Girl)
  • Best Supporting Actor: Priyantha Sirikumara (Riverstone)
  • Best Screenplay: Luis Emilio Guazmán (The Red Hangar)
  • Best Cinematography: Diego Pegueño (The Red Hangar)
  • New Hope Award: Ah Girl arahan Ang Geck Geck Priscilla
  • Audience Choice Award: Sirāt arahan Oliver Laxe
  • Lifetime Achievement Award: Lee Chang-dong
  • Excellent Achievement in Film Award: Wu Jing

Pemilihan anugerah-anugerah ini dipengerusikan oleh pelakon dan pengarah dari India, Anurag Kashyap, bersama pelakon Thailand Ananda Everingham, pengarah artistik Hong Kong Man Lim-Chung, pengarah Myanmar Midi Z dan pelakon Malaysia Sharifah Amani.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd