Now Reading
JETOUR T1 Kini Di Malaysia: SUV Gaya Hidup Urban Bermula RM129,800

JETOUR T1 Kini Di Malaysia: SUV Gaya Hidup Urban Bermula RM129,800

JETOUR T1 turut menerima taraf keselamatan Lima Bintang ASEAN NCAP.

In Brief
  • JETOUR T1 telah dilancarkan di Malaysia pada 22 Julai dengan harga bermula RM129,800 dalam dua varian FWD dan AWD.
  • T1 dilengkapi teknologi terkini termasuk panel digital, Apple CarPlay, Android Auto tanpa wayar serta sistem audio premium Sony.
  • SUV ini memperoleh lima bintang ASEAN NCAP dan ditawarkan dengan waranti tujuh tahun serta lima servis percuma.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Segmen Sports Utility Vehicle (SUV) merupakan antara pasaran paling sengit dalam negara kerana kemunculan pelbagai model baharu dari semasa ke semasa.

Hampir semua jenama automotif terkemuka telah mengeluarkan model dalam segmen ini yang menggabungkan gaya rekaan moden, sporty bersama teknologi pintar dan sifat praktikal dalam satu pakej.

Antara jenama automotif yang diminati ramai dari China, JETOUR telah melancarkan model baharunya semalam (22 Julai) iaitu JETOUR T1 di Malaysia dengan harga bermula RM129,800.

JETOUR T1 Sasar Pemandu Yang Mahukan Sebuah Kereta Bergaya & Praktikal Serta Dipenuhi Dengan Teknologi

JETOUR T1. (Foto: JETOUR)

JETOUR kini memperkembangkan barisan modelnya di pasaran tempatan menerusi pelancaran JETOUR T1, yang merupakan SUV gaya hidup urban.

Hadir dalam dua varian iaitu model pacuan roda hadapan (Front Wheel Drive, FWD) yang sesuai untuk kegunaan harian, atau versi pacuan semua road (All Wheel Drive, AWD) untuk pemanduan lebih sporty.

T1 juga direka untuk memberi pengalaman memandu memuaskan dalam apa jua situasi daripada perjalanan ke tempat kerja sehinggalah percutian hujung minggu bersama keluarga.

Menurut Naib Presiden JETOUR Auto Malaysia, Nicholas Ng, syarikat itu melihat potensi pertumbuhan yang kukuh dalam pasaran SUV negara apabila pembeli semakin mencari kenderaan yang menggabungkan reka bentuk canggih, teknologi pintar serta kegunaan harian lebih praktikal.

Reka Bentuk Moden Dengan Dua Pilihan Enjin Untuk Dipilih

Pelancaran JETOUR T1. (Foto: JETOUR)

T1 telah mengadaptasi reka bentuk yang digambarkan oleh JETOUR sebagai curvy utilitarian lengkap dengan lampu hadapan LED Storm-Eye, gril bumper depan lebih agresif serta bentuk badan yang boxy.

Dibina atas platform casis single shell monocoque dengan jarak roda 2,800 mm menawarkan pemanduan lebih stabil serta selesa bersama ruang kabin yang luas.

Bagi varian permulaan, ia dikuasakan oleh enjin 1.5L TGDi 2WD mampu menghasilkan 170 Kuasa Kuda dan tork 270 Nm bersama seven speed dual clutch transmission.

Manakala, pembeli yang mahukan prestasi lebih tinggi boleh memilih varian 2.0L TGDi XWD yang boleh menghasilkan 245 Kuasa Kuda dan tok375 Nm, dilengkapi sistem pacuan semua roda pintar untuk mengharungi pelbagai cabaran dengan mudah.

Kabin Dilengkapi Pelbagai Ciri Teknologi Terkini

Ruang kabin moden. (Foto: JETOUR)

Di ruang kabin dalam, kedua-dua varian dilengkapi pelbagai ciri yang menumpukan kepada keselesaan serta kemudahan memandu.

Antara kelengkapannya seperti panel instrumen digital 10.3 inci, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar cahaya ambien, fungsi pembantu suara, pengecas tanpa wayar 50W serta tujuh port USB.

Dalam masa sama, varian teratas 2.0L XWD menambah lagi sentuhan premium seperti bumbung panoramik, paparan infotainmen lebih besar (15.6 inci), sistem audio premium Sony dengan sembilan speaker, rim aloi 19 inci serta tempat duduk penumpang hadapan automatik bersama kusyen untuk kaki.

JETOUR T1 Menerima Taraf Keselamatan Lima Bintang ASEAN NCAP

Keselamatan turut menjadi antara aspek yang penting bagi model T1.

Menurut JETOUR, kedua-dua varian dilengkapi enam beg udara, sistem bantuan pemanduan ADAS Tahap 2 serta sistem pemantauan pandangan panoramik.

Malah, SUV ini turut memperoleh taraf keselamatan lima bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan 87.67 mata.

Harga Dan Pakej Pemilikan JETOUR T1 Cukup Menarik

Dari segi harga, varian 1.5L TGDi 2WD ditawarkan pada RM129,800, manakala varian teratas 2.0L TGDi XWD berharga RM146,800 (Semenanjung Malaysia, tidak termasuk kos di atas jalan).

Selain itu, JETOUR turut menawarkan waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000km, waranti sistem pemanduan 10 tahun atau satu juta kilometer, serta lima servis penyelenggaraan percuma.

Untuk pengetahuan umum, T1 kini boleh dilihat, diuji pandu dan ditempah di kesemua 43 bilik pameran JETOUR yang sah di seluruh negara.

Tambahan pula, pembelian awal turut boleh menikmati rebat sebanyak RM2,000 kepada 2,000 ribu pendaftaran pertama.

Di samping itu, kadar pembiayaan serendah 1.68%, tertakluk pada terma dan syarat.

Baca Artikel BerkaitanPROTON Umum e.MAS 7 Premium Plus Baharu, Tawar Jarak “Full Charge” Sehingga 450km Pada Harga RM118,800 | TRP

Baca Artikel BerkaitanProton e.MAS Catat Dominasi Dalam Pasaran EV Malaysia | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd