M K Land Raih Anugerah Sustainability & CSR Malaysia Awards 2026 Atas Komitmen ESG
- M K Land received the Community Empowerment & Environmental Preservation Award under Company of the Year (Property Developer) at Sustainability & CSR Malaysia Awards 2026.
- The company integrates ESG principles across operations, including community development, employee wellbeing, and environmental conservation initiatives with government agencies.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
M K Land Holdings Berhad (M K Land) terus mengukuhkan komitmennya terhadap pembangunan lestari apabila menerima Anugerah Pemerkasaan Komuniti & Pemeliharaan Alam Sekitar di bawah kategori Company of the Year (Property Developer) pada Sustainability & CSR Malaysia Awards 2026.
Pengiktirafan itu diberikan kepada organisasi yang berjaya mengintegrasikan amalan kelestarian dalam operasi perniagaan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), pemerkasaan komuniti serta pemeliharaan alam sekitar.
Anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Operasi M K Land, Nazri Tumin, dalam satu majlis yang disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.
Pengiktirafan Terhadap Komitmen ESG
Menurut Ketua Kumpulan Komunikasi Strategik & Kelestarian M K Land, Shahreen Rahim, anugerah itu membuktikan bahawa pembangunan lestari bukan sekadar memenuhi sasaran perniagaan, malah turut memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat dan alam sekitar.
Beliau berkata, M K Land sentiasa mengintegrasikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam setiap aspek operasinya, termasuk pembangunan komuniti, kesejahteraan pekerja serta kerjasama dengan pelbagai pihak.
“Kami percaya pembangunan yang bertanggungjawab bukan sekadar membina rumah dan perbandaran, tetapi turut mewujudkan nilai yang bermakna kepada masyarakat sambil memelihara alam sekitar melalui tadbir urus yang baik serta kerjasama strategik,” katanya.
Fokus Kepada Komuniti Setempat

Antara inisiatif CSR utama syarikat ialah Siri Jelajah Ramadan, yang memberi bantuan kepada golongan memerlukan di kawasan pembangunan M K Land.
Program tersebut bukan sahaja menyalurkan keperluan asas, malah bertujuan memupuk semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, syarikat turut menyumbang pelbagai keperluan seperti katil hospital, peralatan mobiliti, kelengkapan pendidikan dan barangan harian kepada 11 organisasi serta individu di sekitar Taiping dan Kerian.
Utamakan Kesejahteraan Pekerja
M K Land turut memberi perhatian terhadap kebajikan pekerja menerusi pelbagai inisiatif dalaman.
Antaranya termasuk program saringan kesihatan percuma sempena Hari Wanita Antarabangsa, Fruit Bar Day bagi menggalakkan pemakanan sihat, serta tajaan ibadah umrah kepada pekerja yang layak sebagai penghargaan atas sumbangan mereka kepada syarikat.
Pelbagai Inisiatif Pemeliharaan Alam Sekitar
Selain pembangunan komuniti, M K Land turut bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perikanan Negeri Perak dalam menjayakan pelbagai program pemuliharaan alam sekitar.
Antara program yang dilaksanakan ialah M K Land Green Walk Programme di Damansara Perdana dan Langkawi, yang menghimpunkan warga kerja, pihak berkuasa tempatan serta komuniti untuk membersihkan kawasan awam dan meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan sisa.
Syarikat itu juga bekerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri Perak dalam pelepasan benih ikan Lampam Sungai di Tasik Bukit Merah sebagai usaha memulihara biodiversiti dan ekosistem air tawar.
Terus Perkukuh Agenda Kelestarian
Menurut Shahreen, pengiktirafan yang diterima menjadi pembakar semangat buat M K Land untuk terus memperkukuh agenda ESG melalui kerjasama strategik dan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Beliau berkata, syarikat akan terus komited membangunkan komuniti yang lestari dengan memastikan pembangunan fizikal berjalan seiring dengan kesejahteraan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.