Khairul Aming Tuntut Pengadilan Selepas Maklumat Peribadi Dibocorkan Di Media Sosial
Status MySara KA juga telah didedahkan oleh individu sama di platform media sosial.
- Khairul Aming's personal Maxis bill details were allegedly leaked on Threads, prompting him to demand an explanation from the telco.
- MCMC was directed to prepare a full report, while Maxis identified the individual involved and initiated legal proceedings.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam era digital hari ini, data peribadi merupakan aset yang sangat bernilai dan dilindungi ketat oleh pelbagai undang-undang.
Tetapi ia masih boleh disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sama ada untuk kepentingan diri sendiri atau pihak lain.
Baru-baru ini, cef pempengaruh Khairul Aming menjadi mangsa apabila data peribadi bil telefonnya didakwa bocor di platform media sosial.
Khairul Aming Mahu Maxis Jelaskan Bagaimana Maklumat Peribadinya Boleh Bocor

Khairul Aming yang nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi di platform media sosial Threads mengenai sebuah akaun yang didakwa telah mendedahkan sebahagian maklumat bil telefonnya.
Menerusi hantaran itu, beliau menulis meminta penjelasan daripada Maxis tentang bagaimana bil telefon peribadinya boleh bocor.
Beliau turut memuat naik tangkap layar hantaran seorang pengguna Threads yang berkata dia berharap dapat memberitahu ‘KA’ mengenai bil tertunggak berjumlah RM498.
Walaupun Khairul Aming dikenali ramai sebagai ‘KA’, tiada pengesahan bahawa individu itu benar-benar merujuk kepada dirinya secara khusus.
Dalam tangkap layar yang sama, Khairul turut membalas hantaran tersebut dengan menegaskan bahawa bil tertunggak adalah hal peribadi dan tidak sepatutnya dikongsikan.
“Tetapi apa yang menyeramkan di sini ialah bagaimana anda tahu butiran bil telefon Maxis saya dan menyiarkannya untuk tontonan umum? Ini data peribadi saya,” katanya.
Orang Ramai Menggesa Khairul Menggunakan Akta Perlindungan Data Peribadi
Menerusi ruangan komen, orang ramai menggesa KA untuk menggunakan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) bagi menuntut keadilan bagi pihaknya.
Ada juga segelintir orang yang membuat bahawa individu terbabit mungkin bekerja dengan syarikat telekomunikasi dan mengendalikan data peribadi secara tidak bertanggungjawab.
Seorang pengguna Threads lain turut berkongsi tangkap layar satu lagi hantaran yang didakwa dibuat oleh akaun sama, yang kononnya mendedahkan baki MySara milik Khairul.
Pada masa kini, akaun tersebut kemudiannya dilaporkan hilang daripada Threads.
Orang ramai turut menyuarakan kebimbangan terhadap penggunaan syarikat telekomunikasi yang sama, sehingga ada yang mempertimbangkan untuk bertukar kepada syarikat lain.
MCMC Diarah Sedia Laporan Penuh Berhubung Dakwaan Kebocoran Data

Menurut laporan Harian Metro, isu ini telah menarik perhatian Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang menegaskan pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan tersebut.
Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk menyediakan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran data peribadi membabitkan Khairul Aming.
Fahmi turut memaklumkan bahawa beliau telah mengatur pertemuan dengan syarikat terlibat untuk menentukan punca insiden serta langkah mencegahnya daripada berulang.
“Sekiranya sesiapa berdepan insiden serupa, sila buat laporan kepada MCMC menerusi aduan.mcmc.gov.my supaya kami mempunyai rekod dan bukti yang diperlukan bagi memudahkan tindakan lanjut,” katanya.
Pendedahan Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) secara sengaja boleh menjadi satu kesalahan di bawah PDPA, dengan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.
“Tindakan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta itu. Namun, kami turut menggesa pengguna yang terjejas untuk membuat laporan polis dan laporan kepada MCMC,” tambahnya.
Maxis Mengakui Insiden Tersebut & Mengeluarkan Permohonan Maaf
Sementara itu, Maxis telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang melakukan siasatan dan telah mendapati dakwaan kebocoran data itu merupakan satu insiden terpencil, tanpa memberitahu sebarang maklumat selanjutnya.
Menerusi kenyataannya, syarikat itu memaklumkan mereka telah menghubungi pelanggan terbabit serta mengenal pasti individu yang berkaitan dengan insiden itu.
“Kami telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam insiden ini dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk meneruskan prosiding undang-undang.
“Kami memohon maaf atas insiden ini dan kekal komited untuk melindungi privasi serta data peribadi pelanggan kami,” kata syarikat itu.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Melindungi Maklumat Pengguna Di Malaysia
Sebagai info, Malaysia menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang mengawal cara perniagaan mengendalikan maklumat peribadi dalam urus niaga komersial.
Untuk info tambahan, Malaysia menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang mengawal cara syarikat mengendalikan maklumat peribadi dalam urus niaga komersial.
Menerusi akta ini, setiap syarikat diwajibkan memperoleh persetujuan jelas pengguna, mendedahkan tujuan pengumpulan data serta mengekalkan keselamatan data, berteraskan tujuh prinsip perlindungan termasuk Keselamatan, Pendedahan serta Penyimpanan.
Bagi individu yang melanggarnya, hukuman yang menanti bukan sedikit kerana mereka boleh didakwa:
- Syarikat boleh didenda sehingga RM1,000,000 dan dipenjara sehingga tiga tahun
- Individu boleh didenda sehingga RM300,000 atau dipenjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Penjelasan Khairul Aming Selepas Wanita Persoal Kenapa Rembayung Kira Bayi Sebagai 1 Pax | TRP
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Nak Tuntut Keadilan” – ‘Pelajar Ramadan 2026’ Burnout Cuba Tiru Resepi, Ini Respon Khairul Aming | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.